
ڤڠعمومن ڤرچوما سهيڠݢ مرديک د کوالا لومڤور تياد معنا
Sertai INSTAGRAM TTF di sini
Parking percuma yang diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa di Kuala Lumpur tidak bermakna jika hanya dilaksanakan setakat Hari Merdeka pada 31hb Ogos 2021.
Ini kerana tidak ada banyak kereta yang parking lama sehingga Hari Merdeka disebabkan “Total Lockdown.”
Annuar perlu ingat, disebabkan kegagalan berterusan kerajaan yang degil dan tidak ingin mendengar nasihat atau pandangan pakar, “Pelan Pemulihan Negara Fasa Satu” dijangka akan melangkaui bulan Ogos memandangkan angka harian Covid-19 kini berada pada tahap hampir 7,000 kes.
Disebabkan itu, banyak peniaga kecil dan sederhana besar yang tidak tergolong dalam kumpulan penyebab utama penularan wabak Covid-19 terpaksa gulung tikar kerana memikul beban kegagalan “Total Lockdown.”
PETALING JAYA: Parking percuma yang diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa di Kuala Lumpur tidak bermakna jika hanya dilaksanakan setakat Hari Merdeka pada 31hb Ogos 2021.
Ini kerana, tidak ada banyak kereta yang parking lama sehingga Hari Merdeka disebabkan “Total Lockdown.”
Kerajaan turut perlu pertimbangkan perkara berikut:
1. Rakyat kini menanggung beban kegagalan “Total Lockdown” atau “Pelan Pemulihan Negara Fasa Satu” yang berpunca daripada kegagalan kerajaan memahami perlunya menutup syarikat-syarikat selain pembekal bahan makanan atau servis bagi kelangsungan hidup.
2. Justeru, kerajaan perlu sama-sama berkorban dengan memberikan parking percuma dan mungkin juga bekalan elektrik percuma bagi satu tempoh masa yang lebih panjang, mungkin sehingga hujung tahun ini atau penghujung suku pertama tahun depan.
3. Ini sekaligus menjadikannya satu bentuk ‘bantuan terus’ kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak memerlukan sebarang permohonan atau menanggung risiko bantuan tidak sampai pada waktunya.
4. Annuar perlu ingat, disebabkan kegagalan berterusan kerajaan yang degil dan tidak ingin mendengar nasihat atau pandangan pakar, “Pelan Pemulihan Negara Fasa Satu” dijangka akan melangkaui bulan Ogos memandangkan angka harian Covid-19 kini berada pada tahap hampir 7,000 kes.
5. Disebabkan itu, banyak peniaga kecil dan sederhana besar yang tidak tergolong dalam kumpulan penyebab utama penularan wabak Covid-19 terpaksa gulung tikar kerana memikul beban kegagalan “Total Lockdown.”
6. Justeru, kerajaan perlu meneliti bagaimana peniaga-peniaga ini boleh dibantu dari sudut kewangan tanpa perlu dibayar balik bantuan itu agar mereka boleh melangsaikan hutang yang terkumpul dalam satu tempoh tertentu dan membuka semula perniagaan mereka.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Parlimen perlu adakan sidang biasa tanpa syarat, bukan ‘sidang khas’
