Pemilihan UMNO: Najib lupa cerita penuh, biar saya tolong ceritakan…

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤميليهن امنو: نجيب لوڤا چريتا ڤنوه، بيار ساي تولوڠ چريتاكن…

Saya sebenarnya amat gembira dengan hujah Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin yang menasihati UMNO untuk mengadakan pemilihan parti segera bagi menyelesaikan kemelut dalaman.




Saya gembira bukan kerana saya bersetuju dengan Najib, tetapi kerana hujah beliau akan membantu membuktikan apa yang saya katakan selama ini.

Ya, kluster mahkamah tidak mahukan pemilihan UMNO kerana takut kehilangan kuasa dan akan cuba mengaburi mata semua sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurut Najib, pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 mungkin akan menyebabkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain.

Tetapi bukankah itu risiko yang ditanggung oleh UMNO jika kepimpinan parti terus berdegil dan berbuat sesuka hati tanpa menghiraukan desakan akar umbi?

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi diberi mandat untuk memutuskan bila UMNO akan keluar dari kerajaan bukan disebabkan akar umbi menaruh kepercayaan terhadapnya atau inginkannya kekal sebagai presiden UMNO.

Sebaliknya, mandat itu diberikan setelah Zahid terpaksa tunduk pada kehendak akar umbi dan perwakilan susulan perdebatan dan ucapan pedas oleh pelbagai pihak yang diselindungi dari media dan tidak disiarkan di portal rasmi UMNO.

BACA: ZAHID ADA SEMINGGU

BACA: KU LI: AKAR UMBI SEBENARNYA HARAPKAN SEMUA LETAK JAWATAN SEGERA, TAPI YANG JADI PELIK…

Kemudian, setelah Zahid sendiri mula ‘menyerang’ PPBM dan PAS sambil memberi persepsi seolah-olah beliau mahukan UMNO menarik sokongannnya terhadap Perikatan Nasional serta merta, barulah beliau diberi mandat untuk memutuskan bila UMNO akan keluar dari kerajaan.

Loading...

Najib perlu berterus terang dengan umum berkenaan perkara ini dan menerima hakikat bahawa akar umbi dan majoriti pemimpin bahagian di semua peringkat sudah putus asa dengan kemampuan kepimpinan pusat.

Najib turut perlu akur bahawa tidak ada logiknya UMNO memasuki pilihan raya jika perti itu terus diterajui oleh ahli-ahli kluster mahkamah yang tidak layak dipertimbangkan sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional.

Ramai dalam Barisan Nasional sudah akur gabungan itu tidak akan memenangi pilihan raya umum ke-15 sepertimana yang diwar-warkan oleh Laskar Siber pro-Najib dan Zahid, dan perkara ini terbukti menerusi hujah-hujah perwakilan.

Seandainya UMNO kekal diterajui oleh Zahid, parti itu akan hanyut terus kerana para pengundi sudah pasti akan mentertawakan Barisan Nasional. Apakah Najib berfikir pemimpin UMNO akan terus bersama UMNO untuk disembelih di Pilihan Raya Umum disebabkan kedegilan Zahid?

Bukankah tindakan menghalang secara paksa pemilihan UMNO yang mampu memberi peluang kepada ahli-ahli bertanding jawatan pusat untuk cuba ‘menyelamatkan’ UMNO lebih menghampakan daripada tindakan membenarkan mereka bertanding tetapi mereka kalah?

Bukankah ini akan meningkatkan risiko berlakunya pengunduran ahli-ahli UMNO dan peralihan sokongan akar umbi kepada parti lawan?

Memandangkan perhimpunan agung UMNO berakhir dan tiada ada lagi alasan atau jalan bagi Zahid untuk membeli lebih banyak masa, andai kata beliau tiba-tiba mengumumkan UMNO bersedia menunggu hingga Mei, Jun, Julai atau Ogos, sesuatu akan berlaku.

Desakan dalaman untuk Zahid meletakkan jawatan dan mengadakan pemilihan UMNO sebenarnya sudah bermula, dan jika desakan itu diketepikan, akan berlaku usaha untuk mengadakan EGM dalam masa terdekat.

Bukankah ini akan meningkatkan risiko pengunduran akar umbi dan memecah-belahkan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15?

Inilah yang Najib lupa ceritakan.

Najib dan Zahid sudah pasti akan elak pemilihan UMNO kerana tanpa jawatan, mereka tidak boleh gunakan UMNO sebagai platform untuk cuba memasuki perjanjian dengan sesiapa, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin terdesak untuk menyelamatkan kedudukannya, manakala Zahid dan Najib terdesak untuk menyelamatkan tengkuk mereka.

Masih ada masa untuk mereka berunding, dan seandainya rundingan ini berlaku, UMNO akan rebah terus menerusi pengunduran beramai-ramai akar umbi yang sudah pasti melumpuhkan jentera parti dan menjadikannya kurang berguna buat PPBM.

Bukankah apa yang saya ceritakan ini masuk akal?

MUST READ:

Yes, Anwar may be in discussions with Muhyiddin



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...