LAHIRNYA BARISAN BARU NASIONAL (BAHAGIAN KEEMPAT): ANWAR DAN DAP DILUDAH MASUK KUBUR POLITIK

“Selepas membaca bahagian ini, saudara-saudari akan terus faham maksud tersirat dalam kenyataan Mahathir hari ini, di mana beliau ‘bersetuju’ untuk ‘berundur’ sekiranya pengunduran beliau diputuskan oleh Pakatan Harapan

Raggie Jessy Rithaudeen

لاهيرڽ باريسن بارو ناسيونل ﴿بهاڬين كامڤت﴾: انور دان دڤ دلوده ماسوق قبور ڤوليتيك

Di dalam bahagiah keempat siri pencerahan ini, saya akan mengemukakan beberapa dalil susulan kepada dalil-dalil yang telahpun saya bentangkan menerusi bahagian pertama hingga ke bahagian ketiga bermula 30hb Oktober 2019.

Sepintas lalu, dalam bahagian pertama (bawah), saya mengemukan 23 dalil yang memperinci sebab sebenar Mahathir bersekongkol dengan DAP sebelum pilihanraya umum ke 14 untuk menumbangkan Barisan Nasional.




Bahagian Satu: Lahirnya Barisan ‘Baru Nasional’

Dalam bahagian kedua pula (bawah), saya memperinci salah satu opsyen yang ada pada Mahathir sekiranya DAP dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dapat buktikan mereka benar-benar mempunyai sokongan majoriti di parlimen atau sekiranya DAP cuba menumbangkan Pakatan Harapan dengan bertindak keluar dari gabungan tersebut.

Lahirnya Barisan Baru Nasional (Bahagian Dua): Guan Eng mungkin jadi sasaran Mahathir seterusnya

Dalam bahagian ketiga (bawah), saya merungkai opsyen ketiga yang ada pada Mahathir – iaitu opsyen darurat – dan bagaimana opsyen ini akan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menguburkan DAP, PKR dan AMANAH buat selama-lamanya.

Lahirnya Barisan Baru Nasional (Bahagian Tiga): Pengisytiharan darurat, pembubaran parlimen

Loading...

Nota: Pastikan anda mengkaji kesemua bahagian berkenaan sebelum sambung dengan artikel ini.

Dalam bahagian ini, saya akan memperinci opsyen keempat yang ada pada Mahathir dengan membuat beberapa andaian terlebih dahulu. Tetapi, sebelum saya membuat andaian-andaian tersebut, saudara-saudari perlu memahami perkara-perkara berikut:

1. Mahathir sah memiliki sokongan majoriti ahli parlimen dalam bilangan 132 – 139 ahli.

2. Sokongan daripada ahli-ahli parlimen ini ada yang bertulis dan ada pula yang lisan, di mana sebahagian daripadanya adalah rahsia.

3. Majoriti ahli parlimen dari UMNO (seramai 31 orang) sah bersama Mahathir.

4. Majoriti ahli PKR sah bersama Datuk Seri Azmin Ali, di mana sokongan ahli-ahli parlimen ini juga ada yang bertulis dan ada yang lisan, di mana sebahagian daripadanya adalah rahsia.

5. Seramai tujuh ahli parlimen dari parti AMANAH sah bersama Mahathir dan Azmin.

6. Seramai sepuluh ahli parlimen DAP sah bersama Mahathir dan Azmin, termasuklah empat orang yang Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan juga saudara saudari sekalian memang tidak akan dapat jangka.

7. Kesemua ahli parlimen dari PAS sah bersama Mahathir.

8. Majoriti ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak sah bersama Mahathir dan Azmin.

Biarpun begitu, untuk tujuan perbincangan, saya akan membuat beberapa andaian berdasarkan maklumat palsu yang sedang giat disebarkan oleh kumpulan pro-Anwar, termasuk Otai Reformasi, Syed Hsuin serta seorang dua pemimpin “peringkat tinggi” dari UMNO.

Andaian-andaian ini adalah bagi membuktikan kepada saudara saudari sekalian sebab sebenar “the numbers game,” yakni jumlah sokongan ahli-ahli parlimen, tidak begitu penting ataupun dihiraukan oleh Mahathir.

Saya sebenarnya pernah menyentuh perkara ini sedikit sebanyak sebelum ini, termasuklah dalam bahagian ketiga, di mana saya membincangkan perihal opsyen Daruruat.

Biarpun begitu, pemerincian saya agak samar memandangkan saya sudah lama berniat untuk memperjelaskannya dengan lengkap di dalam bahagian ini.

Justeru, tanpa melengahkan masa, berikut merupakan tiga andaian (ketiga-tiganya palsu) yang menjadi asas kepada 22 dalil yang dibentangkan menerusi bahagian ini:

1. Mahathir sudah hilang kawalan terhadap pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

2. Mahathir hanya memiliki sokongan 80 ahli parlimen yang tegar bersamanya.

2. Mahathir akan akur pada keputusan majoriti Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Dengan berbekalkan andaian-andaian ini, berikut merupakan sebab mengapa DAP bakal berkubur bersama-sama karier politik Anwar sekiranya Pakatan Harapan cuba memecat Mahathir:

51. Kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, dari segi Perlembagaan, tertakluk hanya kepada sokongan ahli-ahli parlimen, bukannya keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

52. Biarpun begitu, tidak mustahil Anwar akan cuba mengorak langkah mencantas Mahathir dengan mengusulkan resolusi ‘pemecatan Mahathir’ menerusi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

53. Ini memandangkan Anwar selalu menjadi “overconfident,” “overexcited” dan “overemotional” (3O) semakin beliau mennghampiri garisan penamat.

54. Disebabkan penyakit 3O ini dan andaian-andaian yang dibuat, sekiranya Majlis Presiden memutuskan untuk memecat Mahathir, beliau sudah pasti akan letak jawatan.

55. Walaubagaimanapun, beliau tidak sama sekali akan bersetuju untuk Anwar dinaikkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

56. Justeru, beliau akan bertindak keluar dari Pakatan Harapan bersama 49 lagi ahli parlimen yang sah bersamanya (kita andaikan 30 lagi bertukar kem pada saat terakhir), di mana kesemua mereka akan bergelar ahli bebas.

57. Apabila ditanya oleh Agong, kesemua ahli bebas ini akan mengisytiharkan tidak mampu meneruskan kerjasama dengan baki ahli-ahli parlimen dari DAP, AMANAH, PKR, UMNO dan PPBM.

58. Perkara ini sah akan berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat saya bongkarkan buat ketika ini. Apapun, akibat daripada tindakan ini, Kerajaan Persekutuan akan terus runtuh.

59. Keadaan ini akan memaksa Agong untuk memutuskan samada perlu parlimen dibubarkan ataupun diadakan rundingan antara saki-baki pemimpin Pakatan Harapan dan juga mereka dari pihak pembangkang untuk menubuhkan kerajaan campuran.

60. Masalahnya, UMNO tidak akan dapat bekerjasama dengan Pakatan Harapan memandangkan PAS sama sekali tidak akan bersetuju untuk berdamping bersama Anwar dan DAP.

61. Ini akan memaksa Agong untuk membubarkan parlimen supaya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

62. Masalahnya, undi Melayu-Islam dan Bumiputera akan berpecah teruk kerana sebilangan besar daripada pengundi UMNO dan PAS yang mengabaikan Mahathir selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akan kembali ke pangkuannya.

63. Ini memandangkan mereka akan diselubungi dengan perasaan gembira yang teramat sangat susulan tindakan Mahathir meruntuhkan kerajaan pusat dengan ‘mencantas’ Anwar dan DAP.

64. Hasilnya, PRU15 akan menjurus ke arah parlimen tergantung, di mana kedua-dua “Kem Mahathir” dan “Kem UMNO-PAS” tidak akan meraih jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

65. Walau bagaimanapun, majoriti mutlak masih boleh diperolehi menerusi pembentukan kerajaan gabungan yang baru atau penambahan ahli bukan sekutu dalam mana-mana gabungan yang sudah ada.

66. Perkara ini boleh tercapai sekiranya kem Mahathir dan Kem UMNO-PAS bergabung. Dalam senario ini, karier politik kedua-dua DAP dan Anwar sudah pasti akan dikuburkan samada atas dasar balas dendam ataupun atas beberapa dasar yang lain (akan dibincangkan kelak).

67. Namun, sebuah kerajaan minoriti mungkin dapat dibentuk di mana parti yang mempunyai ahli Parlimen teramai dibenarkan untuk membentuk kerajaan tanpa majoriti mutlak, dengan syarat ia mendapat sokongan dari ahli tidak bersekutu, seperti parti-parti kecil dan (atau) penggubal undang-undang bebas.

68. Tetapi kebarangkalian untuk ini berlaku amatlah tipis – kesemua parti yang bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam sudah pasti akan rela bekerjasama sesama sendiri dan bukan dengan puak minoriti Anwar-DAP disebabkan beberapa faktor, khususnya faktor dendam dan penerimaan Anwar dan DAP oleh ummah.

69. Pokoknya, jika Anwar tidak mengubati penyakit 3O-nya dan mengusulkan pemecatan Mahathir, berpandukan dalil-dalil ini, Melayu-Islam akan bersatu terus dan meludah Anwar dan DAP masuk ke dalam kubur politik masing-masing.

70. Inilah sebab sebenar Lim Guan Eng takut diadakan Pilihan Raya awal dan mengambil pendekatan berbeza dengan Anwar, di mana Lim pernah menasihati Pakatan Harapan untuk membenarkan Mahathir letak jawatan selepas persidangan kemuncak APEC di Kuala Lumpur November ini.

71. Bagi kumpulan pro-Lim dari DAP, lebih lama Mahathir memegang tampuk kepimpinan negara, lebih tinggi kebarangkalian beliau akan ditimpa masalah dan terpaksa berundur disebabkan factor umur dan sebagainya.

72. Malah, demi memastikan Guan Eng tidak akan didakwa di Mahkamah sekiranya Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri untuk tempoh setahun dua lagi, puak pro-Guan Eng dari DAP dipercayai sedang cuba sedaya upaya untuk ‘menyerang’ orang-orang Mahathir di agensi-agensi berkaitan, termasuklah Latheefa Koya dari SPRM dengan menggunakan isu “klip audio Najib” sebagai alasan.

Bersambung…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...