LIVE 10 MALAM INI: BENARKAH BARISAN BARU NASIONAL BAKAL TERTUBUH, SIAPAKAH BAKAL PERDANA MENTERI KE 8?

“Saksikanlah siaran live ini menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen dan beberapa Facebook lain serentak pada pukul 10 malam nanti. Sidang media ini agak panjang tetapi menjanjikan pendedahan yang telus biarpun perkara-perkara tertentu yang bakal dirungkai mungkin pedih untuk didengar”

Raggie Jessy Rithaudeen

ليۏ 10 مالم اين: بنركه باريسن بارو ناسيونل باكل ترتوبوه، سياڤاكه باكل ڤردان منتري ك 8؟

Sejak awal tahun 2019, saya telahpun merungkai pelbagai isu berhubung situasi politik terkini, termasuk pencaturan-pencaturan tertentu melibatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP, Sabah dan Sarawak.




Saya juga telah membuat beberapa pendedahan berhubung strategi sulit Anwar bersama DAP untuk menggulingkan pentadbiran Mahathir, di mana pada 18hb Julai 2018, saya mulakan dengan pembongkaran dua akuan bersumpah palsu yang disediakan oleh orang-orang Anwar sendiri.

Pada 8hb Ogos 2019, saya menulis:

Banyak yang berubah apabila saya mendedahkan kewujudan akuan-akuan bersumpah palsu Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak lama selepas pendedahan tersebut, Anwar mula khuatir akan kekuatan sokongan ahli-ahli parlimen PKR terhadap Azmin dan sedar bahawa beliau tidak lagi menguasai parti tersebut seperti dahulu.

Beliau turut menanggung malu kerana tidak dapat memenuhi janjinya kepada beberapa ahli parlimen untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan 149 akuan bersumpah.

Bagi mengekalkan keyakinan ahli-ahli parlimen tersebut, beliau menggunakan alasan kedudukan Azmin dalam parti perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi mengelakkan isu semburit menghantui kerajaan baru.

Ini menjurus kepada satu sidang media di mana Anwar memberitahu Azmin secara halus untuk berundur dari jawatan timbalan presiden sekiranya penglibatannya dalam video semburit disahkan pihak berkuasa.

Loading...

Pada tanggapan Anwar, kenyataan tersebut mampu mendorong ahli-ahli parlimen PKR yang beralih ke kem Azmin kembali bersamanya kerana khuatir kedudukan Azmin di dalam parti tergugat akibat kes semburit.

Tetapi sebaliknya yang berlaku.

Sebilangan besar ahli parlimen yang dahulunya pro-Anwar naik berang, kerana sebelum ini, apabila Anwar dituduh meliwat, Azmin terus mengekalkan bahawa beliau tidak bersalah biarpun Mahkhamah sendiri menyabitkan kesalahan tersebut.

Malah, bukan hanya ahli-ahli parlimen tersebut ‘dipelihara’ Azmin ketika Anwar berada dalam penjara, beliau turut membiayai aktiviti dan sara diri mereka dengan menggunakan sebahagian daripada dananya sendiri.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI:

Tindak-tanduk Anwar tidak lagi berpaksi pada realiti kerana taksub jawatan PM

Sejak penerbitan artikel tersebut, banyak lagi pendedahan yang telah saya buat, termasuklah sokongan padu majoriti pemimpin PKR terhadap gandingan Azmin dan Zuraida Kamaruddin serta penguasaan Dewan Rakyat oleh gandingan Azmin dan Mahathir.

Kemudian, pada petang 3hb Januari 2020, saya membuat satu sidang media live di mana saya mendedahkan kewujudan agen-agen Anwar di kalangan ahli-ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO dan juga dua pemimpin kanan UMNO.

Kesemua pendedahan ini berserta bukti dan analisis terperinci, termasuklah pembongkaran berhubung pengaliran dana dari kem Anwar ke pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO yang disogok untuk ‘menyerang Azmin’ dan meyakinkan kepimpinan tertinggi UMNO untuk bekerjasama dengan Anwar.

Akhirnya, saya merungkai beberapa opsyen yang ada pada Mahathir untuk mencantas Anwar dan DAP dalam usaha beliau menubuhkan Barisan Baru Nasional bersama PPBM, PAS, AMANAH, kem Azmin, majoriti pemimpin Sabah dan Sarawak, beberapa pemimpin dari DAP dan majoriti pemimpin UMNO, di mana siri tersebut diterbitkan hingga bahagian keempat dan masih lagi belum berakhir.

Memandangkan kem Anwar pada ketika ini berada dalam keadaan teramat cemas kerana tahu Mahathir akan mengorak langkah pada bila-bila masa, ahli-ahlinya sedang giat bermain persepsi dalam usaha saat akhir mereka untuk meyakinkan seberapa ramai ahli parlimen yang boleh bahawa Anwar masih berkuasa.

Salah seorang daripada ahli kem Anwar yang berasal dari UMNO turut membongkarkan ‘rahsia’ tertentu berhubung presiden UMNO untuk menimbulkan persepsi yang teramat kurang tepat.

Justeru, malam ini, pada pukul 10, saya akan mengadakan satu sidang media live bagi merumuskan situasi terkini politik tanahair, bermulalah dengan agenda sulit Anwar sebelum terbongkarnya akuan bersumpah palsu hinggalah kemelut yang melanda kepimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Harapan pada ketika ini.

Antara perkara yang akan saya sentuh dalam sidang media ini termasuk:

  1. Barisan Baru Nasional: Opsyen-opsyen yang ada pada Mahathir
  2. Pendedahan misi Zahid: Benarkah misi ini wujud?
  3. Agen-agen Anwar dalam UMNO
  4. Pengaliran dana dari kem Anwar ke beberapa pemimpin UMNO
  5. Sokongan DAP dan ahli parlimen terhadap Anwar
  6. Kuasa Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk memecat Mahathir
  7. Perlukah diadakan gabungan politik baru bersama Mahathir
  8. Benarkah Muafakat Nasional akan menang sekiranya Pilihan Raya Umum diadakan esok?
  9. Siapakah yang memulakan slogan “Bubar Parlimen?”
  10. Apakah sebab sebenar ekonomi negara merudum begitu teruk?
  11. Adakah benar dakwaan salahlaku seksual yang dibuat oleh Muhammed Yusoff Rawther terhadap Anwar?
  12. Siapakah bakal Perdana Menteri ke-8?

Saksikanlah siaran live ini menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen dan beberapa Facebook lain serentak pada pukul 10 malam nanti.

Sidang media ini agak panjang tetapi menjanjikan pendedahan yang telus biarpun perkara-perkara tertentu yang bakal dirungkai mungkin pedih untuk didengar.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...