Teropong Hadi tak nampak Annuar Musa

“Kalau dulu Annuar beritahu Darurat diisytiharkan bagi mengelakkan Pilihan Raya Umum, kini beliau mendakwa tidak mustahil Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan sebelum 1hb Ogos 2021, yakni pada bulan Jun, Julai atau sebelum itu. Apakan Annuar kini sudah menjadi ‘pakar tilik’ dan tahu bahawa angka Covid-19 yang sedang menggila pada paras 4,000 lebih kes akan menurun ke paras dua digit dalam tempoh lima bulan? 2 x 5? Atau 5 x 2?”

Raggie Jessy Rithaudeen

تروڤوڠ هادي تق نمڤق اننوار موسى

Dalam pada pemimpin politik diberitahu untuk kurang berpolitik dan memberikan tumpuan terhadap usaha ‘memerangi’ wabak Covid-19, Tan Sri Annuar Musa terus-menerus menyerang kepimpinan UMNO bertubi-tubi.

Walaupun sokongan terhadap Annuar dalam UMNO hampir tidak wujud, beliau dilihat bertekad untuk mengubah pucuk pimpinan parti, dipercayai atas arahan kepimpinan PPBM yang inginkan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi presiden gabungan UMNO-BERSATU.




Tapi bukankah Annuar sendiri pernah meminta semua pihak untuk berhenti berpolitik? Bukankah beliau yang mendakwa rakyat sudah ‘jemu’ dengan politik dan lebih berminat mengatasi wabak Covid-19?

Kalau dulu Annuar beritahu Darurat diisytiharkan bagi mengelakkan Pilihan Raya Umum, kini beliau mendakwa tidak mustahil Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan sebelum 1hb Ogos 2021, yakni pada bulan Jun, Julai atau sebelum itu.

2 x 5? Atau 5 x 2?

Ingat tak bila Annuar beritahu tidak sesuai diadakan Pilihan Raya mengejut disebabkan wabak Covid-19 yang menggila?

Apakan Annuar kini sudah menjadi ‘tukang tilik’ dan tahu bahawa angka Covid-19 yang sedang menggila pada paras 4,000 lebih kes akan menurun ke paras dua digit dalam tempoh lima bulan?

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula bagaimana?

Bukankan Hadi baru-baru ini meminta semua pihak berhenti berpolitik? Bukankah Hadi sebelum ini meminta semua pihak memberi ‘tumpuan’ terhadap usaha ‘memerangi’ wabak Covid-19?

Loading...

Awat, teropong Hadi tak nampak Annuar Musa?

Apakah kita boleh mengharapkan Hadi untuk menasihati Annuar agar beliau duduk diam di rumah? Atau adakah Hadi akan memetik dalil baharu untuk ‘menghalalkan’ serangan Annuar sepertimana yang dipetiknya baru-baru ini apabila mendakwa masyarakat Melayu yang belum daftar untuk mengundi “dirasuk syaitan?”

Bayangkan, rakyat diminta duduk di rumah bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19 tatkala ahli-ahli politik dari PAS, PPBM dan UMNO sibuk bercakaran di umum berhubung kedudukan presiden UMNO dan hubungan UMNO dengan PPBM.

Beratus ribu warganegara hilang perkerjaan semenjak tahun lalu, dan beribu-ribu perniagaan kecil dan sederhana terpaksa gulung tikar. Tetapi apa yang pemimpin kita buat?

Mereka sibuk bercakaran tak tentu hala dan bercatur untuk menggulingkan kerajaan-kerajaan negeri dan presiden parti sambil memberi amaran kepada semua untuk “menurut SOP.”

Anehnya, pihak yang melanggar SOP ketika Pilihan Raya Negeri Sabah tak lain tak bukan pemimpin-pemimpin kita sendiri yang turut membahayakan nyawa berpuluh ribu warga Sabah apabila SOP ‘penjarakkan sosial’ diabaikan di kempen-kempen ceramah.

Di manakah Hadi pada ketika itu? Berkempen, bukan? Hari ini siapa yang seksa disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan Darurat? Rakyat, bukan?

Malah, pemimpin UMNO sendiri mempertikaikan motif Muhyiddin dalam menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat. Ada yang berpendapat beliau menggunakan Covid-19 sebagai perisai setelah hilang majoriti.

Teropong Hadi tak nampak?

WAJIB BACA:

Percaturan sebenar yang dirahsiakan dari umum

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...