Kalau tidak puas hati dengan polis, bawa berbincang…tak perlu kurang ajar…

“Kalau tak puas hati, uruskan perbincangan. Jika kita asyik berperang tanpa cuba berincang ataupun bermuzakarah, muncullah lebih ramai lagi manusia-manusia sesat yang akan mengugut dan mencaci pegawai polis serta menghina Melayu dan Islam”

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya menerima maklumat bahawa lelaki yang mengugut bunuh pegawai polis petang tadi di Bukit Aman (tekan link di bawah) mengidap penyakit “Bipolar Disorder,” menyebabkan beliau bertindak di luar kawalan.

[VIDEO] Lelaki ‘Singh’ ugut bunuh Pegawai Polis, hina Melayu dan Islam di Ibu Pejabat Polis dan Masjid Bukit Aman




Saya tidak dapat pastikan sekiranya maklumat ini benar atau palsu.

Apa yang pasti, tujuan laporan dibuat esok bukan untuk mengaibkan ataupun dengan niat jahat tetapi untuk membantu polis membuka kertas siasatan dan mendesak pihak atasan PDRM memandang serius perkara ini.

Sekiranya polis membuat siasatan dan mendapati lelaki tersebut benar-benar mengidap penyakit “Bipolar Disorder,” mereka boleh mengambil tindakan susulan bagi membantu lelaki tersebut.

Sekiranya mereka mendapati bahawa lelaki tersebut berniat jahat, mereka boleh mengambil langkah seterusnya di bawah akta-akta berkaitan.

Kita tidak boleh berdiam diri dengan membuat andaian ikut sesuka hati. Sekiranya kita tidak bertindak dan lelaki tersebut berniat jahat, fikirkanlah natijahnya apabila orang awam yang memerhati menganggap polis ini “lembut” dan “boleh dibuli.”

Ya, fikirkanlah natijahnya apabila lebih ramai mula menghina, mengugut dan mencaci pihak polis serta mengeluarkan kata-kata kesat menghina Melayu dan Islam samada di media sosial ataupun dikhayalak ramai.

Apa yang berlaku sekarang sudah sampai ke tahap yang teramat kritikal dan harus dibendung.

Loading...

Pihak polis perlu mengkaji semula SOP dalam situasi sebegini bagi mengawal keadaan dan memastikan segala ketidakpuasan terhadap pihak berkuasa oleh mana-mana pihak disampaikan dengan cara beradab dan menerusi saluran yang betul.

Pemimpin-pemimpin politik turut perlu berhenti ‘berperang’ dengan polis di media sosial kerana majoriti di PDRM itu tak lain tak bukan orang Islam.

Kalau tak puas hati, uruskan perbincangan. Jika kita asyik berperang tanpa cuba berincang ataupun bermuzakarah, muncullah lebih ramai lagi manusia-manusia sesat yang akan mengugut dan mencaci pegawai polis serta menghina Melayu dan Islam.

Marilah kita turun beramai-ramai secara aman 3 petang esok di IPD Subang Jaya dengan niat betul, iaitu membuat laporan polis untuk membolehkan pihak polis membuat siasatan terperinci berhubung kejadian ini.

Bersama-samalah kita memastikan peradaban kita kekal unggul, janganlah hingga kita yang tersungkur.


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...