‘Kita jumpa di mahkamah’ – Mahathir

Mahathir mengesahkan terima surat tuntutan daripada bekas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan mengarahkan peguamnya untuk membalas surat itu. Sumber (gambar): Fail TTF

ءكيت جومڤا د محكمهء – محضير

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau sudah menerima surat saman daripada bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, peguamnya sudah diarahkan untuk memberikan respons terhadap perkara tersebut.

“Saya akan berjumpa dengannya (Khalid) di mahkamah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Pada 16 April lalu, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di portal berita bertajuk ‘Khalid Abu Bakar Bocor Rancangan Pada Najib’ yang disifatkan sebagai satu fitnah.

Pada 22 April lalu, Khalid telah mengarahkan firma guaman Gunaseharan & Linda untuk menghantar notis tuntutan kepada Dr Mahathir bagi menuntut beliau membuat permohonan maaf terbuka secara bertulis dan media sosialnya seperti Facebook serta Instagram.


SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau sudah menerima surat saman daripada bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, peguamnya sudah diarahkan untuk memberikan respons terhadap perkara tersebut.




“Saya telah terima saman fitnah daripada bekas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Saya telah arahkan peguam saya untuk membalasnya.

“Saya akan berjumpa dengannya (Khalid) di mahkamah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Pada 16 April lalu, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di portal berita bertajuk ‘Khalid Abu Bakar Bocor Rancangan Pada Najib’ yang disifatkan sebagai satu fitnah.

Antara kandungan yang didakwa Mahathir ialah tindakan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dilaksanakan lebih awal kerana dibocorkan oleh Khalid.

Pada 22 April lalu, Khalid telah mengarahkan firma guaman Gunaseharan & Linda untuk menghantar notis tuntutan kepada Dr Mahathir bagi menuntut beliau membuat permohonan maaf terbuka secara bertulis dan media sosialnya seperti Facebook serta Instagram.

Dr Mahathir juga dikehendaki membuat aku janji tidak mengulangi kenyataan sama secara lisan atau bertulis di mana-mana saluran media penyiaran serta menarik semula kenyataan palsu bersifat fitnah.

Menurut firma itu, sekiranya gagal memenuhi segala tuntutan berkenaan, Dr Mahathir akan berdepan saman RM10 juta.

Loading...

Sumber:

WAJIB BACA:

Saya sokong Hamid Bador dilantik Senator, Menteri Dalam Negeri kerajaan baharu



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...