
ڤاو 2020: دعوأن تاڤيسن ڤمبحث، ڤنڽياران ڤربهاسن ترڤيليه، لارڠن ميديا
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Sayap-sayap UMNO mengadakan mesyuarat secara tertutup semasa perbahasan pemimpin akar umbi sehingga menyukarkan media dan penganalisis politik untuk menilai sentimen parti secara menyeluruh.
Menurut laporan, UMNO hanya menyiarkan secara langsung ucapan ketua-ketua sayap dan Timbalan Presidennya Mohamad Hasan yang merasmikan ucapan perasmian tiga sayap parti.
Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa mendakwa pemimpin Umno menekan suara-suara yang tidak sehaluan dengan mereka.
Annuar juga mendakwa serangan dilancarkan di internet untuk memburuk-burukkan mana-mana pemimpin parti yang berbeza pendapat, seperti Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Hishammuddin Hussein, Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim dan Ketua Wanita Noraini Ahmad.
Ini termasuklah dakwaan menggantikan para pembahas yang tidak direstui oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan orang lain.
PETALING JAYA: Sayap-sayap UMNO mengadakan mesyuarat secara tertutup semasa perbahasan pemimpin akar umbi sehingga menyukarkan media dan penganalisis politik untuk menilai sentimen parti secara menyeluruh.
Menurut laporan, UMNO hanya menyiarkan secara langsung ucapan ketua-ketua sayap dan Timbalan Presidennya Mohamad Hasan yang merasmikan ucapan perasmian tiga sayap parti.
Hanya perbahasan beberapa perwakilan terpilih disiarkan di ruang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) beberapa jam setelah para perwakilan menyampaikan perbahasan mereka.
Mesej para perwakilan yang disiarkan itu rata-ratanya bersetuju dengan keputusan parti untuk memutuskan hubungan dengan PPBM dan memperkukuhkan kerjasama dengan PAS bawah Muafakat Nasional.
Mereka juga mengkritik Bersatu kerana menerima 15 wakil rakyat Umno yang berpaling tadah selepas pilihan raya 2018.
Tetapi sentimen keseluruhan tidak diketahui kerana intipati perbahasan perwakilan lain tidak disiarkan dan berada di luar pemantauan media dan pemerhati.
Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa mendakwa pemimpin Umno menekan suara-suara yang tidak sehaluan dengan mereka.
Annuar juga mendakwa serangan dilancarkan di internet untuk memburuk-burukkan mana-mana pemimpin parti yang berbeza pendapat, seperti Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Hishammuddin Hussein, Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim dan Ketua Wanita Noraini Ahmad.
Ini termasuklah dakwaan menggantikan para pembahas yang tidak direstui oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan orang lain.
Sekiranya kenyataan Annuar itu benar, mesyuarat hari ini tidak menggambarkan keseluruhan sentimen akar umbi memandangkan parti menyaring senarai perbahasan oleh perwakilan.
THE THIRD FORCE
Disunting dari laporan Malaysiakini dan berdasarkan sumber UMNO
WAJIB BACA:
