Kilang haram Sungai Lembu: Penduduk mati, tetapi Guan Eng terus ‘menglembu’

 

“Pemandu berkenaan meninggal dunia pada hari yang sama akibat kecederaan dialaminya, membuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi membahayakan pekerja. Kaedah digunakan operator tidak pernah dipersoal atau disiasat oleh pentadbiran negeri berikutan tragedi ini”




Malaysian Digest

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng banyak melindungi fakta berhubung kilang haram pembawa kanser di Sungai Lembu, Permatang Pauh, Pulau Pinang yang dikatakan menjadi punca lima penduduk kampung meninggal dunia akibat pelepasan gas toksik daripada aktiviti pembakaran habuk kayu secara terbuka.

Portal The Third Force merungkaikan bukti bahawa kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja berbohong berhubung kelulusan operasi kilang oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), tetapi menyedari dan mengakui bahawa kewujudan kilang berkenaan memberi impak negatif terhadap kesihatan penduduk kampung.

“Apa yang mengejutkan – dan mungkin menyakitkan – rakyat Malaysia adalah arahan daripada ahli exco negeri diisukan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), melarang kerajaan tempatan merobohkan kilang haram. Exco yang dimaksudkan tidak lain adalah Phee Boon Poh, yang pada 11 Ogos 2017, didapati oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) memainkan peranan menghalang keadilan.

“Tetapi bukan itu sahaja.

“Pada 15 Ogos 2017, Guan Eng mengakui bahawa kerajaannya mengtahui akan impak negatif kilang terhadap penduduk kampung, sebelum mengakui pentadbirannya ‘lepas tangan’ diatas dasar ‘tidak campur tangan’. Kemudian, Ketua Menteri memberitahu pada sidang media bahawa tujuannya mendedahkan minit (mesyuarat) 6 Mei 2015 untuk ‘membuktikan’ bahawa Phee telah berunding berkaitan isu berkenaan diatas kapasitinya sebagai exco kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar,” lapor portal berkenaan.

‘Rundingan’ tersebut kata The Third Force merujuk kepada rundingan Phee bersama JAS yang dikatakan memberi ‘lampu hijau’ kepada kerajaan Pulau Pinang membenarkan kilang berkenaan meneruskan operasi.

Loading...

Walaubagaimanapun, Guan Eng gagal menjelaskan bahawa JAS hanya akan memberi kelulusan sekiranya kilang berkenaan menepati syarat ditetapkan termasuk pembakaran dilakukan secara tertutup.

“Ironinya, bukan sahaja Ketua Menteri gagal memaksa pemilik kilang mematuhi piawaian, pentadbirannya kemudian mengeluarkan dua arahan kepada MPSP, mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk tidak mencampuri urusan kilang.”

Lapor portal berkenaan lagi, Guan Eng juga gagal menjelaskan kepada masyarakat bahawa sewaktu kerajaan negeri bermesyuarat pada 6 Mei 2015 untuk meluluskan operasi kilang berkenaan, seorang pemandu lori terjatuh ke dalam salah satu lubang pembakaran habuk kayu dan mengalami kebakaran 93 peratus badannya.

“Pemandu berkenaan meninggal dunia pada hari yang sama akibat kecederaan dialaminya, membuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi membahayakan pekerja. Kaedah digunakan operator tidak pernah dipersoal atau disiasat oleh pentadbiran negeri berikutan tragedi ini.”

Berhenti ‘Menglembu’ Kilang Sungai Lembu

Aktivis bebas yang juga bekas ahli DAP, Shamsher Singh Thind membidas Guan Eng agar berhenti bersikap seperti ahli pembangkang dengan menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan mula menjalankan tugas sebagai pentadbir Pulau Pinang dengan merobohkan kilang haram berkenaan.

“Sudah tentu, struktur haram mungkin tidak memberi gangguan atau bahaya untuk masa tertentu, yang amat difahami apabila kerajaan negeri atau majlis tempatan memutuskan untuk tidak mengambil tindakan serta merta. Sebagai contoh, juka sesebuah struktur tidak menghalang laluan dan tiada siapa yang terkesan, mungkin tiada keperluan untuk mengambil tindakan serta merta oleh pihak yang disebutkan berkaitan struktur tersebtut.

“Tetapi dalam kes kilang haram Kampung Sungai Lembu, The Third Force secara tegas mendakwa binaan dan aktiviti dijalankan didalamnya memberi kesan buruk kepada penduduk kampung, apa lagi dengan sistem pembakaran terbuka yang menghantar asap bertoksik dan debu ke udara. Bukankah ianya satu bahaya yang kerajaan negeri perlu siasat? Mengapa anda, selaku pemimpin negeri, mengabaikan petisyen oleh penduduk kampung?” soal Shamsher.

Petisyen dimaksudkan Shamsher adalah pungutan suara 180 penduduk kampung yang menandatangani akuan membantah kewujudan kilang berkenaan.

Petisyen berkenaan kata Shamsher adalah sebahagian daripada pelbagai lagi dokumen lain yang bakal didedahkan The Third Force berhubung kilang haram berkenaan, lantas menasihati Guan Eng untuk mengakui kesilapan dan memperbetulkan keadaan sebelum menjadi lebih buruk.

Sumber: Malaysian Digest



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...