
ءنق سومڤه براڤ كالي، سومڤهله، ساي ده تونجوق سقسيء – محي الدين
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berganjak dengan kenyataannya bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengannya selepas beberapa hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Tegasnya, apa yang disuarakannya adalah benar dan bukan permainan politik.
“Apa yang saya sebut itu adalah benar walaupun kadang kala yang benar itu adalah pahit,” katanya.
PUTRAJAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berganjak dengan kenyataannya bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengannya selepas beberapa hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Tegasnya, apa yang disuarakannya adalah benar dan bukan permainan politik.
“Dia (Ahmad Zahid) nak bersumpah ke tidak, bagi saya, saya bercakap benar,” katanya.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Menurutnya, beliau telah menyatakan saksi dalam pertemuan Ahmad Zahid itu.
“Nak cakap dengan rakyat, jangan berbohong. Saya ada bukti malam itu dan sudah tunjuk saksinya… Tetapi kalau dia nak sumpah berapa kali sumpah, sumpahlah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemulihan Negara (MPN) kali ketiga, dekat sini pada Selasa.
BACA JUGA: ZAHID CAKAP BESAR, TAPI SAMAN TAK BERANI
Beliau berkata, beliau tidak akan mengambil tindakan sama dengan Ahmad Zahid kerana tidak berbohong.
“Apa yang saya sebut itu adalah benar walaupun kadang kala yang benar itu adalah pahit,” katanya.
Minggu lalu, Muhyiddin mendedahkan Ahmad Zahid datang berjumpa dengannya sewaktu beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan membawa fail kes mahkamah.
Sumber:
WAJIB BACA:
‘Muhyiddin started the rot, Ismail Sabri is only making things worse’
