Kongres PKR kecoh: Anwar didakwa keluar arahan halang kem Azmin masuk

Kejadian hari ini menandakan kemelut politik PKR melibatkan Anwar dan Azmin jauh dari terlerai. Sumber (gambar): Malaysiakini

Suasana di luar dewan kongres Pemuda PKR hari ini kecoh dengan berlakunya kejadian tumbuk-menumbuk apabila bekas pengerusi tetap Mizan Adli Mohd Noor dan sejumlah ahli yang mengatakan mereka sebagai perwakilan dilarang masuk.

Kejadian kecoh hari ini menandakan kemelut politik PKR melibatkan kem Azmin dan kem Anwar masih belum terlerai, dengan sumber PKR mendakwa arahan menghalang Mizan dan penyokongnya dikeluarkan oleh Anwar sendiri.

Menurut sumber tersebut, ini berikutan sokongan luarbiasa terhadap Azmin di majlis perasmian kongres pemuda dan wanita semalam yang menjadi bukti penguasaan Azmin terhadap parti.

Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan Mizan sebagai berkata Mizan berkata dia dihalang kerana telah dilucutkan daripada jawatan pengerusi tetap.


PETALING JAYA: Suasana di luar dewan kongres Pemuda PKR hari ini kecoh dengan berlakunya kejadian tumbuk-menumbuk apabila bekas pengerusi tetap Mizan Adli Mohd Noor dan sejumlah ahli yang mengatakan mereka sebagai perwakilan dilarang masuk.

Menurut laporan, kekecohan bermula apabila petugas keselamatan menghalang Mizan dan penyokongnya biarpun Mizan merupakan ahli PKR sah dan layak menghadiri kongres berkenaan.




Mizan bersama kumpulannya merupakan penyokong tegar timbalan presiden PKR Dato’ Seri Azmin Ali.

Malam Rabu, Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara tiba-tiba bersetuju membenarkan Azmin merasmikakan kongres pemuda dan wanita yang dibuka di Melaka semalam.

Menurut sumber, persetujuan tersebut dicapai selepas kedua-dua mereka bertemu, dipercayai bagi membincangkan kemelut yang melanda PKR dan masalah-masalah berbangkit, termasuk pemecatan Zakaria Abdul Hamid, bekas setiausaha politik kepada Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Saya difahamkan bahawa Anwar bersetuju mempertimbangkan semula pemecatan Zakaria bersama-sama pemecatan Mizan dan bekas timbalannya, Mohd Ramly Ahmad.

Keesokkan harinya, Azmin mempertahankan Anwar yang sekali lagi berdepan dengan tuduhan salah laku seksual, kali ini menerusi satu surat akuan bersumpah yang ditandatangani oleh Muhammed Yusoff Rawter di mana Anwar didakwa menyerang Yusoff secara fizikal dan seksual serta cuba meliwatnya secara paksa.

Kejadian kecoh yang berlaku menandakan kemelut politik PKR melibatkan kem Azmin dan kem Anwar masih belum terlerai, dengan sumber mendakwa arahan menghalang Mizan dan penyokongnya dikeluarkan oleh Anwar sendiri.

Menurut sumber tersebut, ini berikutan sokongan luarbiasa terhadap Azmin di majlis perasmian kongres pemuda dan wanita semalam yang menjadi bukti penguasaan Azmin terhadap parti.

Loading...

Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan Mizan sebagai berkata Mizan berkata dia dihalang kerana telah dilucutkan daripada jawatan pengerusi tetap.

“Mereka hanya pecat tapi mereka (pengawal keselamatan) tak beri saya masuk ke dalam dewan, ini tidak adil, tidak demokrasi.

“Hasil pertemuan presiden (Anwar Ibrahim) dan timbalan (Azmin Ali) sudah setuju untuk memilih (pengerusi tetap) yang baru. Jadi kenapa tak bagi saya masuk?” soalnya.

Mizan kemudian membuat sidang media untuk mengecam insiden itu dan meletakkan kesalahan kepada Ketua AMK Akmal Nasrullah Nasir.

Dia turut mendakwa diserang secara fizikal dan diarahkan keluar selepas memasuki dewan tersebut.

“Adakah Akmal menggunakan gangster? Kita tak buat apa-apa.

“Sebarang keputusan mengenai jawatan tersebut (pengerusi dan timbalan pengerusi tetap) seharusnya dimuktamadkan di kongres, (tetapi) saya tak dibenarkan (masuk).

“Saya anggap kongres ini tidak sah kerana pelantikan (pengerusi dan timbalan pengerusi tetap baru) berlaku tanpa ada saya di dalam,” katanya lagi.

Dia berkata mungkin akan membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Khamis lalu,  TTF menulis:

Anwar sudah mula bertindak sebagai diktator bagi mengetatkan kawalannya terhadap PKR kerana terdesak melihatkan sokongan terhadapnya kian merosot.

Terdahulu, Muhamad Mizan Adli Mohd Nor dan Mohd Ramly Ahmad masing-masing dilepaskan dari jawatan mereka sebagai pengerusi kekal dan timbalan pengerusi kekal cabang pemuda parti atas alasan yang tidak masuk akal.

Menerusi satu surat bertarikh 27hb November 2019, setiausaha agung PKR, Ahmad Syukri Che Ab Reli menyenaraikan beberapa sebab pemecatan dibuat, antaranya had umur bagi jawatan-jawatan berkenaaan yang kononnya sudah dilangkaui oleh kedua-dua Zakaria dan Ramly.

Terkejut, Muhamad bertindak mempersoal sebab tindakan diambil hanya beberapa hari sebelum berlangsungnya Kongres Nasional Pemuda yang diselubungi kontroversi.

Muhamad dan Ramly diketahui bersekutu dengan Azmin bersama-sama Muhammad Hilman Idham, Timbalan Ketua Pemuda PKR.

RJ RITHAUDEEN



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...