Pengerusi UMNO Kelantan: Bubar parlimen bulan ini atau saya letak jawatan dalam kerajaan

Menurut Jazlan, jawatan yang diberikan pada Julai tahun lalu itu adalah sebagai kuota bagi ahli parlimen yang menyokong kerajaan PN. Sumber (gambar): Malaysiakini

ڤڠروسي امنو كلنتن: بوبر ڤرليمين بولن اين اتاو ساي لتق جاوتن دالم كراجأن

Pengerusi UMNO Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob memberi kata dua kepada kerajaan Perikatan Nasional agar segera membubarkan parlimen atau dia akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan.

Jazlan, yang merupakan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), berkata suara akar umbi dan prinsipnya perlu ditegakkan selepas 12 bahagian UMNO di Kelantan meluluskan usul untuk tidak meneruskan kerjasama dalam kerajaan PN.

Semalam, TTF melaporkan bahawa UMNO di seluruh semenanjung Malaysia bergolak susulan kebangkitan blok pemisah yang menuntut agar kerjasama UMNO dan PPBM dihentikan serta merta, bukan hanya di Pilihan Raya Umum ke-15 (rujuk link artikel di bawah).

Sementara itu, Ahmad Jazlan yang juga anggota parlimen Machang berkata, dia memberikan tempoh sehingga hujung Januari ini untuk PN membubarkan parlimen.


Pengerusi UMNO Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob memberi kata dua kepada kerajaan Perikatan Nasional agar segera membubarkan parlimen atau dia akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan.

Jazlan, yang merupakan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), berkata suara akar umbi dan prinsipnya perlu ditegakkan selepas 12 bahagian UMNO di Kelantan meluluskan usul untuk tidak meneruskan kerjasama dalam kerajaan PN.




“Sudah pasti saya ada maruah, saya ada prinsip. Saya tidak mahu hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

“Kalau saya tarik diri saya akan sertakan sekali peletakan jawatan dalam kerajaan, kerana saya tidak pentingkan jawatan, saya pentingkan maruah,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Semalam, TTF melaporkan bahawa UMNO di seluruh semenanjung Malaysia bergolak susulan kebangkitan blok pemisah yang menuntut agar kerjasama UMNO dan PPBM dihentikan serta merta, bukan hanya di Pilihan Raya Umum ke-15.

Blok ini dipercayai bersekutu dengan Team B yang bersekutu dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan inginkan perubahan dalam tampuk kepimpinan negara secepat mungkin.

TTF menulis:

TTF difahamkan bahawa berlaku senario ‘mesyuarat-dalam-mesyuarat’ di seluruh negara melibatkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO bahagian dan cawangan yang membincangkan perubahan kerajaan dengan kadar segera.

Beberapa sumber dalaman mengesahkan perkara ini kepada TTF dan memberitahu kata putus akan disampaikan kepada presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat untuk samada menolak terus Perikatan Nasional atau menghadapi kemungkinan pergolakkan besar-besaran.

Loading...

(Baca pendedahan penuh dalam link artikel di hujung bawah)

Sementara itu, Ahmad Jazlan yang juga anggota parlimen Machang berkata, dia memberikan tempoh sehingga hujung Januari ini untuk PN membubarkan parlimen.

Katanya, jawatan yang diberikan pada Julai tahun lalu itu adalah sebagai kuota bagi ahli parlimen yang menyokong kerajaan PN.

“Apa yang saya buat adalah demi kepentingan parti dan mengambil kira suara akar umbi,” katanya.

Dalam perkembangan itu pihaknya juga mendesak agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membubarkan parlimen.

“Kita bagi tempoh sehingga Januari ini, sekiranya Tuanku YDPA menolak untuk mengadakan pilihan raya umum, itu terserah kepada kebijaksanaan baginda.

“Namun apa yang penting parlimen mesti dibubarkan,” katanya.

THE THIRD FORCE

PENDEDAHAN PENUH:

UMNO bergolak, muncul ‘blok pemisah’

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...