Muhyiddin lantik Muhyiddin untuk nasihati Muhyiddin sendiri

“Bukankah lebih baik jika Muhyiddin menubuhkan sebuah jawatankuasa penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar untuk menasihati kerajaan daripada menerajui MPN yang akhirnya akan menasihati kerajaan juga? Bukankah ini sama dengan “Muhyiddin melantik Muhyiddin untuk menasihati Muhyiddin?”

Raggie Jessy Rithaudeen

محي الدين لانتيق محي الدين اونتوق نصيحتي محي الدين سنديري

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang bermain politik kotor dengan melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), bercanggah dengan matlamat asal Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memastikan bahawa MPN tidak ada kaitan dengan kerajaan.

Tidak ada maknanya jika Muhyiddin menerajui MPN, kerana salah satu matlamat asal penubuhan majlis ini adalah untuk menyelesaikan masalah kesihatan dan ekonomi negara disebabkan kegagalan Muhyiddin sendiri.




Bukan hanya Muhyiddin akan mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau sedang memberikan jawatan baharu kepada dirinya sendiri, berbeza dengan Mahathir yang sanggup meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air jika dilantik mempengerusikan MPN.

Muhyiddin tidak tahu cara menyelesaikan masalah negara, khususnya, masalah berkaitan pandemik Covid-19 yang seharusnya sudah lama surut jika kerajaan menutup penuh sektor ekonomi seperti dijanjikan pada 1hb Jun 2021.

Daripada Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah ke “Total Lockdown” dan “Pelan Pemulihan Negara,” Muhyiddin hanya mampu menjenamakan semula kegagalannya setiap kali dikecam oleh rakyat kerana kegagalan itu.

Malah, “Total Lockdown” yang dikuat kuasakan pada 1hb Jun merupakan idea Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditiru tetapi gagal dilaksanakan dengan baik disebabkan ketidaksefahaman antara menteri-menteri kerajaan.

Ini terbukti apabila beberapa menteri mula berselisih berhubung penutupan penuh sektor ekonomi sehingga berlaku peristiwa di mana 130,000-lebih syarikat besar dibenarkan buka oleh MITI.

Apa yang menarik, kebanyakkan syarikat ini melibatkan sektor yang kerap dikaitkan dengan kluster Covid-19, manakala beratus ribu lagi syarikat kecil dan sederhana besar yang dipaksa tutup tidak pernah dikaitkan dengan kluster Covid-19.

Muhyiddin sebenarnya tidak dapat mengawal menteri-menterinya, dan perkara ini tidaklah memeranjatkan – kerajaan pimpinannya ditubuhkan atas dasar sogokkan kuasa dan kedudukan dan tidak mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.

Loading...

Sudah pasti kerajaan yang ditubuhkan dengan cara ini akan mempunyai “kluster menteri berkepala besar” yang tidak takut dengan Muhyiddin kerana tahu beliau memerlukan sokongan mereka untuk terus berkuasa.

Bagaimanakah kita boleh mengharapkan kerajaan sebegni untuk menyelamatkan negara?

Bagaimanakah seseorang boleh mengharapkan MPN bebas dari pengaruh kerajaan sedangkan orang yang menerajui MPN tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri sendiri?

Umum sedia maklum, versi MPN yang dicadangkan oleh Mahathir bertujuan mengatasi kegagalan kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin.

Ini bermakna, jika Muhyiddin bersetuju menubuhkan MPN, beliau sebenarnya bersetuju dengan Mahathir bahawa kerajaan pimpinannya telah gagal.

Apakah Muhyiddin tidak nampak logik ini?

Bukankah lebih baik jika Muhyiddin menubuhkan sebuah jawatankuasa penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar untuk menasihati kerajaan daripada menerajui MPN yang akhirnya akan menasihati kerajaan juga?

Bukankah ini sama dengan “Muhyiddin melantik Muhyiddin untuk menasihati Muhyiddin sendiri?”

WAJIB BACA:

Najib, Zahid bakal dicantas Muhyiddin (Pendedahan)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...