Kenyataan Speaker bukti Proklamasi Darurat tidak dibahas walaupun dititahkan Agong

Azhar berkata, notis untuk persidangan khas dikeluarkan pada 15 Julai manakala usul yang diserahkan oleh Anwar bertarikh 12 Julai. Sumber (gambar): Fail TTF

كڽاتأن سڤيكر بوقتي ڤروكلاماسي ضرورت تيدق دبحث والاوڤون دتيتهكن اڬوڠ

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Usul yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sidang Parlimen hujung bulan ini ditolak oleh Dewan Rakyat.

Demikian menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, yang turut memberikan sebab dalam suratnya kepada Anwar.

Sebelum ini, Anwar mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat supaya proklamasi darurat serta ordinan-ordinannya tidak hanya dibentang tetapi turut dibahas dalam sidang akan datang.

Kenyataan Azhar sekaligus mengesahkan bahawa proklamasi darurat serta ordinan-ordinan Darurat tidak akan dibahas dalam sidang akan datang walaupun Yang Di-Pertuan Agong menitahkan bahawa ianya perlu dibahas.


PETALING JAYA: Usul yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sidang Parlimen hujung bulan ini ditolak oleh Dewan Rakyat.

Demikian menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, yang turut memberikan sebab dalam suratnya kepada Anwar.




Azhar berkata, notis untuk persidangan khas itu dikeluarkan pada 15 Julai manakala usul yang diserahkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu pada 12 Julai.

“Pada ketika Datuk Seri mengemukakan usul ini, pemberitahu sidang khas masih belum diedarkan yang mana ia hanya diedarkan pada Khamis, 15 Julai 2021.

“Maka, usul Datuk Seri tidak teratur kerana telah dikemukakan sebelum pemberitahu tersebut diedarkan,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat supaya proklamasi darurat serta ordinan-ordinannya tidak hanya dibentang tetapi turut dibahas dalam sidang akan datang.

Namun, Azhar menolak usul itu atas alasan teknikal tanpa membuat sebarang pengesahan bahawa kerajaan sudahpun berniat membenarkan perbahasan itu.

Ini sekaligus bermakna proklamasi darurat serta ordinan-ordinan Darurat tidak akan dibahas dalam sidang akan datang walaupun Yang Di-Pertuan Agong menitahkan bahawa ianya perlu dibahas.

Seharusnya, perbahasan itu diusulkan oleh pihak kerajaan sendiri dan bukannya oleh ahli parlimen pembangkang.

Loading...

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Sinar Online

WAJIB BACA:

Najib, Zahid bakal dicantas Muhyiddin (Pendedahan)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...