Kerajaan pimpinan Ismail Sabri dijangka tumbang sebelum November ini 

Jangan terkejut jika DAP tiba-tiba menarik sokongan terhadap Ismail Sabri, dengan syarat Najib dan Zahid dapat meyakinkan sekurang-kurangnya 21 ahli parlimen untuk bersama mereka menyokong Anwar. Sumer (gambar): Fail TTF

“Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa Kluster Menteri UMNO akan bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri jika ahli-ahli Kluster Menteri ini dijanjikan jawatan dalam kerajaan. Perkara ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam live khas saya di Facebook Raggie Jessy Rithaudeen 6.30 petang ini (KLIK DI SINI).”

Raggie Jessy Rithaudeen

Ismail Sabri barangkali Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah dan tidak dijangka bertahan lama dalam kedudukan itu.

Ini kerana beliau tersepit antara misi jangka panjang Kluster Mahkamah dan percaturan Pakatan Harapan yang saling berkait dan bakal menjurus kepada keruntuhan kerajaan pimpinannya.




Sepertimana yang saya dedahkan sebelum ini, misi sebenar Kluster Mahkamah adalah untuk ‘menguasai’ tampuk kepimpinan negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 atau mencetuskan pembubaran parlimen sebelum hujung bulan depan.

Niat Pakatan Harapan pula adalah untuk mengambil kesempatan daripada keterdesakan Kluster Mahkamah agar Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dinaikkan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Apakah pilihan yang ada pada Ismail Sabri?

Ismail Sabri mempunyai tiga pilihan:

1. Samada beliau berpihak kepada Kluster Mahkamah, atau

2. beliau berpihak kepada Perikatan Nasional, atau

3. memilih opsyen ketiga (Akan dibincangkan kemudian)

Bagaimana jika Jika Ismail Sabri berpihak kepada Kluster Mahkamah?

Jika Ismail Sabri berpihak kepada Kluster Mahkamah, kerajaan pimpinannya akan digelar “kerajaan boneka Kluster Mahkamah.”

Loading...

Dalam senario ini, Kluster Mahkamah akan memuktamadkan agihan kerusi dan memaksa Ismail Sabri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong agar parlimen dibubarkan selepas imuniti kelompok dicapai hujung bulan depan.

Perkara ini akan dirancang secara senyap, kerana Kluster Mahkamah tidak ingin Datuk Seri Anwar Ibrahim menghidu perancangan ini.

Jika Yang Di-Pertuan Agong tidak bersetuju untuk membubarkan parlimen, barulah Kluster Mahkamah akan bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Alasan yang akan digunakan ialah “perlu ada kerajaan lebih stabil” dan “perlu patuhi kehendak akar umbi UMNO untuk tidak bekerjasama dengan PPBM” (walhal, akar umbi UMNO turut menolak Pakatan Harapan).

Kluster Mahkamah kemudian akan meminta Ismail Sabri untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri berbekalkan alasan beliau perlu patuh pada kepimpinan parti.

Kluster Mahkamah kemudian akan mengumpulkan surat akuan sokongan terhadap Anwar dari ahli-ahli parlimen UMNO (termasuk Ismail Sabri) untuk diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Pakatan Harapan pula akan tiba-tiba bersetuju untuk bekerjasama dengan Kluster Mahkamah dan akan turut serta mengumpul surat akuan sokongan terhadap Anwar.

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa Kluster Menteri UMNO akan bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka dijanjikan jawatan dalam kerajaan.

Bagaimana jika Jika Ismail Sabri berpihak kepada Perikatan Nasional?

Jika Ismail Sabri memihak kepada Perikatan Nasional, kerajaan pimpinannya akan digelar “kerajaan boneka Pakatan Harapan” atau “kerajaan boneka DAP.”

Ini kerana Ismail Sabri perlu tunduk kepada segala kehendak Pakatan Harapan berdasarkan syarat-syarat yang terkandung dalam MoU yang ditandatangani antara Pakatan Harapan dan kerajaan.

Ini bermakna, kerajaan tidak akan ada kebebasan untuk menyediakan cadangan Belanjawan, kerana segala apa yang dibentangkan perlu dipersetujui terlebih dahulu oleh Pakatan Harapan sebelum dibentangkan.

Ini sudah pasti akan memarahkan lagi penyokong UMNO dan PAS, kerana mana-mana kerajaan yang perlu mendapatkan persetujuan parti pembangkang bagi seluruh cadangan Belanjawan sebelum cadangan ini dibentangkan memang sah kerajaan boneka dan seeloknya tutup kedai.

Keadaan ini akan memudahkan lagi usaha Zahid dan Najib untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 21 surat akuan daripada ahli-ahli parlimen UMNO bagi menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-10.

Ahli-ahli parlimen ini tahu bahawa Pakatan Harapan akan bersetuju pada bila-bila masa untuk bekerjasama dengan Kluster Mahkamah jika semua pihak bersetuju untuk menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Maka sudah pasti Kluster Menteri akan turut serta menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri jika mereka dijanjikan jawatan dalam kerajaan.

Kesemua ini akan menjurus kepada pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri, dan Kluster Mahkamah akan menaruh harapan yang tinggi terhadapnya untuk membantu dalam kes-kes mahkamah mereka.

Jadi Pakatan Harapan memang berhasrat untuk bekerjasama dengan Kluster Mahkamah?

Ya.

Jumaat lalu, saya menulis:

Pada ketika Muhyiddin membuat tawaran (kepada pembangkang), DAP beranggapan bahawa Kluster Mahkamah akan memasuki perjanjian bersama Pakatan Harapan ke arah pembentukan jajaran politik baharu dan menyokong pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri (rujuk carta di bawah).

Namun, Tony Pua tidak begitu percaya kepada Kluster Mahkamah dan telah cuba sedaya upaya untuk meyakinkan DAP untuk menerima syarat Muhyiddin.

Biarpun begitu, kepemimpinan tertinggi parti itu tetap menaruh harapan terhadap Najib dan Zahid dan yakin bahawa Anwar dapat dinaikkan sebagai Perdana Menteri ke-9.

Malangnya, apabila sampai masa untuk mencalonkan Perdana Menteri, Najib dan Zahid tiba-tiba membuat pusingan-U dan bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri.

Ini menyebabkan DAP menjadi marah dan bertindak ‘menghukum’ Kluster Mahkamah dengan meletakkan syarat bahawa pilihan raya umum ke-15 hanya boleh diadakan setelah kes-kes Najib dan Zahid diputuskan.

Disebabkan terdesak, Najib dan Zahid mungkin tidak ada pilihan melainkan beralih sokongan kepada Anwar dan DAP sekiranya mereka gagal meyakinkan Ismail Sabri untuk mencetuskan Pilihan Raya sebelum hujung tahun ini.

Ya, jangan terkejut jika DAP tiba-tiba menarik sokongan terhadap Ismail Sabri, dengan syarat Najib dan Zahid dapat meyakinkan sekurang-kurangnya 21 ahli parlimen untuk bersama mereka menyokong Anwar.

BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI

Jadi semua ini sebahagian daripada perancangan tiga fasa Kluster Mahkamah?

Ya.

Pada 5 hb September 2021, saya menulis:

Fasa pertama: Sekongkol UMNO bersama PAS, Datuk Seri Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Fasa kedua: ‘Penolakan’ pengaruh Azmin dalam kerajaan dan sebab-sebab lain yang seterusnya digunakan sebagai alasan untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Fasa ketiga: Percubaan untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri atas alasan Perdana Menteri UMNO merupakan boneka Muhyiddin atau mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 atas alasan yang sama.

Saya percaya bahawa Ismail Sabri sengaja melantik Muhyiddin atas alasan “UMNO perlu menjaga hati Muhyiddin” agar PPBM tidak mencetuskan kemelut politik baharu dengan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

Semuanya nampak dirancang, malah saya tidak terkejut apabila Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa status wabak Covid-19 akan diubah daripada “pandemik” ke “endemik” dalam masa terdekat setelah imuniti kelompok dicapai.

Status “endemik” bermakna wabak Covid-19 akan dianggap sebagai sesuatu yang biasa dalam kehidupan harian yang tidak perlu dihairankan.

Ini bermakna, Pilihan Raya Umum ke-15 dapat diadakan dalam masa terdekat sebaik sahaja imuniti kelompok dicapai, dan hanya mereka yang sudah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan keluar mengundi.

Saya percaya bahawa kluster mahkamah akan lancarkan “sandiwara serangan fasa ketiga” terhadap Ismail Sabri disebabkan pelantikan Muhyiddin dan menggunakan alasan ini atau alasan lain untuk mendesak pembubaran parlimen.

Sebelum itu, negara kita akan mencapai imuniti kelompok dan Khairy akan umumkan peralihan rasmi dari status “pandemik” ke “endemik.”

Kemudian, Ismail Sabri akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong dan menasihati Seri Paduka Baginda Tuanku untuk membubarkan parlimen.

Memandangkan status wabak Covid-19 sudah diubah ke status endemik, Yang Di-Pertuan Agong dijangka akan bersetuju untuk membubarkan parlimen, sekaligus memberi ruang kepada pembentukan kerajaan caretaker sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

Sudah pasti Ismail Sabri akan dilantik memegang jawatan Perdana Menteri Caretaker, dan jawatan ini akan memberikan akses jentera pentadbiran kerajaan kepada UMNO untuk membantu kempen parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI

WAJIB BACA:

Pencalonan Ahmad Maslan timbulkan syak



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...