Pemuda PAS kepada UMNO: ‘Jangan uji kesabaran kita’

Pada 8hb September lalu, PAS menyuarakan hasratnya bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤمودا ڤاس كڤد امنو: ءجاڠن اوجي كصبرن كيتء

“Jangan menguji kesabaran pemuda-pemuda (PAS) kita.” 

Demikian merupakan amaran Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, kepada UMNO ketika menyampaikan ucapan di Muktamar Tahunan PAS ke-66 yang berlangsung berlangsung di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan.

Ahmad merujuk kepada isu peruntukan kerusi di Pilihan Raya Negeri Sabah di mana PAS tidak diberikan sebarang kerusi untuk bertanding oleh kedua-dua Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

“Saya nak sebut bahawa kalau kita boleh bersabar di Sabah, kenapa tidak orang lain bersabar di negeri-negeri yang kita sebutkan tadi? Itu sebagai lontaran awal.

“Tapi saya tak nak melangkau pimpinan-pimpinan yang ada. Sudah tentu mereka akan berunding tapi kita nak nyatakan bahawa kalau kamu ada hasrat, kami juga ada hasrat,” kata Ahmad Fadhli.

Kenyataan Ahmad jelas ditujukan kepada UMNO kerana sehingga kini, hanya pemimpin UMNO sahaja yang mempertikaikan tuntutan kerusi PAS di Terengganu, Kedah dan Perlis.

Dalam ucapannya, ahli parlimen Pasir Mas itu mencadangkan agar PAS dibenarkan bertanding di semua kerusi parlimen Kelantan (14), Terengganu (8), Kedah (15) dan Perlis (3) pada Pilihan Raya Umum ke-15.

“Kita beri isyarat kepada yang lain bahawa kesabaran kita ada had dan limit-nya. Jangan menguji kesabaran pemuda-pemuda (PAS) kita.

“Disebut tadi berapa kerusi PAS nak bertanding di pilihan raya?

“Saya nak mencadangkan di sini kerana kita dah diuji di Sabah, dan kita bersabar di Sabah, maka kita nak cadangkan bahawa PAS boleh bertanding 40 kerusi dengan selesa,” katanya sambil menyebut bilangan kerusi di setiap empat negeri tersebut.

“Patut bangkit isu kerusi DUN, bukan parlimen.”

“Saya nak sebut bahawa kalau kita boleh bersabar di Sabah, kenapa tidak orang lain bersabar di negeri-negeri yang kita sebutkan tadi? Itu sebagai lontaran awal.

Loading...

“Tapi saya tak nak melangkau pimpinan-pimpinan yang ada. Sudah tentu mereka akan berunding tapi kita nak nyatakan bahawa kalau kamu ada hasrat, kami juga ada hasrat,” kata Ahmad Fadhli.

Kenyataan Ahmad jelas ditujukan kepada UMNO kerana sehingga kini, hanya pemimpin UMNO sahaja yang mempertikaikan tuntutan kerusi PAS di Terengganu, Kedah dan Perlis.

Pada 8hb September lalu, PAS menyuarakan hasratnya bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pilihan Raya Negeri Sabah.

Walaubagaimanapun, bukan hanya UMNO dan PPBM gagal menjemput PAS ke majlis pengumuman calon gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional, PAS dipingirkan terus dari Pilihan Raya tersebut apabila tidak diberikan sebarang kerusi untuk bertanding.

Perkara ini disahkan sendiri Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Alingd dan menimbulkan kemarahan kepimpinan PAS negeri serta akar umbi parti.

Pada hari yang sama, TTF menulis:

Kenyataan Aminuddin memberi gambaran keputusan pencalonan diletakkan ke tangan UMNO (disebabkan faktor pendanaan) yang kemudian meminggirkan PAS malah tidak menjemput parti itu ke majlis pengumuman calon.

Perkara ini disahkan oleh sumber dalaman PAS yang berhubung rapat dengan Majlis Syura yang mengesahkan bahawa ramai di kalangan pemimpin dan akar umbi PAS pusat tidak berpuas hati dengan UMNO.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Shahidan Kassim tegur PAS jangan terburu-buru minta kerusi

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...