“Zahid kini sedang meyakinkan seluruh kepimpinan UMNO Perak untuk bersetuju membentuk gabungan bersama DAP di negeri itu bagi meyakinkan Team B dan DAP pusat (kumpulan anti-Lim Guan Eng) untuk bekerjasama di peringkat persekutuan”
Raggie Jessy Rithaudeen
1. Team A UMNO bersekongkol dengan DAP.
2. Team A UMNO bersetuju untuk membentuk gabungan baharu bersama DAP dan PKR sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mendapat sokongan majoriti atau selepas Pilihan Raya Umum ke-15 jika Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memiliki jumlah kerusi yang memadai untuk membentuk kerajaan.
3. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan perancangan ini malah bersetuju untuk mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-9.
Entah berapa kali saya dah ulang perkara di atas sejak Julai lepas. Pada awalnya, ramai yang kata saya sedang membuat ‘spin’ apabila mendakwa Najib bersekutu dengan Anwar secara senyap dan bersetuju untuk calonkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-9.
Kemudian, apabila muncul surat rahsia Zahid dan Najib yang menzahirkan sokongan padu Barisan Nasional terhadap Anwar, barulah orang mula sedar bahawa permainan Najib kini beralih ke tahap ‘lakonan Hollywood’ bagi mengelirukan musuh sambil membuat pencaturan-pencaturan tertentu.
Pada ketika itulah timbul kepastian bahawa Zahid dan Najib sebenarnya menyediakan surat tersebut bagi pihak Barisan Nasional tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO atau Majlis Kepimpinan Tertinggi Barisan Nasional.
Tapi nasi sudah menjadi bubur kan?
Sama juga halnya apabila saya mendakwa Team A dari awal lagi mempertimbangkan kerjasama UMNO-DAP, dan perjuangan “penyatuan ummah” selama ini penipuan belaka bagi memperdaya PAS yang akhirnya akan dipijak-pijak oleh UMNO.
Ada yang mendakwa saya sedang membuat ‘spin’ semata-mata kerana tidak suka Najib dan Zahid. Tetapi akhirnya terbukti benar kan?
UMNO akhirnya bersekongkol dengan DAP, yang dahulunya didakwan “musuh Islam,” untuk menumbangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kan?
Jadi terpulanglah kepada anda samada ingin percaya apa yang bakal saya ceritakan di bawah ini, kerani nasi bukan hanya sudah menjadi bubur, bubur pun dah tak tinggal, yang tinggal hanyalah bekas hitam dalam periuk tanda kehangusan akibat daripada sikap leka dan “terlalu yakin diri” tukang-tukang masak.
Berikut merupakan perancangan terkini Zahid dan Najib bersama Anwar menjelang undi Belanjawan 2021, samada pada 15hb Disember 2020 atau 17hb Disember 2020:
1. Selepas Belanjawan 2021 diluluskan pada peringkat dasar, Zahid bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mendapat tahu bahawa Muhyiddin merancang dari awal lagi untuk menjadikan Ismail Sabri Timbalan Perdana Menteri, bukannya Azmin Ali (rijuk artikel asal di bawah).
2. Perkara ini menggembirakan Zahid, yang tiba-tiba bersetuju agar Muhyiddin diberi kebebasan untuk menentukan siapa dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
3. Ini kerana, Ismail Sabri merupakan sekutu rapat Zahid bersama beberapa ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO yang dilantik oleh Zahid pada awal 2019 untuk melumpuhkan sebarang usaha dari pihak Najib untuk mengambil alih tampuk kepimpinan Barisan Nasional.
4. Muhyiddin tidak kisah dengan hubungan akrab Zahid dan Ismail Sabri atau jika Zahid menjadi de facto Prime Minister (Perdana Menteri efektif) seandainya Ismail Sabri diangkat menjadi Perdana Menteri.
5. Muhyiddin cuma tidak bersetuju untuk menaikkan Zahid buat ketika ini kerana tuduhan jenayah yang dihadapi oleh Zahid yang sedang dibicarakan di mahkamah.
6. Biarpun begitu, Muhyiddin dan Zahid bersetuju agar PPBM dan UMNO digabungkan dalam masa terdekat sebelum Muhyiddin memberi laluan kepada Ismail Sabri untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.
7. Dalam perancangan ini, Zahid bercadang untuk mempelawa PKR untuk menyertai Barisan Nasional sekiranya Ismail Sabri diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri sebagai langkah awal sebelum dijadikan Perdana Menteri Mac tahun depan.
8. Zahid berharap untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas parlimen dibubarkan dan dijangka akan melantik Anwar sebagai timbalannya sebelum memberi laluan kepada Anwar untuk mengambil alih kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16.
9. Walaubagaimanapun, Anwar tidak bersetuju dengan rancangan ini dan memberi kata putus kepada Zahid, samada UMNO bekerjasama dengan PKR secara en bloc untuk menumbangkan Muhyiddin atau bersedia dipinggirkan oleh PKR buat selama-lamanya.
10. Bagi Anwar, sekiranya Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (43 kerusi) bergabung, bukan hanya Anwar boleh menjadi Perdana Menteri, WARISAN sudah pasti akan turut serta.
11. Syaratnya, Zahid perlu yakinkan Team B UMNO (26 ahli parlimen) untuk bekerjasama dengan DAP.
12. Oleh kerana Zahid dan Muhyiddin memasuki perjanjian di mana UMNO dibenarkan untuk menuntut jawatan Menteri Besar Perak sekiranya parti itu melepaskan kerusi Ketua Menteri Sabah kepada PPBM (rujuk pendedahan dalam artikel di bawah), Zahid membuat keputusan untuk menggunakan Perak sebagai medan percubaan kerjasama UMNO-DAP.
13. Atas dasar itulah berlaku sekongkol antara UMNO dan DAP di Perak untuk menyingkirkan Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar.
14. Perkara ini benar-benar mengejutkan Muhyiddin, yang menjangka UMNO akan hanya bekerjasama dengan AMANAH dan PKR untuk menyingkirkan Ahmad Faizal.
15. Zahid kini sedang meyakinkan seluruh kepimpinan UMNO Perak untuk bersetuju membentuk gabungan bersama DAP di negeri itu bagi meyakinkan Team B dan DAP pusat (kumpulan anti-Lim Guan Eng) untuk bekerjasama di peringkat persekutuan.
16. Sekiranya Zahid berjaya, Pakatan Harapan bukan hanya akan bergabung dengan Barisan Nasional di Perak, gabungan ini akan menjalar ke peringkat persekutuan dan memberikan Anwar sokongan majoriti yang diperlukannya untuk menjadi Perdana Menteri.
17. Hanya satu sahaja cara untuk menggagalkan rancangan ini, iaitu PPBM, PAS, Team B, WARISAN dan GPS perlu berdepan dengan realiti dan bekerjasama bersama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencantas Anwar dan Zahid.
18. Seandainya kerjasama ini berjaya, DAP pusat dan AMANAH akan secara otomatik menolak formula yang dicadangkan oleh Zahid di Perak dan bersetuju untuk bersama Mahathir membentuk kerajaan perpaduan.
Bersambung…
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
