
نجيب كاله لاڬي
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah gagal dalam rayuan mereka untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada menjadi timbalan pendakwa raya (TPR) kanan dalam kes mereka.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan yang dikemukakan Najib dan Muhammad Shafee.
Hakim Mahkamah Rayuan itu berkata, adalah jelas dalam meminda Seksyen 376 (3) KPJ, Parlimen berhasrat untuk memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk melantik dan melantik sesiapa yang layak dan sesuai sebagai TPR kanan.
Beliau berkata, mahkamah berpendapat Seksyen 376 (3) itu adalah peruntukan tersendiri berhubung pelantikan sesiapa sahaja yang dianggap layak dan sesuai untuk dilantik sebagai TPR atau TPR kanan.

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah gagal dalam rayuan mereka untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada menjadi timbalan pendakwa raya (TPR) kanan dalam kes mereka.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan yang dikemukakan Najib dan Muhammad Shafee.
“Kami memutuskan bahawa tidak diragukan Sri Ram adalah lebih daripada layak sebagai individu yang sesuai dan wajar untuk dilantik sebagai TPR kanan,” kata Hakim Yaacob yang menyampaikan keputusan mahkamah.
Beliau berkata, Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas berpuas hati bahawa Sri Ram adalah individu yang layak dan sesuai mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk dilantik sebagai TPR kanan.
Hakim itu berkata, mahkamah bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa tiada apa-apa pun dalam Seksyen 376 (3) KPJ yang memperuntukkan bahawa orang yang layak dan sesuai untuk menjadi TPR mesti daripada perkhidmatan kehakiman dan undang-undang atau penjawat awam, sambil menambah bahawa tidak ada keperluan sedemikian dalam undang-undang.
Hakim Mahkamah Rayuan itu berkata, adalah jelas dalam meminda Seksyen 376 (3) KPJ, Parlimen berhasrat untuk memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk melantik dan melantik sesiapa yang layak dan sesuai sebagai TPR kanan.
Beliau berkata, mahkamah berpendapat Seksyen 376 (3) itu adalah peruntukan tersendiri berhubung pelantikan sesiapa sahaja yang dianggap layak dan sesuai untuk dilantik sebagai TPR atau TPR kanan.
Seksyen itu katanya, dipinda bagi membolehkan Peguam Negara merangkap pendakwa raya melantik TPR supaya pendakwaan dikendalikan oleh TPR yang berpengalaman selaras dengan kerumitan kes.
Sumber:
WAJIB BACA:

