Orang Zahid sendiri bocor klip audio, orang lain bakal dipecat

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sumber (gambar): Fail TTF

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

اورڠ زاهيد سنديري بوچور كليڤ اءوديو، اورڠ لاين باكل دڤچت

Kenyataan sumber yang tidak dinamakan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenalpasti dua ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Umno yang sering membocorkan rahsia mesyuarat merupakan lanjutan sandiwara kepimpinan tertinggi UMNO untuk mengelirukan semua.

Menurut laporan, hal itu dimaklumkan sendiri oleh Zahid dalam ucapan di hadapan para ketua bahagian dan sayap Pemuda dan Puteri di Melaka, kelmarin.




“Ahmad Zahid maklumkan dua MT iaitu masing-masing lelaki dan wanita dikenal pasti hasil siasatan dilakukan.

“Umno tidak lagi boleh bertolak ansur dengan sikap ahli yang cuba menghancurkan parti.

“Presiden Umno akan umumkan nama mereka tidak lama lagi serta tindakan yang mungkin diambil iaitu memecat keahlian mereka daripada parti,” dakwa sumber yang tidak dinamakan itu.

Kata sumber itu, Ahmad Zahid berang dengan sikap dua MKT berkenaan kerana menyalurkan maklumat dan butiran setiap kali mesyuarat diadakan.

Tidak dapat dinafikan bahawa ada di kalangan ahli MKT yang tidak sehaluan dengan Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razk sering membocorkan maklumat kepada kem Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa ahli pembangkang lain.

Bagaimanapun, kebocoran yang dimaksudkan bukanlah kebocoran klip audio dengan suara mirip Zahid yang tular di media sosial, dipercayai petikan dari taklimat yang diberikan oleh Zahid kepada pemimpin UMNO tentang kerjasama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Kewujudan klip audio itu disentuh oleh beberapa aktivis media sosial yang mendakwa ianya sebahagian daripada perbincangan mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) di Janda Baik, Pahang bulan lalu.

Loading...

Siasatan saya mendapati dakwaan ini benar, dan sumber dalaman UMNO memaklumkan kepada saya bahawa klip audio itu dibocorkan oleh orang Zahid sendiri, bukannya pihak dalam MKT yang tidak sehaluan dengan Zahid.

Justeru, Zahid perlu menjelaskan kepada semua maklumat apa yang didakwa “sering dibocorkan” oleh dua ahli MKT yang dimaksudkannya berserta bukti kesalahan mereka bagi menjelaskan tindakan memecat mereka dari parti.

Ini bagi membolehkan kita mengenalpasti kesalahan sebenar ahli-ahli MKT yang dimaksudkan itu agar kita dapat membezakan pihak yang membocorkan “klip audio dengan suara mirip Zahid” daripada pihak yang membocorkan maklumat lain.

Saya sedang menunggu penjelasan Zahid dalam hal ini.

WAJIB BACA:

Akhirnya, temberang Anwar terbongkar malam semalam ketika taklimat Pakatan Harapan



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...