Lim Guan Eng terketar-ketar ketakutan, dapat rasa Mahathir akan lakukan sesuatu

“Bagi kumpulan pro-Lim, lebih lama Mahathir memegang tampuk kepimpinan negara, lebih tinggi kebarangkalian beliau akan ditimpa masalah dan terpaksa berundur disebabkan faktor umur dan sebagainya”

Raggie Jessy Rithaudeen

ليم ڬوان اڠ تركتار-كتار كتقاوتان، داڤت راس محضير اكن لاكوكن سسواتو

Ada banyak sebab Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak ingin Majlis Presiden Pakatan Harapan mengusulkan pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri.




Sebenarnya, tidak ada sesiapa pun dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berani mengesyorkan pemecatan Mahathir. 

Perkara ini telah saya jelaskan dalam beberapa artikel sebelum ini, termasuk yang terbaru saya terbitkan semalam (bawah).

LAHIRNYA BARISAN BARU NASIONAL (BAHAGIAN KEEMPAT): ANWAR DAN DAP DILUDAH MASUK KUBUR POLITIK

Sepintas lalu, para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dari luar Pakatan Harapan dan dari DAP yang cukup tidak berpuas hati dengan Lim Guan Eng sengaja menimbulkan ura-ura kononnya Majlis Presiden Pakatan Harapan akan membincangkan pengunduran Mahathir.

Ini adalah bagi menimbulkan persepsi kononnya Anwar sudah kuat dan memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen. Kesemua ini adalah untuk meyakinkan seberapa ramai ahli parlimen yang mungkin bahawa ada baiknya mereka beralih ke kem Anwar sebelum Anwar mengorak langkah.

Hakikatnya, sekiranya betul Anwar kuat, beliau sudah lama berdiri di luar pintu pagar Istana Negara bersama bukti sokongan ahli parlimen terhadapnya bagi meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk diangkat menjadi Perdana Menteri.

Loading...

Sesiapa yang betul-betul mengenali sikap Anwar pasti akan bersetuju dengan perkara ini. Hakikatnya, Anwar pada ketika ini amat risau Mahathir akan membuka langkah ‘menerajang’ sebilangan tertentu pemimpin Pakatan Harapan, termasuklah Anwar sendiri dan Lim Guan Eng.

Saya telahpun merungkai perkara ini menerusi dua terbitan semalam. Terbitan pertama (bawah) bertajuk “Isu klip audio: ‘Serangan’ Ramkarpal terhadap Latheefa berkait dengan Lim Guan Eng” dan menimbulkan persoalan mengapa Ramkarpal tiba-tiba ‘menyerang’ pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Latheefa.

Isu klip audio: ‘Serangan’ Ramkarpal terhadap Latheefa berkait dengan Lim Guan Eng?

Saya menulis:

Bukankah pembongkaran “klip audio Najib” mampu mengaibkan kedua-dua Najib dan Rosmah dengan menimbulkan keraguan dan kebencian masyarakat Melayu-Islam terhadap mereka?

Bukankah ini akan membantu DAP ‘membuktikan’ bahawa segala dakwaan yang dibuat oleh parti berkenaan berhubung Najib dan Rosmah sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 semuanya benar belaka?

Saya tahu jawapannya, tetapi apakah saudara saudari mampu melihat apa yang saya lihat dan teka sebab sebenar DAP tidak berpuas hati dengan Latheefa?

Jawapan kepada persoalan ini diberikan dalam terbitan kedua (bawah), berjudul, “Lahirnya Barisan Baru Nasional (Bahagian Kedua): Anwar dan DAP diludah masuk kubur politik.”

LAHIRNYA BARISAN BARU NASIONAL (BAHAGIAN KEEMPAT): ANWAR DAN DAP DILUDAH MASUK KUBUR POLITIK

Dalam terbitan ini, saya menimbulkan satu senario berdasarkan tiga andaian palsu yang dibuat bagi membuktikan sebab sebenar “the numbers game,” yakni jumlah sokongan ahli-ahli parlimen, tidak begitu penting ataupun dihiraukan oleh Mahathir.

Saya menulis:

69. Pokoknya, jika Anwar tidak mengubati penyakit 3O-nya dan mengusulkan pemecatan Mahathir, berpandukan dalil-dalil ini, Melayu-Islam akan bersatu terus dan meludah Anwar dan DAP masuk ke dalam kubur politik masing-masing (baca artikel untuk penjelasan lanjut).

70. Inilah sebab sebenar Lim Guan Eng takut diadakan Pilihan Raya awal dan mengambil pendekatan berbeza dengan Anwar, di mana Lim pernah menasihati Pakatan Harapan untuk membenarkan Mahathir letak jawatan selepas persidangan kemuncak APEC di Kuala Lumpur November ini.

71. Bagi kumpulan pro-Lim dari DAP, lebih lama Mahathir memegang tampuk kepimpinan negara, lebih tinggi kebarangkalian beliau akan ditimpa masalah dan terpaksa berundur disebabkan faktor umur dan sebagainya.

72. Malah, demi memastikan Guan Eng tidak akan didakwa di Mahkamah sekiranya Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri untuk tempoh setahun dua lagi, puak pro-Guan Eng dari DAP dipercayai sedang cuba sedaya upaya untuk ‘menyerang’ orang-orang Mahathir di agensi-agensi berkaitan, termasuklah Latheefa Koya dari SPRM dengan menggunakan isu “klip audio Najib” sebagai alasan.

Bersambung…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...