
“Najib dan Zahid menaruh harapan tinggi bahawa Muhyiddin akan mengalah dan memasuki perjanjian dengan mereka pada saat terakhir. Malangnya, harapan mereka hancur berkecai semalam apabila Muhyiddin mengenepikan terus Ismail Sabri dan menawarkan formula kerjasama kepada pembangkang”
Raggie Jessy Rithaudeen
محي الدين بري ءكات ڤوتوسء كڤد كم نجيب سمالم
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Pada 22hb Julai, saya menulis:
Muhyiddin tidak sekali-kali akan memaafkan Najib atau tunduk pada kehendak Najib kerana Najib memecatnya dari UMNO dan kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, sekaligus mencantas peluang Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri mewakili UMNO dan Barisan Nasional.
Jjika ada tanda-tanda Darurat akan tamat dalam masa terdekat atau jika Darurat tidak dilanjutkan, Muhyiddin tidak keberatan berundur bagi membolehkan pembentukkan kerajaan baharu dengan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-9 atau Perdana Menteri Interim.
Muhyiddin tidak rugi apa-apa kerana beliau sudahpun menjadi Perdana Menteri, peluang yang dirampas daripadanya oleh Najib pada tahun 2015 menerusi pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Maknanya, jika Muhyiddin diminta oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk berundur selepas 1hb Ogos 2021, beliau lebih rela berbuat demikian daripada membuka ruang untuk Najib dan Zahid menguasai kerajaan menerusi pintu belakang.
BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI
Zahid dan Najib dari awal lagi berangan-angan bahawa Muhyiddin akan bersetuju untuk ‘bercuti’ dan memberi laluan kepada Ismail Sabri untuk memangku jawatan Perdana Menteri agar Ismail Sabri boleh ‘menyejukkan’ suhu politik negara tanpa mengganggu gugat kedudukan Muhyiddin.
Malangnya, Muhyiddin tidak ingin memasuki sebarang perjanjian dengan Zahid dan Najib atau orang-orang mereka, termasuk Ismail Sabri, yang sememangnya dicadangkan bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Zahid sendiri.
Terdesak, Najib dan Zahid mengorak langkah menarik sokongan terhadap Muhyiddin secara rasmi dan mendorong 12 lagi ahli parlimen dari UMNO untuk berbuat demikian.
Najib dan Zahid membuat penilaian risiko dan mendapati bahawa mereka lebih bijak jika menarik sokongan terhadap Muhyiddin daripada mengharapkan apa-apa daripadanya.
Pada tanggapan mereka, jika mereka menarik sokongan terhadap Muhyiddin, ada kemungkinan seorang pemimpin UMNO akan dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.
Sebaliknya, jika Muhyiddin kekal berkuasa, beliau sudah pasti akan menguasai UMNO sebelum hujung tahun ini dengan bantuan menteri-menteri UMNO yang memihaknya.
Apa pun, Najib dan Zahid menaruh harapan tinggi bahawa Muhyiddin akan mengalah dan memasuki perjanjian dengan mereka pada saat terakhir.
Malangnya, harapan mereka hancur berkecai semalam apabila Muhyiddin mengenepikan terus Ismail Sabri dan menawarkan formula kerjasama kepada pembangkang.
Muhyiddin membuat tawaran itu walaupun tahu pembangkang tidak akan menerimanya.
Ini sebenarnya cara Muhyiddin untuk menyampaikan mesej kepada Najib, iaitu “samada kamu dan orang-orang kamu kembali menyokong saya atau saya akan letak jawatan.”
Bukankah saya sudah beritahu sebelum ini bahawa Muhyiddin lebih rela meletakkan jawatan daripada membuka ruang untuk Najib dan Zahid menguasai kerajaan menerusi pintu belakang?
Inilah yang dimaksudkan oleh Muhyiddin semalam apabila berkata beliau tidak sanggup membenarkan kleptokrat berkuasa semula.
WAJIB BACA:
