Pemimpin Sarawak setuju Menteri Dalam Negeri tidak harus duduk dalam Suruhanjaya Pasukan Polis

Voon meminta penubuhan Suruhanjaya Pengaduan Polis (PCC) untuk menyiasat semua penyelewengan atau salah laku pegawai polis dengan kuasa untuk mengambil tindakan disiplin dan menghadapkan seseorang ke mahkamah. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤميمڤين سراوق ستوجو منتري دالم نڬري تيدق هاروس دودوق دالم سوروهنجاي ڤاسوكن ڤوليس

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Seorang pemimpin Sarawak yang turut merupakan bekas anggota polis dan peguam mendesak diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan campur tangan politik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan, perkara pertama yang harus dilakukan ialah menstruktur semula Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang pada ketika ini diterajui oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurutnya, Menteri Dalam Negeri dan ahli politik tidak boleh duduk dalam Suruhanjaya kerana mereka boleh mengganggu atau mempengaruhi bagaimana pasukan polis dikendalikan dalam memerangi jenayah dan penguatkuasaan undang-undang

Dengan adanya Menteri Dalam Negeri dan ahli politik dalam suruhanjaya, Voon takut kehadiran mereka akan memberi tekanan kepada pegawai polis kerana kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai ini mengikut budi bicara ahli politik.


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Sarawak yang turut merupakan bekas anggota polis dan peguam mendesak diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan campur tangan politik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan, perkara pertama yang harus dilakukan ialah menstruktur semula Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang pada ketika ini diterajui oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.




“Bidang kuasa SPP luas dalam isu pelantikan, pengesahan, kenaikan jawatan, penempatan tetap atau berpencen, pemindahan dan kawalan disiplin anggota polis,” kata Voon.

Menurutnya, Menteri Dalam Negeri dan ahli politik tidak boleh duduk dalam Suruhanjaya kerana mereka boleh mengganggu atau mempengaruhi bagaimana pasukan polis dikendalikan dalam memerangi jenayah dan penguatkuasaan undang-undang

Dengan adanya Menteri Dalam Negeri dan ahli politik dalam suruhanjaya, Voon takut kehadiran mereka akan memberi tekanan kepada pegawai polis kerana kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai ini mengikut budi bicara ahli politik.

“Pemilihan KPN untuk menjadi pengarah dalam bidang polis harus ditempatkan di bawah Suruhanjaya Pemilihan Parlimen (PSC) dan bukan di bawah SPP. PSC pula harus diberi kuasa untuk menemuramah dan menyiasat kesesuaian calon untuk kenaikan pangkat, “kata Voon.

Selain itu, PSC harus terdiri daripada Anggota Parlimen dari kerajaan dan pembangkang, seorang wakil Badan Peguam Malaysia, para hakim kanan yang telah bersara dan tokoh terkenal dalam masyarakat dari Malaya, Sabah dan Sarawak.

Voon juga meminta penubuhan Suruhanjaya Pengaduan Polis (PCC) untuk menyiasat semua penyelewengan atau salah laku pegawai polis dengan kuasa untuk mengambil tindakan disiplin dan menghadapkan seseorang ke mahkamah.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Saya sokong Hamid Bador dilantik Senator, Menteri Dalam Negeri kerajaan baharu

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...