Mahathir cabar Zafrul dedah senarai projek rundingan terus termasuk nama penerima

Mahathir meminta Zafrul menyiarkan senarai projek termasuk nama-nama mereka yang mendapatnya. Sumber (gambar): Fail TTF

محضير چابر زفرول دده سناراي ڤروجيك رونديڠن تروس ترماسوق نام ڤنريما

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menerbitkan senarai penuh 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang didakwa diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika mentadbir selama 22 bulan.

Semalam, ketika membuat ucapan penggulungan di Dewan Rakyat, Zafrul mendakwa sebanyak 101 projek bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui rundingan terus ketika Pakatan Harapan memerintah.

Beliau membuat dakwaan itu ketika menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan tetapi gagal memberi perincian lanjut berkenaan senarai projek-projek yang diluluskan.

Manakala itu, sebentar tadi TTF mendedahkan lima projek bernilai RM69.39 bilion yang diluluskan di bawah pentadbiran Barisan Nasional antara tahun 2015 dan 2017 menerusi rundingan terus.


PETALING JAYA: Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menerbitkan senarai penuh 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang didakwa diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika mentadbir selama 22 bulan.

Menurut laporan, Mahathir meminta Zafrul menyiarkan senarai projek termasuk nama-nama mereka yang mendapatnya.




“Malangnya Tengku Zafrul tidak menyenaraikan secara terperinci projekprojek tersebut.

“Untuk memastikan prinsip ketelusan ataupun transparency diamalkan, saya menyeru supaya senarai projek-projek tersebut diumumkan bersama dengan nama mereka-mereka yang dapat kelulusan tidak kira siapa mereka.

“Keikhlasan menteri kewangan dalam perkara ini amat dialu-alukan. Rakyat berhak mendapat maklumat penuh berkenaan perkara ini,” Mahathir dilaporkan sebagai berkata.

Semalam, ketika membuat ucapan penggulungan di Dewan Rakyat, Zafrul mendakwa sebanyak 101 projek bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui rundingan terus ketika Pakatan Harapan memerintah.

Beliau membuat dakwaan itu ketika menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan tetapi gagal memberi perincian lanjut berkenaan senarai projek-projek yang diluluskan.

Manakala itu, sebentar tadi TTF mendedahkan lima projek bernilai RM69.39 bilion yang diluluskan di bawah pentadbiran Barisan Nasional antara tahun 2015 dan 2017 menerusi rundingan terus (rujuk bawah).

PART ONE: FIVE DIRECT NEGO PROJECTS WORTH RM69.39 BILLION APPROVED BETWEEN 2015 -2017 [FULL DETAILS]

Loading...

Inilah sebabnya saya bongkarkan projek rundingan terus bawah pentadbiran Najib bernilai RM69 bilion

THE THRID FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...