Kem Najib, Zahid (Team A) sedang berunding dengan Anwar

“Persepsi yang ditimbulkan oleh seorang bekas ahli Majlis Kepimpinan Tinggi UMNO yang dipecat kononnya Zahid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelantikan Hajiji adalah palsu. Ini kerana ahli yang dipecat itu pro-Anwar dan merupakan orang kanan Najib dan berurusan dengan seorang ahli keluarga Najib yang cuba menyelindungi hakikat bahawa orang-orang Najib dan Zahid sedang berunding dengan Anwar”

Raggie Jessy Rithaudeen

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan dakwaan TTF bahawa UMNO bersetuju untuk membenarkan Datuk Seri Hajiji Noor dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah untuk menghalang WARISAN dari kembali berkuasa.

Semalam, saya menulis:




Zahid berdegil ingin menjadikan sekutu Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Kalau diikutkan kelaziman Barisan Nasional, parti komponen dengan majoriti terbesar berhak menentukan siapa calon Ketua Menteri, Menteri Besar atau Perdana Menteri. 

Oleh kerana STAR merupakan parti komponen Perikatan Nasional, maka gabungan itu secara otomatik menjadi parti terbesar dalam GRS dari segi perolehan kerusi, bukannya Barisan Nasional.

Malangnya, Zahid tiba-tiba mengenepikan adat UMNO sendiri apabila bertegas ingin Bung Moktar dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tetapi Zahid akhirnya mengalah dan bersetuju membenarkan PPBM menetapkan calon Ketua Menteri apabila mendapat tahu perlembagaan negeri Sabah membenarkan Yang Di-Pertua Negeri melantik Ketua Menteri dari WARISAN, iaitu parti dengan bilangan kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri.

Ini kerana UMNO ingin berkuasa di Sabah beberapa minggu ini sebelum parlimen dibubarkan agar Team A boleh menggunakan jentera pentadbiran negeri untuk cuba mengembangkan pengaruh Barisan Nasional di peringkat parlimen Sabah sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

Rujuk artikel penuh di sini:

Loading...

UMNO bawah Zahid, Najib umpama ‘pendekar runtuh iman’

Zahid mendakwa tindakan membenarkan Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah merupakan ‘kompromi’ pihak UMNO.

Hakikatnya, ia tiada kaitan langsung dengan kompromi, tetapi keterdesakan Najib dan Zahid yang khuatir UMNO tidak akan mampu menggunakan jentera pentadbiran negeri bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 yang bakal diadakan.

Justeru, persepsi yang ditimbulkan oleh seorang bekas ahli Majlis Kepimpinan Tinggi UMNO yang dipecat kononnya Zahid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelantikan Hajiji adalah palsu.

Ini kerana ahli yang dipecat itu pro-Anwar dan merupakan orang kanan Najib dan berurusan dengan seorang ahli keluarga Najib yang cuba menyelindungi hakikat bahawa orang-orang Najib dan Zahid sedang berunding dengan Anwar.

Prestasi UMNO menurun dengan mendadak di Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini dan merupakan petanda jelas UMNO makin tidak diterima oleh masyarakat Melayu-Islam dan bakal mengalami perosotan di Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini kerana tren pemilihan wakil Dewan Rakyat bermula dari Pilihan Raya Umum ke-12 selalunya bertepatan dengan tren pemilihan di peringkat negeri Sabah.

Ahli-ahli Team A tahu akan kebenaran ini sedang berusaha keras meyakinkan beberapa ahli Team B dan GPS untuk beralih sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bersetuju untuk bekerjasama dengan DAP.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...