
Khairuddin Abu Hassan
ماهيا الدين هاروس لتق جاوتن سڬرا سكيراڽ برمورل دان بيريتيكا
Perdana menteri kerajaan ‘tebuk atap’ PN harus mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong seterusnya meletakkan jawatan secara kadar segera sekiranya beliau seorang bermoral serta beretika.
Mahiaddin Mad Yassin harus pelajari teladan dari Tun Dr Mahathir Mohamad seorang tokoh negarawan yang amat berpaut kental serta menghormati undang-undang.
Bila hilang saja sokongan majoriti di kalangan ahli-ahli parlimen; tanpa dipaksa tun dr mahathir mohamad terus tulis surat memaklumkan kepada KDYMM Tuanku Agong untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri malaysia.
Ini Mahiaddin Mad Yassin ‘muka tembok’ dan ‘kulit kerbau.’ Beliau kelihatan seperti tiada maruah diri dan tetap berdegil untuk terus jadi perdana menteri walaupun sudah hilang keabsahan.
Seluruh rakyat malaysia menolak kepimpinan Mahiaddin Mad Yassin yang gagal!! Kerajaan ‘tebuk atap’ PN juga gagal mentadbir negara.
Hari demi hari negara menjadi semakin teruk dan parah!!
Mereka ini adalah kalangan yang hanya hendak berpaut pada kuasa tanpa mengendahkan kesejahteraan masa depan rakyat jelata.
Sepatutnya bila kita tidak mampu untuk memegang amanah secara berkesan serta gagal; kita wajib letak jawatan dan berundur.
Sekiranya tidak mampu jadi pemimpin yang terbaik; kita harus berundur dan menjadi pengikut yang baik.
Bukan senang untuk jadi seorang perdana menteri yang effektif seperti tun dr mahathir mohamad. Ianya satu tanggungjawab yang amat berat serta bukan boleh dibuat main!!
Secara jujur saya ingin nasihati Mahiaddin Mad Yassin agar bersikap amanah di antara manusia dengan Allah swt serta manusia sesama manusia.
Terimalah hakikat bahawa majoriti daripada ahli-ahli parlimen sudah menolak Mahiaddin Mad Yassin sebagai perdana menteri.
Rakyat malaysia pun setiap hari menyumpah seranah kepimpinan gagal Mahiaddin Mad Yassin.
Setahun lebih mengalami lockdown jumlah kes-kes baru Covid-19 meningkat melebihi 21,000 baru-baru ini.
Jumlah kematian harian mencecah lebih dari 300 orang.
Kes bunuh diri dah ribuan tetapi apa yang membimbangkan ialah lebih kurang 60% dari jumlah bunuh diri terdiri dari orang-orang Islam yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah negara kita.
Keadaan ekonomi negara jatuh merudum!! Para pelabur ramai yang lari keluar ke negara-negara jiran dan FDI tidak masuk lagi ke malaysia.
Keseluruhan masyarakat hidup tertekan setiap hari. Masalah sosial amat ketara kini. Rakyat marhaen hampir merempat!!
Anak-anak cucu kita kita bertahun tidak boleh bersekolah. Situasi ini cukup mencemaskan masa depan pendidikan generasi muda malaysia.
Tolonglah jangan mengkhianati bangsa serta negara sendiri. Mahiaddin Mad Yassin jangan angkuh dan ego semata-mata untuk jadi perdana menteri walaupun beliau tidak mampu mentadbir.
Cukuplah kerajaan ‘tebuk atap’ PN sedang membinasakan negara serta bangsa kia!! Mereka harus bertanggungjawab di atas setiap kemusnahan di negara kita dewasa ini.
WAJIB BACA:
Pelan Pemulihan Negara: Inilah caranya Muhyiddin perdaya rakyat
