Penerbit Sinar Harian dakwa pegawai kementerian buat ugutan untuk halang kebebasan media

Hussammuddin berkata kerajaan BN dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak pernah membuat ugutan sedemikian. Sumber (gambar): Malaysiakini

ڤنربيت سينر هارين دعوا ڤڬاواي كمنترين بوات اوڬوتن اونتوق هالڠ كبيبسن ميديا

Penerbit bagi akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian (Sinar) Kumpulan Karangkraf mendakwa ada pegawai sebuah kementerian yang mengugut untuk menamatkan kontrak pengiklanan jika Sinar memberikan ruang kepada individu tertentu dalam laporan mereka.

“Rupanya di tahun 2021 pun masih ada pegawai menteri/kementerian yang berotak bingai, siap boleh ugut media untuk batalkan kontrak iklan dari kementerian tempat dia bertugas jika media beri ruangan kepada si polan dan si polan. Siap ugut nak boikot lagi. Ingat boleh tongkat langit ke?” katanya menerusi Twitter.

Hussammuddin berkata laporan berita tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menamatkan kontrak sesuatu iklan.

Ini kerana katanya, iklan dan berita adalah dua perkara berbeza.

“Jika iklan yang disiarkan tidak ikut spesifikasi perjanjian, bolehlah pertikaikan.”


PTALING JAYA: Penerbit bagi akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian (Sinar) mendakwa ada pegawai sebuah kementerian yang mengugut untuk menamatkan kontrak pengiklanan jika Sinar memberikan ruang kepada individu tertentu dalam laporan mereka.

Menurut Malaysiakini, Ketua Kumpulan Karangkraf, Hussamuddin Yaacob, berkata ugutan itu adalah bagi menghalang kebebasan media.




“Rupanya di tahun 2021 pun masih ada pegawai menteri/kementerian yang berotak bingai, siap boleh ugut media untuk batalkan kontrak iklan dari kementerian tempat dia bertugas jika media beri ruangan kepada si polan dan si polan. Siap ugut nak boikot lagi. Ingat boleh tongkat langit ke?” katanya menerusi Twitter.

Dalam tweet berasingan, dia berkata kerajaan BN dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak pernah membuat ugutan sedemikian.

“Kami buat akhbar bebas (Watan/ Eksklusif/ Sinar Harian) sejak tahun 80-an lagi. BN/PH pun tak berapa suka dengan pendirian kami, tapi mereka tak pernah ugut malah siap engaged kami. Hubungan kekal mesra, walaupun “benci tapi rindu”. Geng baru ni lain macam pula. TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kena tengok-tengok juga,” tambahnya.

Bercakap dengan Malaysiakini, Hussammuddin berkata laporan berita tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menamatkan kontrak sesuatu iklan.

Ini kerana katanya, iklan dan berita adalah dua perkara berbeza.

“Jika iklan yang disiarkan tidak ikut spesifikasi perjanjian, bolehlah pertikaikan.

“Media harus bebas menyiarkan berita selagi tidak menggangu ketenteraman awam dan tidak menghina raja dan agama atau boleh menyemarakkan api perkauman. Juga tidak fitnah,” katanya.

Loading...

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

APAKAH PELUANG PEJUANG? INILAH JAWAPAN SAYA..

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...