Najib, Zahid bakal dicantas Muhyiddin (Pendedahan)

Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah), Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan). Sumber (gambar): The Straits Times

“Jika Muhyiddin diminta oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk berundur selepas 1hb Ogos 2021, beliau lebih rela berbuat demikian daripada membuka ruang untuk Najib dan Zahid menguasai kerajaan menerusi pintu belakang”

Raggie Jessy Rithaudeen

نجيب، زاهيد باكل دچنتس محي الدين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Dari bulan September 2020 lagi, saya mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersandiwara kononnya ahli-ahli parlimen UMNO akan menarik sokongan daripada kerajaan sebaik sahaja diberi arahan untuk berbuat demikian.

Saya turut mendedahkan bahawa Najib dan Zahid akan cuba membeli masa sehingga hujung bulan Mac 2021 sebelum mengadakan Perhimpunan Agung UMNO dan terus membeli masa selepas itu agar kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tumbang.




Pendedahan saya terbukti benar apabila:

1. Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan pada 22hb Oktober 2020 bahawa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 yang dijadualkan pada 27hb November ditangguhkan ke suatu tarikh yang pada ketika itu tidak dimaklumkan.

2. Kemudian, pada 22hb Mac 2021, Ahmad Maslan mengumumkan bahawa PAU 2020 akan diadakan pada 27 dan 28hb Mac.

3. Zahid seterusnya menarik masa sehingga hujung bulan April sebelum mengadakan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO, kononnya untuk memutuskan tarikh ahli-ahli parlimen UMNO akan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

4. Mesyuarat MKT yang akhirnya berlangsung pada 25hb April 2021 langsung tidak memutuskan tarikh berkenaan malah tidak mengumumkan sebarang keputusan berhubung kerjasama UMNO dan Perikatan Nasional.

BACA JUGA: AKHIRNYA PAS MENGAKU…

Kesemua ini dilakukan bagi memperdaya akar umbi UMNO yang sudah lama mendesak ahli-ahli parlimen dari parti itu untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin tanpa perlu menunggu parlimen dibubarkan.

Hakikatnya, Najib, Zahid tidak ingin Muhyiddin tumbang dan hanya berpura-pura memiliki pengaruh besar sehingga boleh mengarahkan ahli-ahli parlimen UMNO untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin jika tuntutan Zahid tidak dipenuhi.

Loading...

Salah satu tuntutan Zahid terhadap Muhyiddin ialah pelantikan Timbalan Perdana Menteri dari UMNO.

Zahid dan Najib turut menaruh harapan agar Muhyiddin menjadi cemas dan memasuki perjanjian dengan mereka supaya Zahid tidak jadi mengarahkan ahli-ahli parlimen UMNO untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Malangnya, tuntutan Zahid tidak diendahkan oleh Muhyiddin, yang sememangnya tahu bahawa Zahid dan Najib tidak lagi berpengaruh dalam UMNO dan ditolak oleh 31 ahli parlimen dari parti itu dan ahli-ahli parlimen dari MCA dan MIC.

Ini menyebabkan Zahid dan Najib menjadi terdesak – kes mahkamah mereka bakal diputuskan dan berkemungkinan besar menjurus kepada sabitan bersalah bagi Zahid dan pengekalan sabitan bersalah bagi Najib.

Atas sebab itu, Zahid tiba-tiba mengugut Muhyiddin untuk mengadakan sidang parlimen dalam tempoh 14 hari selepas titah Yang Di-Pertuan Agong, tanpa mendedahkan tindakan yang bakal diambilnya jika Muhyiddin tidak mengendahkan ugutan itu.

Kemudian, apabila Muhyiddin buat tidak tahu, Zahid terus menjadi cemas dan bertindak memanggil Mesyuarat khas MKT pada 7hb Julai 2021.

Biarpun mesyuarat itu memutuskan untuk menarik sokongan UMNO terhadap Muhyiddin berkuat kuasa serta merta, ianya merupakan satu lagi sandiwara Najib dan Zahid, kerana:

1. Keputusan mesyuarat itu tidak disusuli dengan sebarang pengumuman rasmi oleh Najib atau mana-mana ahli parlimen dari Team A (tujuh orang, termasuk Zahid dan Najib) dalam kapasiti mereka sebagai ahli parlimen.

2. Zahid masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap mana-mana menteri UMNO yang mengengkari keputusan MKT dan menzahirkan sokongan terhadap Muhyiddin.

Biarpun begitu, Muhyiddin tidak ingin mengambil sebarang risiko dan terus melantik Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MKT berlangsung.

Pada Zahid dan Najib, itu merupakan petanda jelas Muhyiddin cemas dan terpaksa tunduk pada kehendak mereka, sekaligus membuka peluang kepada mereka untuk memasuki perjanjian dengannya.

Tetapi Muhyiddin bukannya cemas dan hanya membeli masa sementara memutuskan apa yang harus dilakukannya.

Zahid dan Najib pula berangan-angan bahawa Muhyiddin akan bersetuju untuk ‘bercuti’ dan memberi laluan kepada Ismail Sabri untuk memangku jawatan Perdana Menteri agar Ismail Sabri boleh ‘menyejukkan’ suhu politik negara tanpa mengganggu gugat kedudukan Muhyiddin.

Kemudian, apabila Muhyiddin bertindak mendapatkan pengakuan sokongan daripada semua menteri dan timbalan menteri UMNO, Zahid dan Najib memulakan sandiwara baharu.

Untuk meyakinkan Muhyiddin bahawa kedudukannya sebagai Perdana Menteri akan kekal terjamin jika dia ‘bercuti’, Zahid dan Najib berpura-pura tidak sehaluan dengan Datuk Bung Moktar dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ya, rakaman audio percakapan Tajuddin dalam mesyuarat MKT dan penularan audio rakaman ini disengajakan dan menurut skrip agar Muhyiddin percaya bahawa orang-orang Najib dan Zahid sendiri sudah beralih sokongan terhadap Muhyiddin.

Malangnya, Muhyiddin tidak membeli sandiwara ini dan masih tidak ingin memasuki sebarang perjanjian dengan Zahid dan Najib atau orang-orang mereka, termasuk Ismail Sabri.

Malah, Muhyiddin tidak teragak-agak melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui Majlis Pemulihan Negara jika kerajaan pimpinannya tidak dapat bertahan.

Pada 7hb Jun 2021, saya menulis:

Muhyiddin tidak sekali-kali akan memaafkan Najib atau tunduk pada kehendak Najib kerana Najib memecatnya dari UMNO dan kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, sekaligus mencantas peluang Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri mewakili UMNO dan Barisan Nasional.

Jjika ada tanda-tanda Darurat akan tamat dalam masa terdekat atau jika Darurat tidak dilanjutkan, Muhyiddin tidak keberatan berundur bagi membolehkan pembentukkan kerajaan baharu dengan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-9 atau Perdana Menteri Interim.

Muhyiddin tidak rugi apa-apa kerana beliau sudahpun menjadi Perdana Menteri, peluang yang dirampas daripadanya oleh Najib pada tahun 2015 menerusi pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Maknanya, jika Muhyiddin diminta oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk berundur selepas 1hb Ogos 2021, beliau lebih rela berbuat demikian daripada membuka ruang untuk Najib dan Zahid menguasai kerajaan menerusi pintu belakang.

Kan dah kena getah?

WAJIB BACA:

Terkini: Muhyiddin Yassin tumbang, UMNO putuskan tarik sokongan terhadap kerajaan berkuatkuasa serta merta



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...