PEMBUNUHAN ALTANTUYA: LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA SIASAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI DALANG AKUAN BERSUMPAH PALSU AZILAH HADRI

Raggie Jessy Rithaudeen

Satu laporan polis telah dibuat pada pukul 4.49 petang tadi berhubung dakwaan terbaru bekas pegawai Gerakan Unit Selam Tempur di cawangan Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Azilah bin Hadri.




Pada 16hb Disember 2019, rakyat Malaysia digemparkan dengan terbitan satu Akuan Bersumpah yang didakwa ditandatangani oleh Azilah di mana beliau menuding jari terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai individu yang mengeluarkan arahan membunuh seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Akuan Bersumpah tersebut, bertarikh 17hb Oktober 2019, dibuat 13 tahun selepas kejadian dan selepas Mahkamah mula-mula menjatuhkan hukuman mati terhadap Azilah dan juga seorang lagi bekas pegawai UTK, Koperal Sirul Azhar Umar.

Sejurus selepas Akuan Bersumpah Azilah diterbitkan oleh portal berita Malaysiakini, saya bertindak menerbitkan satu pengakuan yang dibuat oleh bekas peguam Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Zulkifli Noordin, yang turut merupakan peguam bela Azilah ketika perbicaraan kes Altantuya berjalan.

Menurut Noordin, ketika beliau masih bergelar peguam Anwar, Anwar telah berulang kali mendesaknya memaksa Azilah membuat akuan palsu kononnya Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya manakala Rosmah berada di tempat kejadian.

Saya melakukan pendedahan tersebut selepas melihat pihak-pihak tertentu, termasuk peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mendakwa terdapat VVIP yang berjumpa dengan Azilah pada bulan Febuari 2019 di luar Penjara Kajang.

Saya teramat pasti Najib tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Walaubagaimanapun, persepsi yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung “perjumpaan VVIP” misteri ini teramat kurang tepat di mana VVIP ini didakwa telah menyogok Altantuya untuk membuat tuduhan palsu.

Hakikatnya, pihak-pihak berkenaan tidak tahu bilangan sebenar perjumpaan yang berlaku melibatkan Azilah dan ahli-ahli politik bermula dari tarikh beliau dipenjarakan hingga ke hari ini.

Loading...

Semalam, saya menulis:

Setelah mengadakan dua siri perbincangan dengan pihak-pihak tertentu, saya mengisytiharkan, dengan penuh keyakinan, bahawa:

  1. Akuan Bersumpah Azilah adalah penipuan semata-mata
  2. biar siapapun yang berjumpa dengan Azilah di dalam atau di luar penjara, Akuan Bersumpah palsu itu tidak dirancang oleh sesiapa yang pada ketika ini memegang jawatan rasmi dalam kerajaan.
  3. Akuan Bersumpah palsu itu turut tidak dirancang oleh sesiapa yang pada ketika ini menjadi ahli parti-parti pembangkang di peringkat persekutuan.

Dalam laporan polis hari ini yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, saya memberitahu pegawai penyiasat untuk merakamkan keterangan daripada semua yang mengeluarkan kenyataan berhubung VVIP ini agar perkara ini dapat dipastikan.

Saya juga meminta pihak polis merakamkan kenyataan Dato’ Zulkifli Noordin dan menyiasat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai suspek utama yang mendalangi usaha mandapatkan Akuan Bersumpah palsu yang didakwa ditandatangani Azilah.

Saya telah memberitahu pegawai penyiasat sebab-sebab terperinci mengapa saya mengesyaki Anwar selain dari apa yang tersebut di atas, di mana sebab-sebab ini tidak dapat saya bongkarkan buat masa ini.

Sebentar lagi, menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen, YouTube dan juga http://www.thethirdforce.net, saya akan menyiarkan sidang media penuh di mana saya akan menceritakan perihal laporan yang dibuat dan juga menyampaikan satu pesanan ringkas kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...