“Anwar memilih untuk membuat pengumuman ketika Baginda Tuanku masih berada di Institut Jantung Negara untuk membeli masa agar ahli-ahli parlimen mempercayainya dan bersetuju untuk menyokongnya. Hanya satu cara sahaja untuk komplot ini berjaya – jika ramai ahli parlimen tertipu dan beralih sokongan terhadap Anwar”
Raggie Jessy Rithaudeen
Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau memiliki ‘majoriti’ selesa hampir dua per tiga merupakan sebahagian daripada satu komplot penipuan terbesar dalam sejarah tanah air, lebih besar dari penipuan yang berlaku dalam skandal 1MDB.
Tengah hari tadi, Anwar mendedahkan beliau dijadualkan mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Selasa lalu tetapi Baginda Tuanku sedang menjalani rawatan.
Saya tidak menafikan Anwar mungkin telah berhubung dengan Baginda Tuanku atau dijadualkan menghadapnya, tetapi mengapa hanya umum sekarang?
Jika saudara saudari mengikuti sejarah perwatakkan Anwar dengan teliti, saudara saudari akan tahu bahawa beliau jenis manusia yang “tidak suka tunggu lama” dan sudah pasti membuat pengumuman awal, jauh lebih awal dari tarikh pertemuannya dengan Baginda Tuanku.
Malah, ahli-ahli parlimen sudah pasti berbisik-bisik berhubung sokongan majoriti terhadap Anwar kerana perkara ini tidak mungkin dirahsiakan dengan begitu teliti.
Ini tidak, Anwar hanya membuat pengumuman setelah Baginda Tuanku dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk menerima rawatan.
Persoalannya, jika Anwar sanggup menunggu sebelum Baginda Tuanku dimasukkan ke wad, mengapa tiba-tiba buat pengumuman sekarang?
Isnin lalu, saya menulis (rijuk bawah):
Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencapai satu persefahaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kerjasama antara Barisan Nasional dan PKR di Sabah dan juga di peringkat nasional selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.
Menurut persefahaman ini, Najib bersetuju untuk melepaskan pencalonan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sekiranya PKR dan Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Percayalah, Anwar tidak miliki sokongan majoriti dan sedang cemas, inilah sebabnya
Saya mengakhiri artikel tersebut dengan menulis bahawa ini merupakan salah satu daripada tiga rancangan sulit Najib bagi meningkatkan kemungkinan Team A kembali ke tampuk kepimpinan negara dalam masa terdekat.
Rancangan kedua yang masih belum saya ceritakan ialah usaha orang-orang Najib mendapatkan Team A dan sekumpulan ahli parlimen dari Team B, PAS (kem Tuan Ibrahim Tuan Man) dan Sarawak untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.
Ini sebenarnya komplot penipuan terbesar yang pernah dirancang oleh Anwar dan melibatkan Najib, Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi dan beberapa personaliti lain dari Team A (UMNO) pimpinan Najib.
Kesemua mereka terdesak kerana masing-masing terpalit samada dengan skandal rasuah, salah guna kuasa, penggubahan wang haram atau pecah amanah atau mana-mana kombinasi kesalahan-kesalahan tersebut.
Najib sudah disabit tujuh kesalahan jenayah dan khuatir Mahkamah Rayuan akan mengarahkannya ke Sungai Buloh sementara menunggu keputusan rayuan susulan yang mungkin dibuatnya.
Anwar pula terdesak untuk menjadi Perdana Menteri ke-9 dan tahu masa tidak menyebelahinya kerana Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah memiliki sokongan terlalu ramai ahli parlimen.
Justeru, Anwar bertindak memasuki satu komplot terancang bersama Najib dan Zahid bagi menimbulkan persepsi kononnya beliau memiliki sokongan majoriti dengan harapan ahli-ahli parlimen terkeliru dan beralih sokongan terhadapnya.
Anwar memilih untuk membuat pengumuman ketika Baginda Tuanku masih berada di Institut Jantung Negara untuk membeli masa agar ahli-ahli parlimen mempercayainya dan bersetuju untuk menyokongnya.
Bersambung…
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
