“Bukankah PAS yang menganjurkan satu demonstrasi Julai 2019 di Pokok Sena bagi menolak pembukaan sebuah kedai “nombor ekor” di sana? Bukankah PAS menuduh Datuk Mahfuz Omar terlibat di dalam memberikan kebenaran pembukaan kedai “nombor ekor” tersebut?”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤاس مينتا معاف ڤد امة دولو ايسو ڤنيڠكتن چابوتن نومبور ايكور، بارو چريتا ‘سوڬربابي’
Daripada mengalihkan perhatian rakyat kepada isu ‘sugarbaby’ yang hangat diperbincangkan sekarang ini, PAS perlu memberi penjelasan bagaimana parti itu boleh tiba-tiba ‘halalkan’ cabutan nombor ekor dan kekerapan cabutan itu.
Baru-baru ini, senator DAP Liew Chin Tong membangkitkan pesoalan mengenai kekerapan cabutan khas ramalan nombor empat digit daripada lapan kali pada 2020 (bawah Pakatan Harapan) kepada 22 kali tahun ini (bawah gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional).
Katanya, cabutan khas perjudian itu dimulakan pada 1999 untuk membantu mangsa wabak virus Nipah ketika itu apabila kerajaan memberi keizinan.
Asalnya kekerapan cabutan itu ialah tiga kali seminggu.
Menurut Liew sebahagian besar pendapatan daripada cabutan khas berkenaan disumbang terus kepada aktiviti kerajaan.
Apakah PAS bersetuju dengan langkah ini setelah melaung-laungkan perlunya perjudian diharamkan terus selama berdekad-dekad?
Bukankah PAS yang menganjurkan satu demonstrasi Julai 2019 di Pokok Sena bagi menolak pembukaan sebuah kedai “nombor ekor” di sana?
Bukankah PAS menuduh Datuk Mahfuz Omar terlibat di dalam memberikan kebenaran pembukaan kedai “nombor ekor” tersebut?
DAH HALAL KE??
Bagaimanakah PAS boleh duduk membisu sedangkan kerajaan gandingan PN dan BN yang diwakili PAS sendiri mengumumkan kenaikkan 22 kali cabutan nombor ekor setahun?
Jawab yang ini dulu, baru cerita isu ‘sugarbaby dan ‘sugardaddy’.
WAJIB BACA:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
