
محكمه دبريتاهو، نجيب ڤڬڠ ءكواس معتمدء دالم 1مدب
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai ‘ultimate power’ (kuasa mutlak) dalam membuat keputusan terutama membabitkan pelaburan, keputusan kewangan dan kepentingan negara syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.
Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir, berkata sepanjang bertugas di syarikat itu, terdapat tindakan sulit di belakang yang disusun serta dirancang oleh ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low melalui arahan dan restu daripada Najib.
Saksi itu berkata, beliau diberitahu oleh Jho Low bahawa arahan diberi oleh individu dalam buruan itu adalah mandat daripada Najib, menyebabkannya perlu mengikut saja arahan berkenaan.
Mengimbas pertemuannya dengan Jho Low, Azmi berkata, di awal perkhidmatannya di 1MDB sebagai CFO pada 2012, Azlin yang ketika itu Pengarah Bahagian Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (JPM) menghubunginya dan memaklumkan bahawa beliau bercadang memperkenalkannya kepada individu penting dalam 1MDB.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai ‘ultimate power’ (kuasa mutlak) dalam membuat keputusan terutama membabitkan pelaburan, keputusan kewangan dan kepentingan negara syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.
Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir, berkata sepanjang bertugas di syarikat itu, terdapat tindakan sulit di belakang yang disusun serta dirancang oleh ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low melalui arahan dan restu daripada Najib.
Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata, orang-orang tertentu dipilih dan disusun di dalam pengurusan tertinggi 1MDB dan Lembaga Pengarah bagi memastikan tindakan dan arahan daripada belakang itu dilaksanakan.
BACA JUGA: ADIK NAJIB BUAT PENDEDAHAN MENGEJUTKAN
Katanya, daripada awal lagi Jho Low denga dibantu bekas Setiausaha Sulit Najib ketika itu, Allahyarham Datuk Azlin Alias akan memastikan pegawai tertentu dan boleh dipercayai untuk mengikut arahan mereka terutama membabitkan arahan Jho Low.
“Saya boleh katakan bahawa sistem ini adalah berlapis (work in silo) dan arahan ini hanya diketahui oleh orang dalam lapisan itu melalui penyelarasan Jho Low dan Datuk Azlin. Arahan ini akan saya terima dari mereka dalam bentuk mandat daripada Najib sebagai perdana menteri.
“Maka pegawai yang ada sistem dalam lapis ini terpaksa mengikut arahan Jho Low kerana setiap arahan daripada beliau adalah arahan daripada Najib dan ia selari dengam Artikel 117 Memorandum and Articles Of Association (Memorandum dan Artikel Persatuan) 1MDB kerana setiap keputusan penting perlu di bawah arahan dan kelulusan perdana menteri.
“Najib adalah orang yang mempunyai ultimate power (kuasa muktamad) dalam membuat sebarang keputusan terutamanya membabitkan pelaburan, keputusan kewangan dan kepentingan nasional,” katanya.
Saksi itu berkata, beliau diberitahu oleh Jho Low bahawa arahan diberi oleh individu dalam buruan itu adalah mandat daripada Najib, menyebabkannya perlu mengikut saja arahan berkenaan.
Mengimbas pertemuannya dengan Jho Low, Azmi berkata, di awal perkhidmatannya di 1MDB sebagai CFO pada 2012, Azlin yang ketika itu Pengarah Bahagian Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (JPM) menghubunginya dan memaklumkan bahawa beliau bercadang memperkenalkannya kepada individu penting dalam 1MDB.
Beliau berkata, itulah kali pertama beliau mendengar mengenai Jho Low yang diperkenalkan sebagai penasihat 1MDB kepada Najib.
Menurut saksi, beliau kali pertama bertemu dengan Jho Low di pejabatnya (Jho Low) di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), selepas menyertai 1MDB dan selepas pertemuan terbabit, beliau mendapatkan pengesahan daripada Azlin sama ada arahan Jho Low itu benar dan boleh diterima pakai.
“Datuk Azlin pada ketika itu mengesahkan apa yang diberitahu oleh Jho Low kepada saya. Maka bermula daripada itu, setiap apa arahan yang diterima daripada Datuk Azlin dan Jho Low akan saya lakukan kerana saya percaya arahan berkenaan adalah mandat daripada Najib dan pengikutnya.
“Pada saya, peranan Jho Low amat ketara sebagai penasihat kepada Najib dan boleh dikatakan Jho Low ini adalah orang kanan Najib dan orang yang dipercayainya dalam urusan 1MDB ini.
Azmi berkata, semua arahan yang dibuat Jho Low adalah konsisten dengan tindakan Najib selepas itu kerana ia akan diluluskan oleh Najib di mana Jho Low tiada kuasa untuk membuat keputusan dalam 1MDB tetapi dia adalah individu penting yang membawa mandat perdana menteri.
Sementara itu, saksi berkata, surat antara 1MDB dengan Good Star Limited adalah palsu kerana selaku CFO, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kepada syarikat itu.
Menurutnya, Terence Geh Choh Heng yang ketika itu Pengarah Eksekutif 1MDB juga tidak mempunyai kuasa untuk menandatangi surat itu kerana lelaki terbabit hanya pembantunya.
Katanya, sepanjang menjadi CFO 1MDB, tiada sebarang rekod yang menunjukkan 1MDB menerima pembayaran daripada Good Star dan tiada sebarang rekod menunjukkan Good Star berhutang dengan 1MDB.
Najib, 68, berdepan empat tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin depan.
Sumber:
WAJIB BACA:
