Pengumuman: Projek RM4,475 bilion yang disenarai bawah Kementerian Pengangkutan sah projek Barisan Nasional yang dirunding terus pentadbiran Najib

“Projek itu pada asalnya dirunding secara terus dengan Dhaya LTAT oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional pada nilai RM5.265 bilion sebelum ianya dirunding semula pada harga RM4,475,250,000.00″

Raggie Jessy Rithaudeen

Sebentar tadi, TTF menerbitkan senarai penuh projek-projek rundingan terus bernilai lebih RM6 bilion yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan ketika Pakatan Harapan masih berkuasa.

Dalam senarai tersebut, persepsi ditimbulkan bahawa Kementerian Pengangkutan bawah penyeliaan Anthony Loke membuat sebanyak empat rundingan terus dengan nilai rundingan tertinggi sebanyak RM4,477.76 bilion dengan pecahan berikut:




SYARIKAT EN PROJECTS (M) SDN BHD – RM2,333,127.50

SYARIKAT PLANE SCIENCES INC – RM179,390.40

SYARIKAT CITI TECH – RM331, 711.50

SYARIKAT DHAYA MAJU LTAT SDN BHD – RM4,475,250,000.00 

JUMLAH: RM4,478,094,229.40

Dari senarai ini, lebih 90 peratus daripada jumlah yang dirunding melibatkan projek yang dianugerahkan kepada Syarikat Dhaya LTAT Sdn Bhd pada nilai RM4,475,250,000.00.

Jika ditolak nilai ini, Kementerian Pengangkutan sebenarnya mencatatkan nilai rundingan terus terendah manakala Kementerian Dalam Negeri bawah penyeliaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatatkan nilai kedua tertinggi, melebihi setengah billion.

Ini kerana, projek yang dianugerahkan kepada Syarikat Dhaya LTAT Sdn Bhd sebenarnya merupakan projek kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang dirunding semula.

Loading...

Projek itu pada asalnya dirunding secara terus dengan Dhaya LTAT oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional pada nilai RM5.265 bilion sebelum ianya dirunding semula pada harga RM4,475,250,000.00.

Harap maklum

RUJUK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LENGKAP PROJEK ITU:

PART TWO: SIX MORE DIRECT NEGO PROJECTS BETWEEN 2013 -2018, GRAND TOTAL RM127.46 BILLION [FULL DETAILS]

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...