Kertas siasatan dibuka, polis akan panggil Tommy Thomas

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya akan memanggil Tommy dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. Sumber (gambar): Fail TTF

كرتس سياستن دبوك، ڤوليس اكن ڤڠڬيل تومماي تومس

Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka selepas polis menerima laporan daripada bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, semalam.

Terdahulu, Mohamad Hanafiah dalam laporan polisnya mendakwa dalam buku itu, Tommy memfitnah dan memburukkan imejnya ketika beliau masih bertugas sebagai seorang pegawai kanan kerajaan.

“Petikan ini (dalam buku) merujuk kepada penyediaan dan persiapan pasukan pendakwaan dalam kes pendakwa raya lawan Datuk Seri Najib Razak (kes SRC International) di mana ketika itu pada tahun 2018 saya ditugaskan sebagai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Pejabat Peguam Negara,” katanya.


KUALA LUMPUR: Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka selepas polis menerima laporan daripada bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, semalam.




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya akan memanggil Tommy dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Laporan polis telah diterima di Cyberjaya, semalam, berhubung penerbitan buku berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’ daripada Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

“Pihak polis akan memanggilnya (Tommy) secepat mungkin bagi memastikan siasatan kes ini dapat dilakukan,” katanya kepada media hari ini.

Fadzil berkata, setakat ini hanya satu laporan polis diterima.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung fitnah,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Hanafiah dalam laporan polisnya mendakwa dalam buku itu, Tommy memfitnah dan memburukkan imejnya ketika beliau masih bertugas sebagai seorang pegawai kanan kerajaan.

“Petikan ini (dalam buku) merujuk kepada penyediaan dan persiapan pasukan pendakwaan dalam kes pendakwa raya lawan Datuk Seri Najib Razak (kes SRC International) di mana ketika itu pada tahun 2018 saya ditugaskan sebagai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Loading...

Mohamad Hanafiah berkata ia tidak benar sama sekali dan mempunyai maksud beliau tidak berkemampuan untuk mengetuai dan menyelia pasukan pendakwaan itu dan lebih selesa menjalankan tugas pentadbiran.

Sumber:

WAJIB BACA:

Anwar minta bekas pegawai penyiasat kes liwat 2 buat kenyataan media palsu (Bahagian Tiga)

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...