
“Jika ada tanda-tanda Darurat akan tamat dalam masa terdekat atau jika Darurat tidak dilanjutkan, Muhyiddin tidak keberatan berundur bagi membolehkan pembentukkan kerajaan baharu dengan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-9 atau Perdana Menteri Interim”
Raggie Jessy Rithaudeen
مڽدري كراجأن موڠكين تومبڠ، اورڠ زاهيد تردسق مينتا محي الدين ‘سراه كواس كڤد امنو’
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Khuatir bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PPBM akan bersetuju untuk memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui kerajaan interim atau Majlis Pemulihan Negara, kumpulan penyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mula terdesak dan bercakap bukan-bukan.
Terkini, seorang ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO yang dilantik oleh Zahid ke MKT pada 2019, Datuk Razlan Rafii, menzahirkan harapannya agar Muhyiddin terbuka hati untuk menyerahkan kuasa perdana menteri kepada UMNO.
Menurut Razlan, dengan langkah itu, Muhyiddin akan dikenang ramai sebagai seorang negarawan ulung oleh rakyat pada suatu hari nanti.
Walaubagaimanapun, Razlan tidak menjelaskan bagaimana UMNO mampu mengambil alih jawatan Perdana Menteri sedangkan tidak ada pemimpin UMNO yang mendapat sokongan majoriti.
Malah, Zahid ditolak bulat-bulat oleh majoriti ahli-ahli parlimen UMNO yang tidak lagi mengendahkan apa jua keputusan yang dibuat atau arahan yang diberikan olehnya.
Satu teori yang rancak dimainkan oleh Laskar Siber Zahid ialah kemungkinan Muhyiddin menyokong Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Perdana Menteri ke-9 dengan sokongan bersama PPBM, PAS dan parti-parti lain dalam gabungan kerajaan.
Namun, ini hanyalah propaganda semata-mata, kerana bukan hanya Hishammuddin tidak memiliki sokongan padu yang diwar-warkan, Muhyiddin sendiri disyaki tidak memiliki sokongan majoriti biarpun disokong oleh kluster mahkamah.
Razlan turut tidak menjelaskan bagaimana Muhyiddin boleh ‘serah’ kuasa Perdana Menteri kepada sesiapa, sedangkan hak itu terletak pada Yang Di-Pertuan Agong menerusi peruntukan-peruntukan yang sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada 7hb Jun 2021, saya menulis:
Muhyiddin tidak sekali-kali akan memaafkan Najib atau tunduk pada kehendak Najib kerana Najib memecatnya dari UMNO dan kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, sekaligus mencantas peluang Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri mewakili UMNO dan Barisan Nasional.
Jika Muhyiddin berjaya mencetuskan EGM sebelum tamat Darurat dan jika proksinya berjaya menggantikan Zahid sebagai presiden UMNO, sudah pasti Muhyiddin akan membawa UMNO masuk menyertai Perikatan Nasional atau menggabungkannya terus dengan PPBM tanpa penglibatan Najib sebagai pemimpin bersama.
Malangnya, kemungkinan untuk diadakan EGM amat tipis kerana angka Covid-19 masih menggila dan kadar kematian disebabkan wabak Covid-19 terlalu tinggi.
Justeru, jika ada tanda-tanda Darurat akan tamat dalam masa terdekat atau jika Darurat tidak dilanjutkan, Muhyiddin tidak keberatan berundur bagi membolehkan pembentukkan kerajaan baharu dengan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-9 atau Perdana Menteri Interim.
Muhyiddin tidak rugi apa-apa kerana beliau sudahpun menjadi Perdana Menteri, peluang yang dirampas daripadanya oleh Najib pada tahun 2015 menerusi pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Apakah ini yang ditakuti oleh orang-orang Zahid?
WAJIB BACA:
‘Anak murid’ Anwar dah kena game, tak ada jalan keluar (Pendedahan Penuh)

