Kemalangan LRT: Tajuddin pemalas, kaki putar alam, tidak prihatin terhadap kesengsaraan mangsa

“Saya mencabar pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan penasihat gabungan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendesak Tajuddin agar beliau melepaskan jawatannya berkuat kuasa serta merta”

Raggie Jessy Rithaudeen

كمالڠن لرت: تاجو الدين چوكوڤ ڤمالس، بوڠكق، تيدق ڤريهاتين ترهادڤ كسڠساراان مڠسا

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Saya tidak menyalahkan netizen kerana marah dengan Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman susulan ketiadaannya di tempat kejadian ketika kemalangan transit aliran ringan (LRT) semalam.

Dalam sidang medianya hari ini, Tajuddin memberitahu yang dia tidak akan meletakkan jawatan selepas kejadian semalam yang menyaksikan 47 penumpang dirawat di hospital – enam daripadanya dalam keadaan kritikal.




Dia juga menunjukkan rasa kurang senang terhadap pihak yang didakwanya cuba membuat provokasi berkaitan ketiadaannya semalam.

“Saya baru habis tugasan dengan syarikat di Subang petang (semalam), saya pun dapat tahu lambat. Saya pun dah sedia untuk vaksinasi hari ini. Saya patut terima dos kedua hari ini, you know?” katanya.

Itu bukan alasan.

Sebagai pihak yang terlibat secara langsung dengan sistem LRT, Tajuddin seharusnya berada di tempat kejadian atau sekurang-kurangnya hadir di hospital di mana mangsa-mangsa kemalangan ditempatkan tidak kira lambat mana berita kemalangan itu sampa kepadanya.

Saya tidak percaya bahawa Tajuddin mendapat tahu berita kemalangan itu begitu lambat sehingga terpaksa tunggu hingga pagi ini untuk bertindak.

Kemalangan berlaku pada pukul 8.45 malam, tak akan Tajuddin tidak menerima sebelum pukul 12 malam?

Bukan hanya tindakan Tajuddin amat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur ‘kemalasan’, kenyataan bahawa beliau akan datang ‘first thing in the morning’ merupakan kenyataan seorang ahli politik yang tidak berjiwa rakyat dan tidk prihatin.

Loading...

Saya sarankan agar Tajuddin dipecat dari Prasarana berkuat kuasa serta merta, malah Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu tunggu untuk beliau melepaskan jawatannya.

Saya juga mencabar pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan penasihat gabungan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendesak Tajuddin agar beliau melepaskan jawatannya atas kegagalan beliau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengerusi Prasarana.

WAJIB BACA: 

PKP 3.0: SOP kerajaan tidak masuk akal, ini sebabnya…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...