Muhyiddin sah lemas sebab Mahathir, ini buktinya…

“Ya, pandang kiri kanan, Muhyiddin dah kena game. Mahathir akhirnya akan berjaya menyatukan Melayu-Islam di belakangnya dalam jumlah yang agak besar tanpa perlu beliau berbuat apa-apa”

Raggie Jessy Rithaudeen

محي الدين صح لمس سبب محضير، اين بوقتيڽ…

UMNO akan berdepan dengan Blok Kuasa Ketiga pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 dan mempunyai dua pilihan – samada bekerjasama dengan PPBM atau memutuskan terus hubungan dengan parti itu.

Disebabkan perasaan benci terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin makin menjadi-jadi, UMNO dijangka akan memilih opsyen kedua dan memutuskan juga hubungan dengan PAS seandainya PAS berdegil untuk bersama Muhyiddin.




Manakala itu, prestasi UMNO dan PAS dijangka akan terjejas teruk berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 atas sebab-sebab berikut:

1. Perpecahan dalam undi Melayu-Islam disebabkan penolakan pengundi terhadap kepimpinan UMNO secara amnya dan Team A secara spesifiknya.

2. Perpecahan dalam undi Melayu-Islam disebabkan kegagalan UMNO dan PAS perkasakan Muafakat Nasional menerusi pendaftaran gabungan itu.

3. Perpecahan dalam undi Melayu-Islam disebabkan percakaran berterusan antara UMNO dan PAS.

4. Perpecahan dalam undi Melayu-Islam disebabkan hipokrisi UMNO dan PAS dalam perjuangan penyatuan ummah yang menjadi makin nyata.

5. Perpecahan dalam undi Melayu-Islam disebabkan kerelaan kepimpinan UMNO untuk bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

6. Perpecahan dalam undi Melayu-Islam disebabkan politik wang, kuasa dan kedudukan (wkk), politik darjat dan politik sogokkan jawatan melibatkan ramai pemimpin UMNO dan PAS.

Loading...

7. Perpecahan dalam undi Melayu-Islam disebabkan pengkhianatan mandat rakyat yang berleluasa.

8. Sikap kemaruk kuasa yang ditonjolkan menerusi Pilihan Raya Negeri Sabah yang akhirnya memudaratkan ekonomi negara dan pendapatan golongan miskin dan sederhana kaya apabila PKP dan Darurat diisytiharkan.

Manakala itu, prestasi PPBM dijangka akan jauh lebih teruk berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 atas sebab-sebab berikut:

1. Tindakan Muhyiddin bekerjasama dengan puak kleptokrat.

2. Tindakan Muhyiddin mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad dan memecatnya secara tidak kehormat dari PPBM

3. Tindakan Muhyiddin mengkhianati mandat rakyat.

4. Perpecahan dalam undi Melayu-Islam disebabkan politik wang, kuasa dan kedudukan (wkk), politik darjat dan politik sogokkan jawatan melibatkan hampir kesemua ahli parlimen PPBM.

5. Tindakan Muhyiddin menukar PPBM kepada parti yang tidak berteraskan perjuangan Melayu-Islam apabila membuka keahlian parti kepada golongan bukan Muslim.

6. Tindakan Muhyiddin menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat selepas hilang majoriti di Dewan Rakyat dan kegagalan beliau menangani penularan wabak Covid-19 dengan berkesan biarpun diberi kuasa tidak terhingga.

7. PPBM ketandusan pemimpin bahagian dan akar umbi selepas lebih 75 peratus mengisytiharkan keluar parti sebab tidak percaya terhadap kepimpinan Muhyiddin.

8, Sikap kemaruk kuasa yang ditonjolkan menerusi Pilihan Raya Negeri Sabah yang akhirnya memudaratkan ekonomi negara dan pendapatan golongan miskin dan sederhana kaya apabila PKP dan Darurat diisytiharkan.

Justeru, PPBM akan menjadi tidak relevan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 biar apa pun yang dibuat oleh Muhyiddin, samada beliau mengharamkan terus UMNO ataupun menggabungkan parti itu dengan PPBM menerusi EGM UMNO.

Kedua-dua tindakan itu akan menjejaskan lagi kedudukan PPBM dan UMNO kerana kebencian terhadap Muhyiddin akan menyebabkan majoriti pemimpin bahagian dan akar umbi UMNO akan beralih ke Blok Kuasa Ketiga semata-mata untuk membalas dendam.

Ini sekaligus bermakna tindakan mengharamkan UMNO atau menggabungkan PPBM dan UMNO akan membawa kepada penyatuan sejumlah besar masyarakat Melayu-Islam di belakang Blok Kuasa Ketiga yang seterusnya akan muncul sebagai kuasa politik unggul yang baharu di tanah air.

Sebaliknya, jika tidak berlaku pengharaman UMNO atau penggabungan UMNO-PPBM, ramai akan tetap menolak UMNO sekiranya parti itu bersetuju untuk terus bekerjasama dengan PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15.

Namun, jika UMNO dan PPBM tidak bekerjasama di Pilihan Raya Umum ke-15 dan bertembung di banyak kawasan parlimen, undi Melayu-Islam akan berpecah lagi teruk dan menguntungkan Blok Kuasa Ketiga.

Ya, pandang kiri kanan, Muhyiddin dah kena game. Mahathir akhirnya akan berjaya menyatukan Melayu-Islam di belakangnya dalam jumlah yang agak besar tanpa perlu beliau berbuat apa-apa.

WAJIB BACA:

Ideal seat allocations during 15th general election

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...