PAS tersilap besar langkah ‘usul percaya’ terhadap Mahathir

Jika dilihat kenyataan beberapa pemimpin UMNO semalam, jelas bahawa parti komponen Barisan Nasional itu tidak sepakat dengan PAS dalam isu berkenaan, sekaligus bermakna rancangan “usul percaya” PAS tidak dikendalikan dengan cara yang betul. Sumber (gambar): TTF

ڤاس ترسيلڤ بسر لڠكه ءاصول ڤرچايء ترهادڤ محضير

Memandangkan “usul percaya” tidak membawa apa-apa makna dari segi perlembagaan biar apa pun keputusan yang dicapai, ianya tidak akan dipandang serius oleh semua ahli parlimen.

Justeru, ia mungkin akan digunakan untuk “menunjukkan rasa tidak puas hati” oleh sesetengah pihak yang mungkin tidak akan mengundi.

Dalam situasi sebegini, ianya lebih berupa “undi protes” sekiranya gagal mendapatkan majoriti, bukannya “undi tidak percaya” seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Hanya “undi tidak percaya” yang sah sahaja yang mampu menentukan kedudukan Perdana Menteri kerana ahli-ahli parlimen akan serius untuk membuktikan samada mandat yang diberkani kepada Mahathir “masih relevan atau tidak.”

Sekiranya benar niat PAS adalah untuk menyatakan sokongan terhadap Mahathir, seharusnya, wakil daripada parti Islam berkenaan sepakat mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Mahathir.


PETALING JAYA: PAS tersilap besar apabila menetapkan akan mengemukakan “usul percaya” terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik Dewan Rakyat bersidang semula Mac ini.

Tanpa memihak kepada sesiapa, kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung perkara itu dilihat mengelirukan dan menunjukkan PAS tidak memikirkan perkara tersebut masak-masak dan mungkin terbawa-bawa.




Sabtu lalu, Timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan ahli Parlimennya akan membawa usul “undi percaya” sambil berkata usul tersebut akan usul tersebut mampu menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara.

Bagaimanapun, semalam, beliau mendakwa PAS akan membincangkan isu berkenaan dengan UMNO hari ini – dijangka menerusi mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional – dan menjelaskan idea tersebut telahpun dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebelum ini.

Ini mengesahkan bahawa PAS tidak pernah berbincang berkenaan usul percaya dengan UMNO sebelum membuat pengumuman secara unilateral.

Jika dilihat kenyataan beberapa pemimpin UMNO semalam (rujuk bawah), jelas bahawa parti komponen Barisan Nasional itu tidak sepakat dengan PAS dalam isu berkenaan, sekaligus bermakna rancangan “usul percaya” PAS tidak dikendalikan dengan cara yang betul.

PAS, UMNO tidak sepakat isu usul percaya terhadap Mahathir

Sebelum ini, TTF menegaskan Perdana Menteri sudahpun diberikan mandat oleh majoriti ahli parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan tugas sebagai ketua kerajaan Malaysia.

Loading...

TTF menulis:

“Sekiranya benar niat PAS adalah untuk menyatakan sokongan terhadap Mahathir, seharusnya, wakil daripada parti Islam berkenaan sepakat mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Mahathir.

“Ini memandangkan sistem demokrasi berparlimen membenarkan usul undi tidak percaya bagi membuktikan mandat yang sudahpun diberikan kepada seseorang yang menerajui kerajaan tidak lagi relevan.

“Usul percaya tidak akan membuktikan apa-apa walau apa pun keputusan yang dicapai, memandangkan mandat sudah pun diberikan secara sah kepada Mahathir dan tidak perlu diulang ataupun dibuktikan.”

Memandangkan “usul percaya” tidak membawa apa-apa makna dari segi perlembagaan, ianya tidak akan dipandang serius oleh semua ahli parlimen.

Justeru, ia mungkin akan digunakan untuk “menunjukkan rasa tidak puas hati” oleh sesetengah pihak yang mungkin tidak akan mengundi.

Dalam situasi sebegini, ianya lebih berupa “undi protes” sekiranya majoriti tidak tercapai, bukannya “undi tidak percaya” sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak. 

Hanya “undi tidak percaya” yang sah sahaja mampu menentukan kedudukan Perdana Menteri kerana ahli-ahli parlimen akan serius untuk membuktikan samada mandat yang diberkan kepada Mahathir “masih relevan atau tidak.”

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...