‘Pendedahan besar’ Zafrul terkena balik pada Barisan Nasional, Muhyiddin

Kesemuanya bermula apabila Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) bertanyakan jumlah tender yang dirunding secara terus ketika Pakatan Harapan mentadbir negara. Sumber (gambar): Fail TTF

ءڤندداهن بسرء زفرول تركنا باليق ڤد باريسن ناسيونل، محي الدين

Percubaan ahli parlimen dari Barisan Nasional dan Menteri Kewangan untuk membongkarkan projek-projek yang kononnya dirunding secara terus ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara akhirnya memakan diri apabila terdedah bahawa lebih dua per tiga daripada nilai projek-projek itu dirunding dan diluluskan oleh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional terdahulu.

Percubaan itu turut mendedahkan penglibatan Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rundingan terus melibatkan projek-projek yang mencecah setengah billion ringgit.

Setelah membuat penelitian semula, TTF mendapati bahawa RM 4.475 bilion daripada RM4.478 bilion atau 99.9 peratus nilai projek yang didakwa dirunding oleh Kementerian Pengangkutan sebenarnya dirunding secara terus dengan Syarikat Dhaya LTAT Sdn Bhd oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jika ditolak nilai ini, Kementerian Pengangkutan sebenarnya mencatatkan nilai rundingan terus terendah dalam senarai manakala Kementerian Dalam Negeri bawah penyeliaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatatkan nilai kedua tertinggi, melebihi setengah billion.


PETALING JAYA: Percubaan ahli parlimen dari Barisan Nasional dan Menteri Kewangan untuk membongkarkan projek-projek yang kononnya dirunding secara terus ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara akhirnya memakan diri apabila terdedah bahawa lebih dua per tiga daripada nilai projek-projek itu dirunding dan diluluskan oleh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional terdahulu (BAWAH).

Percubaan itu turut mendedahkan penglibatan Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rundingan terus melibatkan projek-projek yang mencecah setengah billion ringgit.




Bersambung di bawah

Pengumuman: Projek RM4,475 bilion yang disenarai bawah Kementerian Pengangkutan sah projek Barisan Nasional yang dirunding terus pentadbiran Najib

Kesemuanya bermula apabila Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) bertanyakan jumlah tender yang dirunding secara terus ketika Pakatan Harapan mentadbir negara.

Menjawab soalan ini, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mededahkan bahawa sebanyak 101 projek membabitkan nilai RM6.61 bilion dibuat secara rundingan terus berdasarkan rekod yang diperolehnya.

Namun begitu, Zafrul tidak mendedahkan senarai projek-projek berkenaan apabila ditekan, tetapi mengaku bahawa dalam keadaan tertentu, kaedah perolehan secara rundingan terus dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Kewangan berdasarkan beberapa kriteria.

Ini menjurus kepada tekanan secara terus menerus oleh beberapa pemimpin pembangkang, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mencabar Zafrul mendedahkan senarai lengkap projek-projek yang dimaksudkan, termasuk senarai penerima dan kementerian yang terbabit.

Loading...

Susulan itu, Kementerian Kewangan semalam mendedahkan senarai tersebut yang memaparkan Kementerian Pengangkutan bawah Anthony Loke sebagai kementerian yang terlibat dengan kelulusan terbesar, iaitu sebanyak RM4.478 bilion ringgit atau 67.74 peratus daripada jumlah keseluruhan 101 projek yang didedahkan.

Walaubagaimanapun, setelah membuat penelitian semula, TTF mendapati bahawa RM 4.475 bilion daripada RM4.478 bilion atau 99.9 peratus nilai projek yang didakwa dirunding oleh Kementerian Pengangkutan sebenarnya dirunding oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Projek itu pada asalnya dirunding secara terus dengan Syarikat Dhaya LTAT Sdn Bhd oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional pada nilai RM5.265 bilion sebelum ianya dirunding semula pada harga RM4,475,250,000.00.

Jika ditolak nilai ini, Kementerian Pengangkutan sebenarnya mencatatkan nilai rundingan terus terendah dalam senarai manakala Kementerian Dalam Negeri bawah penyeliaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatatkan nilai kedua tertinggi, melebihi setengah billion.

Ini bermakna, bukan hanya lebih dua per tiga daripada nilai keseluruhan projek-projek yang didedahkan oleh Zafrul dirunding secara terus oleh pentadbiran Najib, orang yang bergelar Perdana Menteri pada ketika ini terlibat dengan rundingan hampir satu per empat daripada nilai baki projek-projek yang diluluskan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Ini turut bermakna percubaan ahli parlimen dari Barisan Nasional untuk memalukan pihak lawan melantun balik pada pentadbiran Najib dan memalukan Perdana Menteri Malaysia yang turut merupakan tuan kepada pihak yang membuat pendedahan, iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

RUJUK JUGA:

Lapan projek Kementerian Muhyiddin berjumlah setengah bilion dilulus menerusi rundingan terus

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...