Muncul carta cadangkan Darurat, Perintah Kawalan Pergerakan sebagai persiapan Pilihan Raya Umum

Motif Muhyiddin menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat dipersoal hingga ke hari ini. Sumber (gambar): Fail TTF

مونچول چرتا چادڠكن ضرورت، ڤرينته كاولن ڤرڬرقن سباڬاي ڤرسياڤن ڤيليهن راي عموم

Media sosial digemparkan semalam dengan kemunculan sebuah carta berbentuk ‘Gant Chart’ (bawah) mencadangkan Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang diisytihar bermotifkan politik dan merupakan sebahagian daripada persiapan ke arah Pilihan Raya Umum ke-15.

Carta berkenaan dimuat naik oleh blogger Rafi Awang Kechik di Facebook beliau dengan catatan berikut:

“SEJAUH mana benarnya Wallah hualam..tp sdg tersebar dimana2 ketika ini.Bersepah dalam grup Whatsapp sejak dari siang tadi.”

Carta itu mencadangkan berlaku perancangan awal untuk mengisytihar Darurat antara bulan Januari hingga Mac bagi mengelakkan sidang parlimen.

Carta tersebut turut mencadangkan bahawa PKP mungkin berlanjutan sehingga bulan Jun untuk ‘mengawal suhu politik dan media’.


PETALING JAYA: Media sosial digemparkan semalam dengan kemunculan sebuah carta berbentuk ‘Gant Chart’ (bawah) mencadangkan Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang diisytihar bermotifkan politik dan merupakan sebahagian daripada persiapan ke arah Pilihan Raya Umum ke-15.

Carta berkenaan dimuat naik oleh blogger Rafi Awang Kechik (KLIK DI SINI) di Facebook beliau  (gambar bawah) dengan catatan berikut:




“SEJAUH mana benarnya Wallah hualam..tp sdg tersebar dimana2 ketika ini.Bersepah dalam grup Whatsapp sejak dari siang tadi.

Semoga ini tidak benar.Kita harap pemimpin yg disebut namanya memperbetulkannya.

Perancangan ini andai benar mmg menakutkan UMNO dan pemimpinnya. 

“Dan kalau ada niat jahat termasuk mahu membubarkan UMNO dan memenjarakan pemimpinnya,moga niat itu memakan diri sendiri.”

Bersambung di bawah:

 

Loading...

Carta itu mencadangkan berlaku perancangan awal untuk mengisytihar Darurat antara bulan Januari hingga Mac bagi mengelakkan sidang parlimen.

Carta tersebut turut mencadangkan bahawa PKP mungkin berlanjutan sehingga bulan Jun untuk ‘mengawal suhu politik dan media’.

Turut terkandung dalam carta itu ialah ‘pelancaran propaganda anti-Zahid oleh Datuk Seri Azmin Ali dan Tan Sri Annuar Musa’ antara bulan Januari dan Febuari dan usaha untuk mengawal Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO dan menjadikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein presiden UMNO.

Dalam pada itu, Pilihan Raya Negeri Sarawak dijadualkan antara bulan Mei dan Jun manakala Pilihan Raya Umum ke-15 pula dijadualkan antara bulan Jun dan Julai.

TTF masih belum dapat pastikan kesahihan carta ini yang makin lama makin tular di media sosial.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

UMNO bubar atau tidak diketahui dalam masa terdekat

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...