Mahathir mempunyai kemampuan majoriti dua per tiga tanpa UMNO, formula Otai Reformasi palsu

Malangnya, terdapat pemimpin tertentu dari UMNO yang masih berdegil ingin bersama Anwar dan meletakkan terlalu banyak syarat. Sekiranya perkara ini berterusan, Mahathir akan menggugurkan rancangan mewujudkan gabungan baru bersama parti tersebut dan akan terus berunding dengan beberapa ahli parlimen dari PKR, DAP, Sabah dan mereka yang bebas bagi mendapatkan majoriti dua per tiga di parlimen. Pada ketika itu, sudah tentu lebih ramai ahli parlimen yang masih berama Anwar akan bersetuju untuk bersama Mahathir. Sumber (gambar): TTF

Selasa lepas, Otai Reformasi cuba menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli parlimen dengan mendakwa kononnya Azmin mempunyai sokongan majoriti dari PKR, PPBM, UMNO, PAS dan GPS dalam jumlah 15+26+40+18+19 

Angka ini sebenarnya palsu dan sengaja dipetik oleh orang-orang Anwar bagi menimbulkan kegusaran di kalangan ahli parlimen DAP bahawa menteri-menteri mereka mungkin digugurkan.

Apapun, pada ketika ini, Azmin mempunyai sokongan 17 ahli parlimen PKR yang terdiri dari penyokong tegar dan 14 lagi dari parti tersebut yang telahpun memasuki perjanjian dengan seorang ‘ahli politik’ untuk beralih ke kem Mahathir apabila diberi isyarat.

Ini membawa jumlah sebenar sokongan ahli-ahli parlimen PKR terhadap Azmin dan Mahathir seramai 31 orang dan bilangan dari Sarawak yang sudahpun mengesahkan secara berasingan tidak akan menyokong Anwar sebanyak 19.


PUCHONG: Pengesahan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa beliau bertemu dengan beberapa pemimpin daripada UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Selasa lalu menimbulkan banyak spekulasi dan teori di kalangan pengguna siber.

Ada yang mendakwa perjumpaan tersebut bertujuan membincangkan pembentukan gabungan baru berteraskan Melayu-Islam dan Bumiputra, tidak kurang juga yang meramalkan perjumpaan tersebut petanda pilihanraya umum ke-15 bakal diadakan.

Kesemua ini merupakan andaian semata-mata dan usaha sesetengah pihak untuk meyakinkan umum bahawa Mahathir sedang cuba memujuk UMNO untuk bersamanya.


Malah, teori yang mengatakan Mahathir terdesak sehingga bersedia mempertimbangkan syarat-syarat tertentu yang dikenakan dua pemimpin kanan UMNO palsu dan sengaja ditularkan bagi menimbulkan kekeliruan.

Hakikatnya, Mahathir mempunyai niat merombak kabinet dan sedang mempertimbangkan beberapa kemungkinan bagi meredakan keresahan di kalangan masyarakat Melayu-Islam terhadap polemik semasa yang kian meruncing.

Antara pertimbangan tersebut termasuk mewujudkan kabinet campuran, di mana beberapa ahli parlimen dari pembangkang akan ditawarkan jawatan Menteri dan (atau) Timbalan Menteri.

Sekiranya berlaku, ianya akan membuka lembaran baru dalam sejarah tanah air memandangkan tidak pernah ada Perdana Menteri sebelum ini yang mengambil langkah sedemikian.

Pada 27hb Julai 2019, saya menulis:

Satu rombakan kabinet mengejut dijangka akan berlaku tidak lama selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 30 hb Julai ini.

Menurut sumber, rombakan tersebut bakal membuka lembaran baru dalam sejarah politik tanah air di mana sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini akan dilakukan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apabila ditanya, sumber tersebut memberi kepastian 95 peratus maklumat yang disampaikan tetapi menambah bahawa keputusan akhir bergantung kepada “beberapa pencaturan” berasingan melibatkan Mahathir, Dato’ Seri Azmin Ali, UMNO dan PAS.

Pencaturan inilah yang menyebabkan Mahathir berjumpa dengan beberapa pemimpin daripada UMNO, PAS dan GPS Selasa lalu.

Sebelum ini, saya telahpun membongkarkan bahawa Sarawak tidak lagi bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Apa yang masih belum diceritakan ialah bilangan sebenar ahli parlimen yang pada ketika ini bersama Mahathir dan Dato’ Seri Azmin Ali.

Selasa lepas, Otai Reformasi cuba menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli parlimen dengan mendakwa kononnya Azmin mempunyai sokongan majoriti dari PKR, PPBM, UMNO, PAS dan GPS dalam jumlah 15+26+40+18+19

Angka ini sebenarnya palsu dan sengaja dipetik oleh orang-orang Anwar bagi menimbulkan kegusaran di kalangan ahli parlimen DAP bahawa menteri-menteri mereka mungkin digugurkan.

Apapun, pada ketika ini, Azmin mempunyai sokongan 17 ahli parlimen PKR yang terdiri dari penyokong tegar dan 14 lagi ahli parlimen dari parti tersebut yang telahpun memasuki perjanjian tertentu dengan seorang ‘ahli politik’ untuk beralih ke kem Mahathir apabila diberi isyarat.

Anwar boleh menguji kesahihan maklumat ini dengan cuba mendapatkan akuan bersumpah baru dari kesemua ahli parlimen PKR dan mengira bilangan sebenar yang mampu dikumpulnya.

Ini akan membolehkan beliau melihat bahawa jumlah sebenar sokongan ahli-ahli parlimen PKR terhadap Azmin dan Mahathir adalah seramai 31 orang manakala bilangan dari Sarawak yang sudah mengesahkan secara berasingan tidak akan menyokong Anwar sebanyak 19.

Dengan sokongan ini dan keterbukaan majoriti ahli parlimen dari kem Muhyiddin dan Dato’ Seri Shafie Apdal untuk bersama gandingan Mahathir-Azmin, sokongan terhadap kem ini (tanpa diambil kira sokongan dari DAP dan UMNO) dianggarkan berjumlah 102.

Anwar mungkin tidak ingin DAP mengetahui hal ini dan mengerahkan Otai untuk hanya ‘membongkarkan’ angka minimum agar DAP resah tetapi masih tetap bersamanya.

Hakikatnya, Mahathir sudah tidak berpuas hati dengan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri DAP dan sedang mempertimbangkan langkah menggugurkan sebilangan mereka satu-per satu menerusi rombakan kabinet.

Malangnya, terdapat pemimpin tertentu dari UMNO yang masih berdegil ingin bersama Anwar dan meletakkan terlalu banyak syarat.

Sekiranya perkara ini berterusan, Mahathir akan menggugurkan terus rancangan mewujudkan kerajaan (dan gabungan) baru bersama parti tersebut dan akan terus berunding dengan beberapa ahli parlimen dari PKR, DAP, Sabah dan mereka yang bebas bagi mendapatkan majoriti dua per tiga di parlimen.

Pada ketika itu, sudah tentu lebih ramai ahli parlimen yang masih berama Anwar akan bersetuju untuk bersama Mahathir dan Azmin.

RJ RITHAUDEEN

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...