Mesyuarat Majlis Presiden malam ini titik penentu masa depan Anwar, DAP

Mahathir pada ketika ini memiliki sokongan lebih 130 ahli Dewan Rakyat dan mempunyai lebih lima opsyen untuk mencantas terus Anwar dan kepimpinan tertinggi DAP sekiranya Anwar terdesak melakukan perkara di luar jangkaan. Sumber (gambar): Malaysiakini

مشوارت مجليس ڤريسيدن مالم اين تيتيق ڤننتو ماس دڤن انور، دڤ

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada pilihan melainkan membawa usul penetapan tarikh spesifik peralihan kuasa di mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan 9 malam ini bagi membuktikan beliau memiliki sokongan majoriti Dewan Rakyat.

Ini memandangkan Anwar dan kuncu-kuncunya dari dalam dan luar PKR selama ini memberi persepsi seolah-olah wujud satu perjanjian bertandatangan di mana Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk lepaskan jawatan selepas dua tahun selepas berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7.

Mahathir sebelum ini menegaskan bahawa beliau akan melepaskan jawatan selepas sidang kemuncak APEC bulan November tahun ini.

Walaubagaimanapun, pengesahan ini boleh membawa apa jua makna, memandangkan Mahathir tidak pernah menetapkan tarikh spesifik peletakan jawatan beliau selepas sidang kemuncak berkenaan.


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada pilihan melainkan membawa usul penetapan tarikh spesifik peralihan kuasa di mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan 9 malam ini bagi membuktikan beliau memiliki sokongan majoriti Dewan Rakyat.

Ini memandangkan Anwar dan kuncu-kuncunya dari dalam dan luar PKR selama ini memberi persepsi seolah-olah wujud satu perjanjian bertandatangan di mana Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk lepaskan jawatan selepas dua tahun selepas berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7.




Kegagalan Anwar atau sesiapa sahaja dari kalangan ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan mengusulkan tarikh berkenaan malam ini akan mengesahkan bahawa dakwaan Anwar dan kunc-kuncunya dari dalam dan luar PKR selama ini adalah pembohongan belaka.

Mahathir sebelum ini menegaskan bahawa beliau akan melepaskan jawatan selepas sidang kemuncak APEC bulan November tahun ini.

Walaubagaimanapun, pengesahan ini boleh membawa apa jua makna, memandangkan Mahathir tidak pernah menetapkan tarikh spesifik peletakan jawatan beliau selepas sidang kemuncak berkenaan.

Ini bermakna Mahathir boleh meletakkan jawatan pada bila masa sahaja di antara hujung bulan November tahun ini dan tarikh Parlimen Malaysia ke-14 dibubarkan.

Khamis lalu, ketika ditanya, Mahathir mengaku tidak tahu apa-apa berkenaan perbincangan isu peralihan kuasa di mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini dan hanya akan mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Sebelum ini, Lim Guan Eng pernah menegaskan bahawa isu peralihan kuasa tidak perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, satu petanda bahawa DAP tahu majoriti ahli parlimen dari PKR dan parti-parti lain Pakatan Harapan tidak memihak kepada Anwar.

Mahathir pada ketika ini memiliki sokongan lebih 130 ahli Dewan Rakyat dan mempunyai lebih lima opsyen untuk mencantas terus Anwar dan kepimpinan tertinggi DAP sekiranya Anwar terdesak melakukan perkara di luar jangkaan.

Loading...

RJ RITHAUDEEN



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...