Mahathir dijangka kembali dalam masa terdekat, pengkhianat bakal terima padah

“Biar apa pun kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, Annuar Musa, Mohamad Sabu dan sebagainya, apa yang sebenarnya dirancang oleh Mahathir dijangka akan berlaku dalam masa terdekat, termasuk pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-8”

Raggie Jessy Rithaudeen

محضير دجڠك كمبالي دالم ماس تردكت، ڤڠخيانت باكل تريما ڤده

Pengkhianatan pucuk pimpinan DAP, AMANAH dan PKR terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi amat ketara apabila Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini memutuskan untuk menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam tempoh terdekat.




Perkara ini bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar sendiri sebelum ini di mana beliau menyatakan sokongan padunya terhadap kepimpinan berterusan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Begitu juga dengan DAP.

Ahad lalu, Lim Guan Eng mendakwa bertemu dengan Mahathir di kediamannya dalam suasana beremosi dan menzahirkan sokongannnya terhadap Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Malah, Lim secara terbuka memujuk Mahathir untuk kembali ke Pakatan Harapan dan menyandang semula jawatan tertinggi kerajaan sambil mendakwa komplot untuk jatuhkan Pakatan “tidak membabitkan Mahathir.”

Nyata kesemua ini pembohongan belaka dan merupakan helah Anwar dan DAP untuk mempengaruhi ahli-ahli parlimen yang pada ketika itu masih belum lagi mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, saya menjelaskan bahawa ahli-ahli parlimen yang menghantar akuan-akuan bersumpah kepada Agong menerusi parti masing-masing berbuat demikian dalam kapasiti peribadi sebagai ahli parlimen, bukannya sebagai ahli parti, bagi memenuhi kriteria sokongan Dewan Rakyat terhadap Perdana Menteri.

Jsuteru, adalah tidak menjadi hak UMNO, DAP, AMANAH atau PKR untuk menentukan status akuan-akuan bersumpah berkenaan biar apapun ‘keputusan’ atau ‘pendapat’ yang disampaikan oleh parti-parti tersebut kepada Agong.

Loading...

Hanya apabila ahli-ahli parlimen sendiri memberitahu Agong secara peribadi bahawa mereka tidak lagi menyokong Mahathir akan akuan-akuan bersumpah mereka menjadi tidak sah.

Inilah sebabnya Agong bersusah payah bertemu satu per satu ahli-ahli parlimen sejak semalam, sesuatu yang saya rasa sudah difahami oleh kepimpinan tertinggi kesemua parti yang tersebut di atas , termasuk Anwar Ibrahim (PKR), Annuar Musa (UMNO) dan Takiyuddin Hassan (PAS).

Kenyataan Pakatan kononnya mereka sebulat suara menyokong pencalonan Anwar tidak masuk akal, memandangkan Anwar, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu tidak mungkin tahu apa yang benar-benar diberitahu secara peribadi oleh kesemua ahli parlimen dari PKR, DAP dan AMANAH kepada Baginda Tuanku.

Biar apa pun kenyataan yang dibuat oleh mana-mana pihak, apa yang sebenarnya dirancang oleh Mahathir dijangka akan berlaku dalam masa terdekat, termasuk pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-8 atau pengekalan beliau sebagai Perdana Menteri Interim.

Sebenarnya, dalam beberapa hari ini, Mahathir sudahpun melihat ‘gelagat’ aneh dan pengkhianatan terbuka oleh pemimpin-pemimpin tertentu dari UMNO dan PAS dan juga pengkhianatan oleh sebilangan individu dari DAP dan PKR, khususnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Sepertimana yang saya jelaskan semalam, Mahathir tidak pernah menjemput UMNO sebagai sebuah parti atau kesemua pemimpinnya untuk membentuk gabungan baru bersama ahli-ahli parlimen dari PPBM, PAS, AMANAH, Sabah, Sarawak dan kem Azmin serta mereka dari DAP yang tidak bersekutu dengan Lim Kit Siang.

Dari awal, matlamat Mahathir ialah untuk membentuk gabungan perpaduan dengan ahli-ahli parlimen yang difikirkan sesuai bagi mewakili  aspirasi dan kepentingan masyarakat majmuk menerusi pentadbiran yang bertunjangkan majoriti Melayu-Islam.

Perkara ini sebenarnya sudahpun diketahui dari awal oleh kepimpinan tertinggi UMNO, sekaligus bermakna kumpulan Annuar samada terkhilaf fakta atau berniat tidak baik semasa mengadakan sidang media semalam (rujuk artikel bawah).

Bersambung selepas artilkel

Langkah Mahathir: Annuar Musa terkhilaf fakta, memberi persepsi palsu

Mungkin juga kumpulan Annuar memutuskan untuk menggunakan peluang ini bagi ‘mencantas’ Mahathir semata-mata kerana pemimpin tertentu dari UMNO tidak dipertimbangkan buat ketika ini.

Apa pun, saya akan merungkai perkara ini secara live menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK TERUS DI SINI) malam Sabtu ini (pukul 10), bersamaan 1hb Mac 2020 selepas kemelut politik yang melanda berakhir dan Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong selesai membuat pertimbangan dan keputusan.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...