KENYATAAN TOMMY THOMAS SAH KEKHILAFAN TAFSIRAN KEPERLEMBAGAAN

Muhammad Rafique Rashid Ali

كڽاتأن تومماي تومس صح كيكهيلفن تفسيرن كڤرلمباڬان

1. Saya merujuk kepada kenyataan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas di dalam buku terbarunya My Story: Justice in the Wilderness di mana pada muka surat 472 beliau menyatakan antara lainnya bahawa hanya Tun Dr. Mahathir yang meletakkan jawatannya dan ianya tidak bermakna perletakkan jawatan Kabinet.

2. Pada dasarnya Tan Sri Tommy mengatakan bahawa apabila Tun Dr Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri meletak jawatan di atas kehendaknya sendiri pada 24.2.2020, maka Jemaah Menteri masih boleh menjalankan fungsinya dan tidak terbubar. Menurutnya lagi, ini adalah kerana Perdana Menteri meletak jawatan di atas kehendaknya sendiri dalam kapasiti hanya sebagai Perdana Menteri meskipun masih kononnya mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.




3. Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:

“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli DewanRakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong” (penekanan ditambah).

4. Pada 24.2.2020, fakta adalah jelas bahawa Tun Dr. Mahathir pada ketika itu telah kehilangan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat susulan keputusan Ahli-Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan sebahagian Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (blok Datuk Seri Azmin Ali) untuk keluar daripada Pakatan Harapan. Maka dari segi keperlembagaannya, Tun Dr. Mahathir tidak lagi boleh memegang jawatan Perdana Menteri bagi kerajaan Pakatan Harapan di mana beliau mesti meletak jawatan, melainkan di atas permintaannya Yang Di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen.

5. Ini juga dizahirkan semasa sesi temuduga kesemua 222 Ahli-Ahli Dewan Rakyat oleh Yang Di-Pertuan Agong di mana Tun Dr. Mahathir hanya mendapat lebih kurang 60 sokongan sahaja. Ianya sudah terang tanpa perlu lagi bersuluh. Menunjukkan bahawa beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat, pada ketika perletakkan jawatannya.

6. Dari segi keperlembagaan, apabila seseorang Perdana Menteri itu telah meletak jawatan, maka seluruh Jemaah Menteri akan turut juga terbubar. Sama ada perletakkan jawatan tersebut dilakukan adalah di atas kehendak dan kerelaan sendiri Perdana Menteri atau sebaliknya, ianya adalah tidak relevan kepada kedudukan Jemaah Menteri.

7. Jika sekalipun seseorang Perdana Menteri itu meletakkan jawatan dalam keadaan beliau masih memiliki sokongan majoriti seperti yang berlaku ketika Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan pada tahun 2003, ianya juga adalah tidak relevan kepada kedudukan Jemaah Menteri.

8. Pokok pangkalnya, ‘perletakan jawatan Perdana Menteri maka secara automaktiknya seluruh Jemaah Menteri akan terbubar’, tidak kiralah sama ada perletakkan jawatan tersebut dilakukan atas sebab kehilangan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat atau sebaliknya dan/atau sama ada di atas kehendak diri sendiri atau sebaliknya.

Loading...

9. Sebagai perbandingan, Perkara 7 (1) Perlembagaan Negeri Sabah dan Perkara XVI (6) Perlembagan Negeri Perak adalah mempunyai peruntukan yang sama seperti peruntukan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan di atas.

10. Kesan keperlembagaan kedua-dua peruntukan Perlembagaan Negeri Perak dan Perlembagaan Negeri Sabah dapat dilihat daripada keputusan-keputusan Mahkamah di dalam kes Datuk (Datu) Amir Kahar bin Tun Datu Haji Mustapha v Tun Mohd Said bin Keruak Yang Di-Pertua Negeri Sabah & Ors [1995] 1 MLJ 169, Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin v Dato’ Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir (Attorney General, intervener) [2010] 2 MLJ 285 dan Tan Sri Musa Hj Aman v Tun Datuk Seri Panglima Hj Juhar Hj Mahiruddin & Anor and another case [2019] 10 MLJ 329.

11. Di dalam ketiga-tiga kes di atas, Mahkamah secara jelas memutuskan bahawa apabila seorang Menteri Besar/Ketua Menteri telah kehilangan majoriti, maka seluruh Executive Council/Kabinet adalah secara automatiknya terbubar.

12. Jadi ianya jelas bahawa kenyataan Tan Sri Tommy seperti pada muka surat 472 adalah satu kekhilafan pentafsiran keperlembagaan (constitutionally erroneous) di mana ianya adalah bercanggah dengan peruntukan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Peguambela dan Peguamcara Shah Alam

WAJIB BACA:

Liwat 3.0 (Bahagian Dua): Salahlaku Anwar disenyapkan setelah Najib masuk perjanjian sulit sebelum Pilihan Raya Umum ke-13

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...