
منوروت اخبار وسهيڠتون ڤوست، محي الدين تڠڬوه ڤرليمين اونتوق ايلق اوندي تيدق ڤرچاي
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Perdana Menteri Malaysia menangguhkan sidang parlimen khas yang sepatutnya bersambung pada hari Isnin atas alasan Covid-19 untuk mengelakkan undi tidak percaya.
Demikian menurut sebuah akhbar di Amerika Syarikat, Washington Post, yang turut menyentuh surat pekeliling yang dikirimkan kepada ahli-ahli parlimen Sabtu lalu.
Menurutnya, krisis politik di Malaysia makin teruk setelah Raja (Yang Di-Pertuan Agong) menyuarakan (secara terbuka) rasa dukacitanya terhadap kerajaan kerana mengelirukan Parlimen berhubung status Ordinan Darurat yang diwartakan untuk tempoh Darurat.
Portal itu juga menulis, Raja (Yang Di-Pertuan Agong) Sultan Abdullah Sultan Abdullah pada Khamis lalu berkata dia tidak pernah memberikan perkenannya untuk membatalkan Ordinan Darurat dan sebaliknya meminta kerajaan untuk membahaskannya di Parlimen – yang sudah pasti akan mampu menguji majoriti Muhyiddin.

Perdana Menteri Malaysia menangguhkan sidang parlimen khas yang sepatutnya bersambung pada hari Isnin atas alasan Covid-19 untuk mengelakkan undi tidak percaya.
Demikian menurut sebuah akhbar di Amerika Syarikat, Washington Post, yang turut menyentuh surat pekeliling yang dikirimkan kepada ahli-ahli parlimen Sabtu lalu.
Menurut surat itu, sidang khas Parlimen ditangguh dan disambung kemudian hari setelah Kementerian Kesihatan menganggap Parlimen sebagai tempat berisiko tinggi.
Washington Post menulis:
Krisis politik di Malaysia makin teruk setelah Raja (Yang Di-Pertuan Agong) menyuarakan (secara terbuka) rasa dukacitanya terhadap kerajaan kerana mengelirukan Parlimen berhubung status Ordinan Darurat yang diwartakan untuk tempoh Darurat.
Pembangkang, yang telah mengajukan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, mengecam penundaan itu sebagai alasan agar kerajaan boleh kekal memegang jawatan.
“Banyak pihak merasakan penundaan ini bukan kerana Covid-19. Krisis politik ini mesti diselesaikan dengan segera. Krisis perlembagaan ini harus diatasi, ” dakwa Ahmad Maslan, seorang ahli parlimen blok kerajaan yang menyokong desakan agar Muhyiddin mengundurkan diri.
Tidak ada komen berhubung perkara ini dari pejabat Muhyiddin. Ini bukan kali pertama Muhyiddin menggantung Parlimen kerana Covid-19.
Parlimen ditutup selama beberapa bulan sejak Januari lalu setelah Yang Di-Pertuan Agong bersetuju untuk mengisytiharkan Darurat atas permintaan Muhyiddin sendiri.
Kemudian, apabila berlaku desakan agar parlimen bersidang dan apabila desakan ini ditolak oleh Muhyiddin, Yang Di-Pertuan Agong bertitah bahawa tidak ada halangan untuk parlimen bersidang dalam tempoh Darurat.
Namun, titah ini terus dipertikai oleh Menteri Undang-Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mendakwa parlimen sememangnya tidak boleh bersidang dalam tempoh Darurat.
Kemudian, apabila Yang Di-Pertuan Agong menitahkan pada 16hb Jun bahawa parlimen perlu bersidang dalam masa terdekat bagi membahaskan Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat, kerajaan terus mempertikai maksud sebenar titah itu dari sudut perlaksanaan.
Hanya setelah Yang Di-Pertuan Agong mengulangi titahnya pada 29hb Jun barulah Muhyiddin bersetuju untuk menetapkan 26hb Julai sebagai hari pertama persidangan khas enam hari berakhir 2hb Ogos, melangkaui tempoh Darurat.
Peliknya, ahli-ahli parlimen tidak dimaklumkan lebih awal berhubung keputusan kerajaan untuk membatalkan Ordinan Darurat dan titah Yang Di-Pertuan Agong kepada Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara bahawa pembatalan itu perlu dibahaskan terlebih dahulu di parlimen.
Pada hari pertama persidangan, Takiyuddin terus mengelirukan Dewan Rakyat apabila mengumumkan keputusan kerajaan untuk membatalkan semua Ordinan Darurat, tanpa menjelaskan kepada ahli-ahli parlimen bahawa keputusan itu belum mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
Perkara ini mengejutkan ramai ahli parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang yang bertanya berulang kali sebelum parlimen bersidang samada Ordinan Darurat dan Proklamasi Darurat akan dibahaskan sepertimana yang dititahkan Yang Di-Pertuan Agong.
Washington Post juga menulis:
Kemarahan orang ramai terhadap Muhyiddin semakin meningkat apabila kes Covid-19 melonjak lapan kali sejak Januari.
Jangkitan harian baru menembusi 10,000 pada 13 Julai untuk pertama kalinya dan tidak pernah surut selepas itu meskipun di bawah Darurat dan Lockdown sejak 1hb Jun. Jumlah kematian meningkat kepada hampir 9,000.
Ratusan muda-mudi Malaysia yang berpakaian hitam Sabtu lalu berarak di Kuala Lumpur untuk menuntut pengunduran Muhyiddin. Beberapa individu membawa patung mayat yang dibalut kain kafan untuk menggambarkan jumlah kematian yang semakin meningkat.
Raja (Yang Di-Pertuan Agong) Sultan Abdullah Sultan Abdullah pada Khamis lalu berkata dia tidak pernah memberikan perkenannya untuk membatalkan Ordinan Darurat dan sebaliknya meminta kerajaan untuk membahaskannya di Parlimen – yang sudah pasti akan mampu menguji majoriti Muhyiddin.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:

