
Buat kali pertama semenjak tertubuhnya PKR, Timbalan Presiden parti, Dato’ Seri Azmin Ali menonjolkan dirinya sebagai kuasa utama apabila memimpin dua per tiga ahli dipilih Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menolak pemecatan Zakaria Abdul Hamid.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kumpulan Azmin, yang turut diwakili timbalan presiden PKR Zuraida Kamaruddin serta Chua Tian Chang atau Tian Chua, berkata pemecatan Zakaria tidak sah kerana tidak dipersetujui dua per tiga ahli MPP yang dilantik.
Mereka kemudiannya mengisytiharkan Zakaria masih lagi ahli MPP yang sah dan mendakwa bilangan mereka mewakili majoriti ahli MPP yang dipilih, sekaligus mewakili suara PKR.
Tindakan Azmin hari ini merupakan bukti penguasaan beliau terhadap parti dan sejajar dengan dakwaan TTF selama ini bahawa bukan hanya Anwar sudah hilang kawalan, majoriti pemimpin PKR di peringkat negeri mahupun nasional sudah beralih ke kem Azmin dan inginkan beliau mengambil alih daripada Anwar.
PETALING JAYA: Buat kali pertama semenjak tertubuhnya PKR, Timbalan Presiden parti, Dato’ Seri Azmin Ali menonjolkan dirinya sebagai kuasa utama apabila memimpin dua per tiga ahli dipilih Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menolak pemecatan Zakaria Abdul Hamid.
Sepintas lalu, Zakaria merupakan Ketua Bahagian PKR Bera dan bekas setiausaha politik Ketua PKR Sarawak Baru Bian ketika masih bertugas di Kementerian Kerja Raya.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kumpulan Azmin, yang turut diwakili timbalan presiden PKR Zuraida Kamaruddin serta Chua Tian Chang atau Tian Chua, berkata pemecatan Zakaria tidak sah kerana tidak dipersetujui dua per tiga ahli MPP yang dilantik.
Mereka menuntut Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memohon maaf atas pemecatan itu.
“Kami selaku Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang dipilih bagi sesi 2018-2021 dengan ini sebulat suara menolak pemecatan Zakaria sebagai ahli MPP PKR seperti diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin, Ahmad Kassim walaupun syor yang dikemukakan oleh Lembaga Disiplin sendiri hanyalah tunjuk sebab, bukan pemecatan.
“Perkara ini dicapai setelah kami meneliti dan mendapati keputusan memecat beliau adalah dengan alasan yang cacat dan tidak menepati prinsip keadilan iaitu tidak melalui proses sebagaimana harusnya,” kata mereka.
Mereka kemudiannya mengisytiharkan Zakaria masih lagi ahli MPP yang sah dan mendakwa bilangan mereka mewakili majoriti ahli MPP yang dipilih, sekaligus mewakili suara PKR.
Khamis lalu, TTF menulis:
Anwar sudah mula bertindak sebagai diktator bagi mengetatkan kawalannya terhadap PKR kerana terdesak melihatkan sokongan terhadapnya kian merosot.
Terdahulu, Muhamad Mizan Adli Mohd Nor dan Mohd Ramly Ahmad masing-masing dilepaskan dari jawatan mereka sebagai pengerusi kekal dan timbalan pengerusi kekal cabang pemuda parti atas alasan yang tidak masuk akal.
Menerusi satu surat bertarikh 27hb November 2019, setiausaha agung PKR, Ahmad Syukri Che Ab Reli menyenaraikan beberapa sebab pemecatan dibuat, antaranya had umur bagi jawatan-jawatan berkenaaan yang kononnya sudah dilangkaui oleh kedua-dua Zakaria dan Ramly.
Terkejut, Muhamad bertindak mempersoal sebab tindakan diambil hanya beberapa hari sebelum berlangsungnya Kongres Nasional Pemuda yang diselubungi kontroversi.
Muhamad dan Ramly diketahui bersekutu dengan Azmin bersama-sama Muhammad Hilman Idham, Timbalan Ketua Pemuda PKR.
Tindakan Azmin hari ini merupakan bukti penguasaan beliau terhadap parti dan sejajar dengan dakwaan TTF selama ini bahawa bukan hanya Anwar sudah hilang kawalan, majoriti pemimpin PKR di peringkat negeri mahupun nasional sudah beralih ke kem Azmin dan inginkan beliau mengambil alih daripada Anwar.
THE THIRD FORCE
BACA JUGA:
