“Kini, setelah Yang Di-Pertuan Agong mengisytiharkan Darurat dan setelah DAP dan AMANAH sedar bahawa Anwar tidak mungkin menjadi Perdana Menteri tanpa sokongan Mahathir, mereka tiba-tiba bersetuju untuk menggandingkan kedua-dua pemimpin berkenaan”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤاكتن هارڤن عموم ڤيليتاكن جاوتن انور دولو، بارو بينچڠ كرجاسام دڠن محضير…
Sebentar tadi, Malaysiakini melaporkan bahawa Pakatan Harapan (PH) ingin menjalin kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat majlis presiden gabungan itu baru-baru ini.
Menurut laporan, perkara itu dibocorkan oleh sumber dalaman PKR namun tiada ketetapan atau keputusan diambil mengenai cadangan itu.
Di sini, saya ingin mengetengahkan beberapa perkara yang saya harap akan dihayati oleh kepimpinan Pakatan Harapan, khususnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim:
1. Selagi Anwar memegang mana-mana jawatan penentu dalam PKR, Pakatan Harapan mahupun pembangkang, jangan harap raja-raja Melayu akan memberi laluan kepada Pakatan Harapan untuk kembali menerajui kerajaan persekutuan dalam apa jua kapasiti, tidak kira sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
2. Walaupun kita diberitahu bahawa wabak Covid-19 merupakan sebab utama Darurat diisytiharkan, saya yakin itu bukan sebabnya dan percaya ianya ada kaitan dengan kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang dan pengerusi Pakatan Harapan.
3. Walaupun Anwar gagal mendapatkan sokongan majoriti malah gagal terus dapatkan sokongan kesemua 91 ahli parlimen dari Pakatan Harapan, beliau menjaja nama Yang Di-Pertuan Agong dengan niat memperdaya kedua-dua Seri Paduka Baginda Tuanku dan ahli-ahli parlimen kononnya beliau berjaya meraih sokongan majoriti “hampir dua per tiga.”
4. Ini terbukti apabila Anwar menghadap Yang Di-Pertuan Agong atas alasan ingin mempersembahkan bukti sokongan majorti terhadapnya tetapi gagal terus mempersembahkan bukti tersebut kepada Seri Paduka Baginda Tuanku.
5. Kesemua ini sudah pasti menghampakan dan mendukacitakan Seri Paduka Baginda Tuanku dan raja-raja Melayu, termasuk juga masyarakat Melayu-Islam dan rakyat jelata yang menjunjung kasih raja-raja Melayu.
6. Pemimpin-pemimpin semua parti politik yang bukannya Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional dapat melihat dengan jelas betapa terdesaknya Anwar untuk menjadi Perdana Menteri hingga sanggup menjaja nama Yang Di-Pertuan Agong untuk memperdaya ahli-ahli parlimen.
7. Mereka turut melihat tahap kemaruk kuasa Anwar dan keterdesakan DAP dan AMANAH untuk kembali berkuasa apabila kepimpinan parti-parti itu berubah pendirian seperti lalang dan sanggup mengkhianati Mahathir walaupun ditipu berulang kali oleh Anwar.
8. Sebelum Pakatan Harapan tumbang, kem Anwar pernah juga terlibat dengan penerbitan Akuan Bersumpah palsu (lihat pendedahan di bawah) sambil menjaja nama beberapa pemimpin UMNO dan PPBM, termasuk nama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamdi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar, sila jelaskan akuan-akuan bersumpah ini (dokumen disertakan)
9. Penipuan-penipuan ini menyebabkan ramai pemimpin parti politik yang bukannya bergelar Pakatan Harapan atau Barisan Nasional tidak ingin berdamping dengan Anwar atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam apa jua kapasiti rasmi kerana tidak percaya dengan kepimpinan gabungan itu.
10. Ini terbukti apabila segala bentuk kerjasama politik antara Pakatan Harapan dengan parti-parti politik lain sehingga kini ‘cetek’ dan sementara, di mana parti-parti politik ini hanya menunggang Pakatan Harapan untuk terlibat bersama dalam kerajaan agar kepimpinannya mampu memberikan yang terbaik kepada penyokong parti-parti berkenaan.
11. Inilah sebabnya WARISAN dan GPS tidak bersama kepimpinan Pakatan Harapan hari ini dan inilah sebabnya Pakatan Harapan gagal mendapatkan sokongan dari GPS atau parti-parti lain bagi pencalonan Anwar.
12. Ini turut merupakan sebab utama Mahathir menjarakkan dirinya dari Pakatan Harapan dan menubuhkan Blok Bebas Kuasa Ketiga.
13. Walaupun ditawarkan untuk menjadi Perdana Menteri atas tiket Perikatan Nasional, Mahathir rela letak jawatan atas dasar prinsip kerana memikirkan rakan-rakan seperjuangannya dari Pakatan Harapan yang berjuang bersamanya menentang kleptokrat UMNO.
14. Tetapi apa yang Pakatan Harapan buat?
15. Daripada bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Mahathir atas pengorbanan beliau, DAP, PKR dan AMANAH terus mengkhianatinya dengan menyisihkannya daripada segala perbincangan penting atas arahan Anwar.
16. Paling mengejutkan, DAP dan AMANAH terus mempertahankan Anwar walaupun tahu beliau kini bersekongkol dengan puak kelptokrat UMNO yang ditentang oleh Pakatan Harapan satu ketika dulu.
17. Malah, DAP sendiri sudah mula berbincang dengan puak berkenaan, dan perkara ini disahkan oleh sekutu rapat Lim Guan Eng, Nga Kor Ming, yang mengesahkan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa DAP dan UMNO tidak menolak kemungkinan berlakunya kerjasama politik.
18. Kini, setelah Yang Di-Pertuan Agong mengisytiharkan Darurat dan setelah DAP dan AMANAH sedar bahawa Anwar tidak mungkin menjadi Perdana Menteri tanpa sokongan Mahathir, mereka tiba-tiba bersetuju untuk menggandingkan kedua-dua pemimpin berkenaan.
19. Reaksi saya kepada cadangan itu adalah seperti berikut:
“Go fly kites”
20. Jika benar Pakatan Harapan ingin menjalin semula kerjasama dengan Mahathir dan jika benar DAP dan AMANAH insaf, Lim Guan Eng, Anwar dan Mohamad Sabu wajib mengeluarkan kenyataan bersama dan memohon maaf kepada Mahathir.
21. Pakatan Harapan juga wajib mengesahkan peletakan jawatan Anwar sebagai ketua pembangkang dan pengerusi Pakatan Harapan atau kesanggupan Anwar untuk berundur dari jawatan-jawatan berkenaan.
19. Kalau tidak, usah membuang masa.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
