“Terdesaknya kumpulan pro-Anwar berpunca daripada persengketaan antara Anwar dan Azmin, di mana Anwar begitu khuatir Azmin akan diangkat menjadi Perdana Menteri dan tahu Mahathir akan “mengorak langkah” melakukan sesuatu pada bila-bila masa”
Raggie Jessy Rithaudeen
كومڤولن ڤرو-انور سداڠ مڠونداڠ نحس
Kumpulan yang memihak Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdiri dari segelintir ahli parlimen dan pemimpin bawahan PKR, PPBM, UMNO dan DAP, sedang mengundang nahas dengan menekan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menetapkan tarikh pengunduran beliau.
Biarpun kecil, kumpulan ini amat terdesak melihatkan sokongan majoriti ahli parlimen terhadap gandingan Mahathir-Datuk Seri Azmin Ali dan diarahkan oleh Anwar untuk bermain persepsi di media dan umum bagi mempengaruhi seramai ahli parlimen yang mungkin.
Persepsi yang dimainkan bertujuan memberikan gambaran seolah-olah “Anwar sudah kuat dan bakal mengorak langkah pada bila-bila masa.” Anehnya, tidak ada seorang pun ketua parti ataupun ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berani membuat desakan agar Mahathir berundur.
Malah, setiausaha-agung DAP merangkap Menteri Kewangan sendiri menegaskan tidak perlu diadakan mesyuarat khusus untuk membincangkan tarikh pengunduran Mahathir dari jawatan Perdana Menteri (baca artikel di bawah untuk ketahu sebabnya).
Lim Guan Eng terketar-ketar ketakutan, dapat rasa Mahathir akan lakukan sesuatu
Terdesaknya kumpulan pro-Anwar ini berpunca daripada persengketaan antara Anwar dan Azmin, di mana Anwar begitu khuatir Azmin akan diangkat menjadi Perdana Menteri dan tahu Mahathir akan “mengorak langkah” melakukan sesuatu pada bila-bila masa.
Kumpulan ini diarahkan untuk menimbulkan persepsi sebagai langkah “do or die” – mereka beranggapan bahawa tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan memandangkan Mahathir sudahpun memutuskan untuk mencantas pihak-pihak tertentu pada bila-bila masa.
Itulah fahaman mereka.
Justeru, mereka beranggapan bahawa jika benar mereka bakal ‘terkorban’, daripada duduk diam tunggu hari ‘penyembelihan’, tidak rugi jika mereka menentang Mahathir secara terbuka dengan harapan ahli-ahli parlimen akan terpengaruh dan beralih segera ke kem Anwar.
Inilah yang sedang berlaku. Semalam, saya menerbitkan artikel berjudul “Lim Guan Eng terketar-ketar ketakutan, dapat rasa Mahathir akan lakukan sesuatu,” di mana saya menulis:
“Sebenarnya, tidak ada sesiapa pun dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berani mengesyorkan pemecatan Mahathir.
“Sepintas lalu, para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dari luar Pakatan Harapan dan dari DAP yang cukup tidak berpuas hati dengan Lim Guan Eng sengaja menimbulkan ura-ura kononnya Majlis Presiden Pakatan Harapan akan membincangkan pengunduran Mahathir.
“Ini adalah bagi menimbulkan persepsi kononnya Anwar sudah kuat dan memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen. Kesemua ini adalah untuk meyakinkan seberapa ramai ahli parlimen yang mungkin bahawa ada baiknya mereka beralih ke kem Anwar sebelum Anwar mengorak langkah.
“Hakikatnya, sekiranya betul Anwar kuat, beliau sudah lama berdiri di luar pintu pagar Istana Negara bersama bukti sokongan ahli parlimen terhadapnya bagi meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk diangkat menjadi Perdana Menteri.
“Sesiapa yang betul-betul mengenali sikap Anwar pasti akan bersetuju dengan perkara ini. Hakikatnya, Anwar pada ketika ini amat risau Mahathir akan membuka langkah ‘menerajang’ sebilangan tertentu pemimpin Pakatan Harapan, termasuklah Anwar sendiri dan Lim Guan Eng.
Ingin saya tambah, jika benar Anwar memiliki sokongan majoriti, sudah pasti beliau akan usulkan mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan dengan niat mencantas Mahathir sebelum terlambat.
Bagi menjayakan usul tersebut, Anwar dengan mudah boleh membawa perhatian umum kepada “suara-suara kegelisahan dari kalangan pemimpin PH yang benar-benar inginkan Mahathir berundur.”
Ya, saudara saudari, nilaikan sendiri bagaimana Anwar sedang bermain persepsi dengan mengerahkan “tikus-tikus kecil dan serangga-serangga” yang tidak relevan untuk mengucar-kacirkan keadaan dengan kenyataan-kenyataan ‘besar’.
Tidak ada maknanya “tikus-tikus dan serangga-serangga” ini membincangkan perkara yang tidak berada dalam jurisdiksi mereka sedangkan ketua-ketua parti mereka sendiri pun sedang duduk bertapa tanpa berkata apa-apa.
Bersambung…
