“Mahathir sudah membunyikan semboyan dan dijangka akan bertindak tidak lama lagi…”
Raggie Jessy Rithaudeen
محضير سوده بوڽيكن سمبوين، باكل برتيندق
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menuding jari ke arah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan apabila menjelaskan kepada wartawan punca utama kekalahan Warisan di Kimanis Sabtu lepas.
Menurut Mahathir, tindak tanduk pemimpin-pemimpin ini memecah belahkan rakyat menyebabkan sokongan terhadap kerajaan pimpinan Pakatan Harapan semakin tipis.
“Kita kalah lima pilihan raya kecil dan mereka masih tidak faham.
“Saya beritahu mereka, dalam demokrasi kamu perlu sokongan kuat orang ramai.
“Tetapi sebaliknya, mereka bergaduh sesama sendiri dan pecah belahkan rakyat… Mereka tidak akan menang kecuali mereka ubah cara,” katanya.
Kentyataan beliau betul-betul bertentangan dengan analisis ringkas yang dibuat oleh presiden PKR, Dtuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, Anwar menimbulkan persepsi seolah-olah rakyat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Mahathir yang ‘tidak mampu’ mengurus-tadbir ekonomi negara dengan baik.
“Jelas masalah rakyat ketika ini adalah masalah ekonomi. Sehari di sana saya tengok pekebun getah kecil, infrastruktur dan kemudahan yang perlukan perubahan.
“Saya percaya nanti kita dapat buat perubahan baik selepas ini,” katanya, memberi isyarat bahawa “peralihan kuasa” amat perlu dengan kadar segera bagi memulihkan ekonomi rakyat.
Walaubagaimanapun, punca sebenar eknomi negara merudum melebihi jangkaan pakar-pakar ekonomi adalah disebabkan Anwar sendiri serta kumpulan-kumpulan penyokongnya.
Semalam, saya menulis:
Isu peralihan kuasa ini mula-mula dibangkitkan kem Anwar tidak sampai tiga bulan selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-14, di mana pada ketika itu, para pelabur sememangnya sudah berwaspada dengan pentadibiran persekutuan tanpa perlu dibangkitkan apa-apa isu.
Pada ketika itu, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan merupakan sebuah kerajaan baru yang masih belum terbukti kemampuannnya dan giat diperhatikan oleh para pelabur dari dalam dan luar negara.
Apa yang membimbangkan pelabur-pelabur ini bukanlah siapa yang bergelar Perdana Menteri tetapi kemampuan kerajaan persekutuan menguruskan sosio-politik dan sosio-ekonomi negara.
Para pelabur mengambil sikap “tunggu dan lihat” dan mengelak daripada memberikan komitmen serius kepada pasaran tempatan hinggalah mereka yakin suasana politik dan ekonomi negara stabil dan diurus-tadbir dengan baik.
Tetapi kem Anwar tidak membenarkan pelabur-pelabur memperolehi keyakinan ini. Sekiranya benar penyokong Anwar berniat baik, sudah pasti mereka mengusulkan pelantikan beliau sebagai Menteri Kewangan bagi membantu Mahathir menguruskan kewangan negara berdasarkan pengalaman Anwar pada tahun 90-an.
Ini tidak, mereka terus mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa hampir setiap hari dan menekan Mahathir untuk mengisytiharkan tarikh peralihan kuasa biarpun tahu beliau hanya menjawat jawatan Perdana Menteri tidak sampai enam bulan.
Tindak-tanduk kem Anwar ini menyebabkan para pelabur beransur-ansur hilang keyakinan terhadap kemampuan jangka panjang kerajaan pimpinan Pakatan Harapan menguruskan ekonomi dan politik negara dengan baik.
Saya menambah:
Sebahagian daripada pelabur-pelabur ini mula mengalihkan dana pelaburan mereka ke negara lain kerana yakin akan berlaku satu ‘ledakan politik’ mengejut yang teramat besar yang mampu meruntuhkan terus daya saing Malaysia di arena antarabangsa.
Ya, begitu berkesan persepsi “ketidakstabilan politik” yang ditimbulkan kem Anwar hinggakan hampir kesemua wartawan asing yang menemuramah Mahathir mula menyoal beliau berhubung isu peralihan kuasa dan kerapkali bertanyakan kepadanya “bila nak letak jawatan.”
Kesemua ini memberikan kesan yang teramat buruk kepada prestasi ekonomi negara – jika dikaji, tidak ada sebab pun Anwar dan kumpulan penyokongnya memainkan “isu peralihan kuasa” melainkan niat Anwar adalah untuk meruntuhkan ekonomi negara.
Saya sebenarnya dari awal mengesyaki tindak-tanduk Anwar adakah untuk menimbulkan keresahan di kalangan para pelabur.
Mahathir sudahpun memiliki sokongan padu 132 – 139 ahli parlimen. Justeru, kenyataan beliau hari ini boleh juga disifatkan sebagai cabaran terbuka kepada Anwar dan DAP, di mana cabaran ini berbunyi:
“Saya dah muak dan letih dengan kamu berdua. Kelau berani, usulkan pemecatan saya. Kalau tidak, tunggulah…”
Ya, sesuatu yang mengejutkan dijangka akan berlaku tidak lama lama lagi…
Bersambung…
