KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG, MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU HARUS MOHON SEMAK IMBANG KOS VAKSIN NEGARA

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

قديمم يڠ د-ڤرتوان اڬوڠ، مجليس راج-راج ملايو هاروس موهون سيمق ايمبڠ كوس ۏكسين نڬار

KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu harus perkenan untuk ‘rakyat tuanku’ merafak sembah memaklumkan pelbagai kesempitan hidup masakini dalam keadaan negara yang ‘lintang pukang’ di bawah pentadbiran kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang gagal dalam segenap segi.

Kerajaan ‘tebuk atap’ PN sudah tidak mampu mentadbir negara. Negara kini sedang berada dalam keadaan yang amat bercelaru dari segi politik serta ekonomi khususnya.

Penutupan parlimen yang membawa erti amalan sistem demokrasi berparlimen kita juga kini sudah mati.




Pentadbiran negara dilaksanakan secara sewenang-wenangnya tanpa proses semak-imbang melalui Dewan Rakyat.

Hari demi hari ‘rakyat tuanku’ hidup dalam situasi yang amat susah serta ‘papa kedana.’

Ini diakui sendiri oleh Mahiaddin Yassin dalam wawancara beliau melalui siaran RTM jam 9 malam tadi.

Perbelanjaan negara tidak disentuh dan tak dibentangkan langsung oleh perdana menteri yang serba lemah ini.

Keseluruhan rakyat amat bimbang dengan cara kerajaan ‘tebuk atap’ PN berbelanja sehingga ‘reserve’ negara juga telah digunakan tanpa dibentang seterusnya tidak mendapat kelulusan dari parlimen.

KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu harus persoalkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN khususnya dalam soal perbelanjaan kos program vaksinisasi negara.

Amerika Syarikat belanja RM6 bilion untuk vaksinisasi 100 juta rakyatnya yang bererti kos vaksin setiap orang rakyat adalah RM60.

Loading...

Vietnam belanja RM4.5 bilion bagi vaksinisasi 150 juta rakyatnya. Ini bererti kos vaksin setiap rakyatnya adalah RM30 saja.

Tetapi Malaysia belanja RM5 bilion untuk 32 juta  orang yang membawa erti kosnya adalah RM256.25 untuk setiap orang.

Perbandingan kos-kos perbelanjaan antara tiga negara ini bagi program vaksinisasi harus dipersoalkan oleh KDYMM Tuanku Yang di-Pertuan Agong kerana baginda mempunyai kuasa untuk semak-imbang yang tidak boleh dilakukan melalui parlimen kerana ditutup di bawah proklamasi Darurat.

Kalau dilihat pada harga vaksin yang didedahkan oleh menteri kewangan Belgium Eva De Bleeker melalui Twitter beliau pada 17 Disember 2020 adalah seperti berikut:

Astra Zeneca – RM8.90

Sanofi/GSK – RM37.80

Curevac – RM50

Pfizer – RM60

Johnson & johnson – RM31.60

Moderna – RM75.60

Di bawah tempoh proklamasi darurat; KDYMM Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk melaksanakan semak-imbang mengenai kos sebenar perbelanjaan bagi program vaksinisasi negara.

Setiap perbelanjaan dana kerajaan serta duit rakyat mesti disemak-imbang untuk mengelakkan dari segala bentuk unsur penyelewengan oleh kalangan yang tidak bertanggungjawab.

Atas dasar ini dengan perasaan penuh tawadduk dan rendah diri patek sekalian dari Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat mohon limpah perkenan KDYMM Yang di-Pertuan Agong untuk mengampuni perkenan suatu Majlis Mengadap mengikut jadual KDYMM Tuanku.

Ampun Tuanku Beribu Ampun; sembah patik harap diampun.

‘RAKYAT DAN RAJA BERPISAH TIADA’

WAJIB BACA: 

PKP 3.0: SOP kerajaan tidak masuk akal, ini sebabnya…

 

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...