“Menurut berapa sumber dalam yang rapat dengan TTF, majoriti pemimpin bahagian dan cawangan menolak gandingan Najib dan Zahid serta menolak sebarang usaha untuk mewujudkan gabungan kerjasama melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan”
Raggie Jessy Rithaudeen
Usaha terdesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk timbulkan persepsi kononnya seluruh UMNO teguh bersama mereka gagal apabila majoriti pemimpin bahagian bersetuju untuk tarik sokongan daripada PPBM menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 tetapi tolak sebarang bentuk kerjasama dengan PKR dan DAP.
Menurut berapa sumber dalam yang rapat dengan TTF, majoriti pemimpin bahagian dan cawangan menolak gandingan Najib dan Zahid serta menolak sebarang usaha untuk mewujudkan gabungan kerjasama melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Sumber-sumber ini memberitahu, sokongan padu Team B dan majoriti pemimpin bahagian masih kukuh bersama kem Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tengku Razaleigh Hamzah yang turut menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
“Ini hanyalah sandiwara Zahid dan Najib,” dedah seorang ketua bahagian yang tidak ingin dinamakan.
Menurutnya, walaupun majoriti menolak kerjasama dengan PPBM menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, adalah tidak benar dakwaan Zahid kononnya 189 daripada 191 bahagian menolak kerjasama itu.
“Jumlahnya kurang dari 100, manakala selebihnya, dalam 80 lebih, mahu kerjasama dihentikan serta merta. Ini yang Zahid lupa beritahu.”
Ini sejajar dengan dakwaan saya selama ini bahawa Zahid dan Najib hanya ingin menarik sokongan daripada PPBM pada penghujung bulan Febuari kerana takut Yang Di-Pertuan Agong tidak akan bubarkan parlimen jika kerajaan pimpinan Perikatan Nasional tumbang sekarang.
Seandainya parlimen tidak dibubarkan, kemungkinan amat tinggi Tun Dr Mahathir Mohamad akan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-9.
Inilah yang cuba dielakkan oleh Zahid, dan segala yang berlaku sekarang hanyalah sandiwara oleh Zahid dan Najib untuk menekan Muhyiddin agar beliau memujuk Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen walaupun angka Covid-19 menggila.
Zahid turut cuba membeli masa dengan berpura-pura ‘menyokong’ ‘blok pemisah’ yang mahu UMNO menarik sokongan daripada PPBM sekarang juga.
“Zahid hilang sokongan majoriti dalam UMNO, dan ini yang dia tak cerita. Ramai tak terima Zahid, Najib, Anwar, DAP…ramai dah muak….masa Zahid terhad…
“Zahid nak yakinkan semua dia dah ada sokongan padu PKR, DAP, AMANAH dan UMNO untuk tumbangkan Muhyiddin.
“Kat belakang pulak Anwar cuba dapat SD (Surat Akuan Bersumpah)…tapi takat ni (angka) 85 pun tak lepas-lepas, Zahid pun penipu…” dakwa seorang ketua bahagian.
WAJIB BACA:
Zahid setuju pecat Annuar Musa sebab bengang inisiatif kerjasama UMNO-DAP terbongkar
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
